Kita mesti biasa lihat kepingan serpihan atap bumbung samada berlonggok di tepi jalanan atau dibiarkan di tempat longgokan sampah. Tak pun mesti ada dibiarkan di kawasan rumah usang ataupun di taman awam.

Sebenarnya, ia bukan sekadar sampah biasa tetapi ia boleh menjadi ancaman kepada semua yang menyebabkan penyakit berbahaya pada manusia.

Atap tersebut merupakan jenis asbestos dan dahulunya kebanyakan rumah dan kilang sering menggunakan atap ini kerana ianya lebih murah dan memberi kesan penyejukan.

Namun selepas kajian menemui asbestos merupakan punca penyebab kanser mesothelioma, penggunaannya telah di hentikan dan dihadkan.

Terdapat negara yang telah mengharamkan penggunaannya secara total, namun di Malaysia ia mula diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru pada tahun 1999.

Ads

Bukan Atap Biasa, Ia Boleh Jadi Punca Anda Terdedah Pada Kanser Paru-Paru Mesothelioma

Sekiranya bahan berbahaya ini TIDAK diusik, risiko untuk dapat kanser adalah sangat rendah.

Ads

Namun, risikonya akan hadir apabila ia pecah, rosak dan anda terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos. Situasi ini mendedahkan anda kepada risiko untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma.

Tidak perlu banyak, sebutir debu sehalus bilah jarum sudah cukup untuk membuatkan anda mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Ads

Apa yang anda boleh dilakukan untuk mencegahnya?

Jika anda masih menggunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung tidak retak, pecah.
Jika ia pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar.
Jika anda nampak di kawasan rumah/kejiranan anda, hubungi pihak berkuasa tempatan anda dengan segera untuk proses pelupusan.
JANGAN BAKAR dan jangan tanam atau lupus sendiri.
Jangan biarkan anak anda bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh dirasai dan lihat selepas 30 tahun.

Apakah gelajanya?

Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh pada waktu malam.

Jika anda dapati diri anda berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut, segeralah dapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan berhampiran bagi melakukan pencegahan dari awal.

kredit: Public Health Malaysia

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI