Bagi yang sudah bertemu cinta hati sesuai, pastilah terfikir untuk mengakhiri perhubungan dengan suatu ikatan yang sah dan halal. Namun kadang kala pening kepala memikirkan cara terbaik untuk perbelanjaaan majlis perkahwinan dan kehidupan selepas itu.
Sebenarnya ada cara terbaik yang boleh dilakukan untuk setiap pasangan yang tengah merancang untuk mendirikan rumah tangg dan kekal mempunyai perbelanjaaan stabil selepas itu.
Perkongsian dari lelaki ini di laman twitter menggunakan akaun nama @achier82 memberitahu caranya untuk mengumpul wang sebanyak RM33K hanya dalam masa dua tahun.
Pastikan juga memang pasangan itulah yang akan kita jadikan Imam dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Ads
Rahsianya kumpul RM33K dalam masa 2 tahun.
Sesuai untuk anak muda yang rancng kanwin dalam mad 2 tahun lagi. Bukan pinjam dengan Along…
Ads
Pastikan memang calon Imam kita
Ads
Ini kemanisannya selepas dua tahun
Akhirnya terlaksa bersanding di pelamin impian
Sebenarnya cara penyimpanan ini juga boleh kita gunakan untuk pasangan muda yang suahpun berkahwin. Tetapi syaratnya kena disiplin dan berbelanja secara berhemah dalam masa dua tahun. Insya-Allah selepas itu anda berdua akan merasai kemanisannya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lumrah manusia, ada kalanya kita rasa gembira. Kadangkala sedih, marah, kecewa dan sebagainya. Namun, perasaan marah yang keterlaluan hingga menjadi baran boleh menyebabkan berlakunya situasi yang kita tidak ingini berlaku.
Jika berlaku sesuatu yang menguji kesabaran hingga membuatkan kita rasa hendak mengamuk, amalkanlah ayat yang dikongsi oleh PU Amin ini. InsyaAllah, perlahan-lahan perasaan marah itu akan padam dan menyejukkan hati.
Baca ayat ini berulang kali sambil urut dada.
Ayat 250 Surah Al-Baqarah
Cuba amalkan ya jika anda tidak dapat mengawal kemarahan anda. Yakinlah dengan kuasaNya, InsyaAllah.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Media sosial hari ini diibaratkan seperti teman rapat kita dalam menjalani kehidupan harian. Disitulah tempat untuk meluahkan bicara hati, disitu jualah ruang untuk berkongsi momen indah dan tidak kurang juga, platform untuk menunjukkan sisi kecantikan diri dan kejayaan karier.
Pun begitu, biarpun ia dilihat sebagai banyak kelebihannya, masih tercalit kekurangan dalam menggunakan media sosial. Mengejar definisi kesempurnaan barangkali sudah menjadi gaya hidup manusia pada hari ini untuk mendapat sebakul pujian juga untuk mengaut bilangan pengikut yang ramai. Adakah ia relevan sehingga ada yang sanggup mengambil risiko untuk kekal sempurna di laman sosial?
Berbicara mengenai isu ini, NONA menemu bual penyanyi muda yang semakin rancak melakar nama dalam industri muzik tempatan, Wany Hasrita tentang perspektifnya mengenai kesempurnaan di laman sosial.
Menurut Wany, walaupun sebagai seorang selebriti, dia tidak memandang laman sosial sebagai ruang untuk tampil sempurna. Akur dengan corak gaya hidup kini yang rakus mengejar label kesempurnaan, baginya, ia bukanlah sebuah perkara yang harus difokuskan ketika menggunakan laman sosial.
“Sebenarnya, kita memiliki pilihan untuk mencorakkan laman sosial kita sendiri. Seperti saya, saya lebih senang untuk berkongsi perkara yang patut dikongsikan di laman sosial. Contohnya perihal kerja dan ada kalanya mengenai aktiviti harian. Namun harus diingat, bukanlah semuanya harus dikongsi.
Tambahnya,kita tidak perlu untuk tampil sempurna di laman sosial. Malah lebih pentingkan kepada positiviti.
“Apa kata kita ketepikan dahulu soal kesempurnaan itu. Fokuskan kepada nilai positif ketika menggunakan platform laman sosial. Pelbagai jenis bentuk dan fungsi media sosial yang wujud pada hari ini. Oleh itu, gunakanlah dengan sebaik mungkin untuk sebarkan nilai positiviti kepada semua.
“Simpankan sedikit privasi hidup anda untuk memberi kebaikan kepada diri sendiri. Harus menjadi lebih bijak supaya laman sosial yang kita miliki, digunakan dengan cara yang betul dan penuh manfaat,” kongsinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Beberapa bulan terdahulu industri hiburan Bollywood dikejutkan dengan pengunduran aktres popular tersebut dari dunia seni. Sana Khan yang kemudiannya berhijrah sedikit demi sedikit menutup aurat menyifatkan perubahan tersebut sebagai satu cara mendekatkan diri kepada tuhan.
Terbaru dalam satu hantaran di laman Instagram, wanita anggun ini telah mengumumkan yang dia telah pun diijabkabulkan dengan seorang jejaka bernama Anas yang juga merupakan seorang Mufti dan pemimpin agama islam.
Menurut dia di dalam hantaran itu, “Saya tidak pernah menyangka yang cinta halal akan sebegini indah sehinggalah saya mengahwini kamu.”
Berkongsi foto-foto pernikahannya, selebriti berusia 32 tahun ini kelihatan anggun mengenakan busana perkahwinan rona putih bersih yang bersulam corak bunga-bungaan.
Dalam satu laporan oleh Republic World, perkahwinan kedua-dua mempelai ini dilangsungkan dalam suasana penuh privasi dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.
Mufti Anas juga dikatakan telah menghadiahkan Sana Khan sebentuk cincin berlian sebagai hadiah perkahwinan.
Sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri dari dunia hiburan. Aktres ini pernah membintangi lebih 14 buah filem selain muncul dalam lebih 50 buah iklan komersial.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.