Kerap terdedah kepada persekitaran berhawa dingin, tersalah menggunakan produk perawatan kulit wajah, pencemaran udara, semuanya boleh menyumbang kepada masalah kulit kering.

Kesan penuaan, garis halus dan kedut nampak lebih ketara apabila kulit terlalu kering. Keadaan ini mungkin terjadi disebabkan beberapa faktor antaranya kekurangan nutrien, air dan pendedahan terhadap cuaca yang tidak menentu.

Photo by Cotton Bro from Pexels

Maka sebab itulah amat penting untuk anda memilih pencuci wajah dan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jika tersalah pilih produk, kulit akan jadi bertambah kering, mengelupas dan tentunya ia amat menyakitkan.

Berikut disenaraikan pilihan pencuci muka dan pelembap wajah khusus buat anda yang memiliki kulit jenis kering.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Tekstur lembutnya dan kurang buih. Ia membersihkan kotoran tanpa menghilangkan kelembapan. Ia juga tidak berbau dan tidak komedogenik jadi ia tidak akan menyumbat pori-pori anda. Pencuci muka ini juga sesuai untuk kulit yang berjerawat. KLIK SINI UNTUK BELI

Biore Acne Clear Facial Foam 

Berfungsi seperti magnet, ia menyerap dan menyerap dan menyingkirkan minyak dan kotoran di samping mengekalkan kelembapan asal kulit muka. Pencuci muka ini juga dilengkapi dengan formulasi anti-bakteria yang melawan bakteria penyebab masalah jerawat. Hasilnya kulit muka halus dan licin. KLIK SINI UNTUK BELI

IKLAN

Neutrogena Hydro Boost Hydrating Cleansing Gel

Mengandungi asid hyaluronik, pencuci muka tanpa sabun ini menghidrat kulit agar kulit kekal lembap. Bersifat ringan, gel jernih ini berubah menjadi buih lembut, berkrim, mudah dicuci, dan tidak membuatkan kulit terasa tegang. KLIK SINI UNTUK BELI

Dermalogica Special Cleansing Gel

Gel pembersih muka ini bersifat lembut pada kulit wajah. Kulit tidak terasa kering atau berminyak. Cukup pam sedikit ke tangan anda dan urut pada kulit wajah, berfungsi menjadi buih lembut dan berkrim. Kandungan pudina dan lavender pula menenangkan kulit.

IKLAN

Olay Regenerist Deep Hydration Regenerating Cream Moisturizer

Berfungsi dengan baik dan tidak mempunyai aroma, pelembap ini tidak membuatkan wajah kelihatan berkilat. Hanya dengan satu sapuan yang kaya dengan formulasi hyaluronic acid dan niacinamide, hasilnya kulit lembap dan lembut. KLIK SINI UNTUK BELI

Clinique Dramatically Different Moisturizing Cream

IKLAN

Krim ini cukup ringan. Sapuan pada kulit wajah seperti tidak terasa apa-apa. Diformulasi dengan antioksidan dan emolien seperti gliserin dan petrolatum, ia menjadikan kulit lembap dan lembut sepanjang hari.

Avène Cicalfate Restorative Skin Cream

Sangat lembut terutama pada mereka yang memiliki kulit jenis sensitif. Ia juga mampu memudarkan serta menghilangkan bintik-bintik hitam pada kulit wajah. Sangat berbaloi untuk dimiliki kerana ia cukup ringan dan tidak memberikan kesan berminyak apabila disapukan pada kulit wajah.

Neutrogena Hydro Boost Gel Cream

Pelembap ini pantas menyerap ke dalam lapisan kulit wajah. Hasilnya kulit kekal lembap dan lembut sepanjang hari. Tiada rasa berminyak selepas disapukan pada kulit wajah, Sangat berbaloi untuk dimiliki.

HIJABISTA: Skrub badan memang perlu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati yang menempel pada kulit. Walau bagaimanapun elakkan daripada terlalu kerap menggunakan skrub bagi mengelakkan permukaan kulit kering dan kasar. 

Sumber kredit: Top image: Photo by Anna Tarazevich from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI