Setiap orang itu mesti impian perkahwinan mereka masing-masing. Terpulanglah apa konsep dan gaya sekalipun yang diinginkan, janji kita bahagia dan puas dengan cara yang dipilih.
Seperti gambar pengantin yang dikongsikan oleh seorang jurugambar iaitu @rajanazrin_ di Twitter ini, foto ini mendapat perhatian ramai kerana jambangan bunga yang dipilihnya bukan biasa-biasa apabila pengantin tersebut memilih untuk memegang brokoli. Wow, ini sangat unik!
Cute dan sangat rare!
Ads
Pengantin lelaki pula memilih untuk memakai lego bagi menggantikan butang baju melayu. Memang lain daripada yang lainlah!
Ads
Netizen juga turut mengagumi dan memuji konsep yang dipilih mereka kerana ‘bukan biasa-biasa’ ni…
Ads
Memang di luar kotak pemikiran betul gaya yang digunakan ini. Simple and really nice! Sis suka sangat. Mana tahu lepas ni bakal jadi trend terhangat untuk tahun ini kan? Apa-apapun, Hijabista doakan agar pengantin ini kekal bahagia selamanya dan sentiasa dimurahkan rezeki. Amin.
Bra merupakan antara benda yang wajib dimiliki oleh setiap hijabi kerana ia dipakai setiap hari. Bra memiliki pelbagai jenis serta bentuk yang berbeza mengikut cita rasa seseorang individu.
Apa yang penting adalah cara penjagaan yang betul perlu dipraktikkan supaya bra tahan lebih lama. Hijabista berikan anda 7 tip penting yang boleh anda cuba.
Anda pasti ada bra yang anda suka pakai kan? Jadi, anda akan kerap menggunakan bra yang sama kerana selesa memakainya. Tetapi, anda juga perlu memakai bra yang lain untuk mengekalkan keanjalannya. Tidaklah bra anda longgar dengan lebih cepat nanti!
Mencuci dengan tangan dapat menjamin kebersihan kerana tangan anda boleh membersih pada seluruh sudut. Selain itu, cuci menggunakan tangan juga bagus kerana ia dapat menjaga struktur dan keanjalan bra tersebut.
Sekiranya anda cuci menggunakan mesin basuh, sebaiknya gunakan laundry bag agar bra tidak rosak.
Jangan sesekali gunakan peluntur ketika mencuci bra kerana peluntur akan merosakkan tali dan juga kain bra.
Mencuci dengan air sejuk dapat menjaga struktur bra anda. Jadi, jangan sesekali menggunakan air panas atau suam untuk mencuci bra ya.
Jangan keringkan bra menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk bra anda. Tali bra juga akan rosak dengan cepat. Sebaiknya, gantung dan jemur di bawah matahari.
Jangan simpan bra bersama dengan baju anda. Sebaiknya, simpan di tempat yang khusus agar ia dijaga dengan rapi.
2022 Boleh dikatakan tahun yang penuh dengan musim bunga bagi penyanyi kesayangan ramai ini, Aina Abdul terus mengorak langkah dengan pelbagai kejayaan yang dimilikinya. Penyanyi yang memenangi anugerah ini adalah seorang penghibur yang cemerlang dan juga jurulatih vokal dan mentor yang memberi inspirasi. Dia juga terkenal dengan kostum persembahannya yang bergaya dan sering pelik.
Di sunting beberapa jenama tempatan sebagai duta produk dan terbaharu berkerjasama dengan jenama antarabangsa. Musim bunga, musim permulaan baru. Melayari gelombang harapan dan positif, H&M dengan bangganya mempersembahkan koleksi kapsul Spring terbaharu yang menampilkan nama terhangat Malaysia Aina Abdul, Ain Edruce dan Mimi Lana.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Dimajlis pelancaran koleksi terbaharu musim bunga H&M, Aina menzahir rasa bertuah menjadi salah seorang yang terpilih dalam kerjasama ini. Akui diri tidak mempunyai figura persis model, dia amat terkejut kerana terpilih mengayakan koleksi ini yang berganding bersama Ain Edruce dan Mimi Lana.
Tambahnya lagi rangkaian koleksi ini bukan sahaja menepati citarasanya malah dia selesa mengayakan setiap helaian.
“Aina dari dahulu hingga sekarang, perkara pertama yang Aina tekankan untuk pemakaian harian adalah longgar dan besar. Ketat-ketat nanti Aina tak selesa” ujar Aina lagi.
Lain pula apabila di pentas, Aina perlukan sesuatu yang berbeza dan sesuai dengan tema dalan jalan cerita lagu. Memandangkan Aina sering mengaitkan lagu dan fesyen jadi pengayaan harian dan bekerja sama sekali berbeza dari dirinya sebenar.
Melihat bagaimana wanita memperkasakan diri dengan setiap helaian, koleksi bermulanya musim bunga ini mendasarkan penerimaan terhadap keperibadian mereka yang dicerminkan melalui pakaian lalu mendapatkan kekuatan dari dalam.
“Fesyen dan mod masih berkait rapat, bagi Aina mewakili wanita di luar yang rasa tiada keyakinan diri untuk bergaya cara Aina mungkin menjadi pada inspirasi pada mereka yang di luar sana”, pendapat anda agar mereka menjadi diri sendiri dengan pelbagai gaya.
Suntingan kepingan dalam kempen ini menyerlahkan fabrik ringan dalam palet segar dan neutral. Koleksi ini menampilkan blaus dan seluar palazzo yang flowy, baju lembut, blazer berstruktur tetapi bersaiz besar, perincian ruffled dengan aksen denim. Kebanyakan pakaian diperbuat daripada 100% kapas organik atau campuran kapas dan linen.
Disusun khas untuk wanita moden yang sederhana dalam fikiran, koleksi ini adalah tentang menyerlahkan kecantikan dalaman anda dan memperkasakan wanita dalam koleksi bergaya ini. Kini tersedia dalam talian di hm.com dan di kedai.
Impian tidak terhenti di sini sahaja, permulaan kerjasama ini Aina juga berharap banyak lagi kerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa dan juga tempatan di masa akan datang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika mahu memilih kaca mata tidak boleh sebarangan, lagi-lagi untuk hijabi. Kalau tidak sesuai dengan wajah, penampilan anda akan jadi pelik. Lebih-lebih lagi berhijab, banyak yang perlu dititikberatkan supaya cantik dan on point bila dipandang.
Oleh kerana apabila kita memakai hijab boleh mengubah bentuk wajah, jadi secara automatik kaca mata yang dipilih harus disesuaikan dengan betul. Kaca mata ialah aksesori yang akan tampak jelas di wajah, malah memberi efek yang berbeza terhadap imej si pemakai. Untuk itu, anda wajib tahu apa tip memilih kaca mata mengikut bentuk wajah, sesuai dengan hijabi seperti anda.
Tip yang pertama
Kenal pasti wajah anda, sama ada berbentuk bujur, petak, hati, segitiga ataupun bulat. Ini kerana setiap bentuk muka memerlukan frame atau bingkai kaca mata yang berbeza.
Tip yang kedua
Selepas sudah mengenal pasti bentuk wajah anda, sekarang anda boleh sesuaikan mengikut frame dan bingkai kaca mata seperti di bawah:
Selepas anda praktikkan tip ini, pasti penampilan anda berkaca mata lebih wow dan menarik perhatian siapa sahaja yang memandang !
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.