Listerine merupakan antara item wajib yang perlu ada di tandas rumah anda. Bukan sahaja membuatkan nafas menjadi segar selepas berkumur, malah turut membersihkan sisa kotoran dalam mulut.

Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang anda tak pernah tahu. Di sini Hijabista kongsikan 10 perkara yang boleh anda lakukan dengan Listerine.

  1. Hilangkan bau busuk pada ketiak

Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak anda. Listerine akan menghilangkan bau tengik itu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah tak rasa malu nak angkat tangan lagi waktu nak order makanan.

  1. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga

Sapukan sedikit Listerine di kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan. Ops!

  1. Membasmi kuman di mangkuk tandas

Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.

IKLAN
  1. Membantu hilangkan kelemumur

Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.

 

  1. Menghilangkan kutu di bulu haiwan

Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

IKLAN
  1. Membersihkan muka yang berjerawat

Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.

  1. Membasmi kuman di berus gigi

Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

  1. Bersihkan skrin tv atau monitor computer

Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

IKLAN
  1. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.

Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

  1. Melegakan masalah kaki anda

Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.

Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.

kredit: Shairy Hanapiah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI