Setiap daripada kita pastinya mempunyai sebekas produk Vaseline di rumahkan? Tipulah kalau tiada. Selama ini ramai yang memakainya di bibir sahaja jika bibir kering namun tahukah anda sebenarnya banyak lagi kegunaannya?

foto: amazon.com
Bukan hanya di bibir, ia sebenarnya sesuai digunakan hampir di seluruh tubuh kita. Mari kita lihat fungsi-fungsinya.
1. Bibir

Hanya campur dengan gula, ia boleh digunakan sebagai skrub. Selain itu, anda disarankan untuk mengoles gel Vaseline di bibir sebelum tidur bagi mengelakkan bibir menjadi kering.
2. Mata

Sapu di bawah mata untuk mengurangkan dark circle, garis halus dan eyebag. Sapu juga di bulu mata untuk dapatkan bulu mata yang panjang dan lentik.
3. Rambut

Bagi masalah rambut bercabang, anda bolehlah menyapu gel Vaseline di hujung rambut bagi merawatnya. Selain itu, ia juga membuatkan rambut kita menjadi lebih sihat dan tampak lebih bersinar.
4. Kulit

Oleskan Vaseline di bahagian kulit kering seperti di siku dan lutut. Anda juga boleh oleskan di bahagian pergelangan tangan dan leher sebelum menyembur perfume supaya wangiannya tahan lebih lama.
5. Kuku

Nak kuku bersinar? Sapukan saja gel Vaseline di kuku. Esoknya, pasti kuku akan menjadi lebih berkilat dan lembut.
kredit: @cactuscaremy