Bertuah mereka yang berpeluang menjadi tetamu Allah musim haji kali ini. Seharusnya jemaah haji yang telah berpeluang menjadi tetamu Allah pada tahun ini menginsafi dan bermuhasabah diri terhadap peluang dan anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Betapa ramai yang masih menunggu giliran dan menanti dengan penuh sabar untuk dimenjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk melakukan sebanyak-banyak amal ibadah.
Photo by -shams-alam-ansari from Pexels.
Berikut perkongsian Najmi Farisham tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika menjadi tetamu Allah.
Kawan-kawan yang sedang berada di Tanah Haram Mekah, manfaatkanlah peluang ketika di sana sebaiknya. Sesungguhnya, kalian berada disebaik-baik tempat atas muka bumi ini.
Pulunlah berbuat ibadat di sana. Perbanyakkanlah solat sunat terutamanya di Masjidilharam. Punyalah besar rahmat Tuhan, sehingga memberikan gandaan 100 ribu kali tiap satu solat yang kita kerjakan.
Ads
Solat fardu, sudah semestinya berjemaah di masjid. Solat-solat sunat yang lainnya pula, buat banyak-banyak.
Tiap kali masuk masjid, buat solat sunat tahiyatul masjid. Tiap kali selesai berwuduk, buat solat sunat wuduk. Tiap kali selepas azan, buat solat sunat qabliyyah. Tiap kali siap solat fardu, buat solat sunat ba’diyyah. Terjaga di tengah malam, buat solat sunat tahajud dan witir. Sambil-sambil tunggu hendak keluar ziarah, buat solat sunat duha.
Kautlah pahala berlipat ganda ini semaksima mungkin. Anggaplah ini kali terakhir kita berada di sana. Persiapkanlah bekal yang utuh untuk dibawa bertemu Sang Pencipta.
Ads
Jika Ramadan lepas, kita sibuk meneka malam yang manakah Lailatul Qadar. Namun bagi kelebihan Tanah Haram Mekah ini, lain. Sudah jelas sejelasnya, bahawa di situlah tempat Tuhan melipat gandakan pahala kebaikan. Manfaatkanlah.
Sesungguhnya, tiap jiwa orang Mukmin sangat mengimpikan untuk beribadat di sana. Moga kita semua sempat merasai nikmat ini, insya-Allah.
Ads
HIJABISTA: Amalan ibadah haji yang telah dilaksanakan ketika di Tanah Suci biarlah terus berkesinambungan dan berkekalan dilaksanakan setelah kembali ke tanah air.
Sumber kredit: Najmi Farisham Top image: Photo by konevi from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berniaga merupakan salah satu cara untuk mencari rezeki yang halal, namun ia juga mempunyai banyak cabaran seperti kebergantungan kepada ekonomi dan kos barangan.
Dalam ekonomi yang tidak menentu kini, pasti ramai peniaga yang ingin menyelamatkan perusahaan atau perniagaan yang diusahakan masing-masing selama ini. Bahkan, berniaga sambil bersedekah kini tidak lagi dianggap relevan. Namun, berbeza buat insan ini.
Yusuf Abd Latif, 37, merupakan pemilik sebuah carwash yang masih lagi percaya akan konsep berniaga sambil bersedekah. Dia bersama isterinya Salina Yatiman, 36, sering memberikan cucian percuma untuk van jenazah di sekitar Segamat, Johor.
Menurut Yusuf, idea untuk memulakan usaha terbabit tercetus secara spontan, dan dianggap sebagai salah satu cara untuk berkhidmat kepada penduduk setempat.
“Kami sudah lama memberikan cucian percuma buat van jenazah. Tetapi sebelum itu, kami tidak berkongsi di media sosial risau dikecam kerana mahu menunjuk. Kebetulan baru-baru ini masa cuci van jenazah, isteri ambil gambar. Jadi kami kongsi di Facebook.
“Selalunya apabila van jenazah datang untuk mencuci, saya memang tak ambil duit. Lagi-lagi kalau musim hujan, van jenazah kotor selepas masuk ke tanah perkuburan. Bila keluar, habis terpercik lumpur pada van jenazah” katanya menerusi mStar.
Disebabkan itu, dia tidak lokek untuk memberikan servis cucian secara percuma. Bahkan, dia juga tidak mengambil upah mencuci kereta peronda polis.
“Selain van jenazah, saya juga tak ambil duit kalau kereta polis yang ronda tu datang nak cuci. Sebab mereka pun meronda, jaga ketenteraman di sini. Ibaratnya dia jaga kita, kita jaga dia,” ujar Yusuf.
Apa yang menarik perhatian penulis adalah lelaki ini memang mempunyai minat yang mendalam untuk berbakti kepada masyarakat setempat. Mana tidaknya, dia yang turut mengusahakan khidmat pengangkutan turut berkongsi pernah menggunakan lori miliknya untuk mengangkut barangan mangsa banjir.
“Selain itu, kalau terjumpa motor rosak tepi jalan, saya juga memang akan bantu mereka. Saya dah terasa benda ni, Allah bayar cash. Bila kita tolong tanpa mengharapkan wang, banyak urusan dipermudahkan.
Lelaki yang memiliki cahaya mata seramai empat orang ini memanjatkan rasa syukur dan mengakui bahawa perniagaan carwash yang diusahakan sejak tahun 2012 itu mendapat sambutan baik daripada masyarakat setempat. Dia juga berharap perniagaannya akan lebih maju pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, sambutan okay di sini. Kita pula terletak di pekan. Belakang ni estet. Jadi bila kereta-kereta dan motor dari estet nak keluar ke bandar, mereka datang cuci dulu kesan tanah merah yang melekat.
Disebabkan sibuk dengan khidmat pengangkutan yang diusahakan, perniagaan carwash tersebut telah diambil alih oleh isterinya. Hasil daripada amalan ‘bersedekah’ dan sering membantu orang ramai, Yusof kini telah memiliki 14 buah lori secara keseluruhan.
Tekad berubah menjadi muslim sejati, penyanyi popular, Zizi Kirana tidak menyesal melakukan perubahan diri kerana percaya Allah lebih mengetahui apa yang terjadi.
Berusaha untuk istiqamah, Zizi reda dengan takdir Tuhan yang ditetapkan buatnya dan tidak pernah terdetik pun rasa sesal dalam dirinya atas penghijrahan yang telah dilakukannya.
“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan transisi ini. Jika sebelum ini kehidupan kita hanya biasa-biasa, itu bermakna Allah sedang uji kita dan berkehendakkan untuk kita berubah dan berusaha.
“Segala apa yang kita ada sekarang ini merupakan rezeki yang diberikan Allah.
“Segalanya diberikan agar kita jangan lalai dengan perintahNya,” ujar penyanyi lagu Eh itu kepada SinarPlus.
Di samping itu, Zizi juga turut mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang tidak pernah lelah memberikan sokongan buat dirinya.
Dia juga tidak mahu alpa menjalani hidup sebagai seorang muslimah yang Sakinah dan mawaddah.
Bahagia di sisis suami tersayang, Yusuf Bahrin rupanya sudah hampir setahun mereka melayari bahtera perkahwinan bersama.
“Setelah bergelar seorang isteri, saya tidak boleh lagi bergantung kepada pendapat diri sendiri sahaja.
“Melibatkan hal-hal kehidupan, saya tidak berani mengatakan kami sudah saling kenal dan mengetahui hati budi masing-masing kerana perjalanan hubungan kami masih jauh dan kini sedang membiasakan diri.
“Masih banyak lagi perangai yang belum diterokai. InsyaAllah, diharapkan hubungan ini kekal selamanya dan kita ikutkan saja takdir yang telah diaturkanNya,” jelas Zizi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Manusia memerlukan Allah lebih daripada segala keperluan lain. Tanpa Allah dalam hatinya, jiwa manusia akan mati. Melayari bahtera bahagia sebuah rumahtangga juga memerlukan petunjuk dariNya, jadikan doa dan sunnah sebagai amalan untuk melayari keluarga bahagia.
Semua perkara dalam kehidupan mempunyai doa khusus. Apatah lagi soal-soal yang besar seperti membina keluarga bahagia dan beriman. Itulah uniknya Islam. Allah mendidik manusia agar selalu dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Malah Allah mengajar manusia tentang doa yang bagaimana seharusnya diajukan, menerusi ayat-ayat dalam al-Quran.
Apakah doa yang harus diamalkan dalam rumah tangga? Kesejahteraan dan kerukunan berumah tangga adalah idaman setiap keluarga. Semua orang mahukan keluarga bahagia. Alangkah bahagia kiranya dapat suami, isteri dan anak-anak hidup dalam suasana mesra, harmoni dan penuh ketakwaan terhadap Allah SWT.
Berikut himpunan doa yang mustajab diamalkan oleh suami isteri keluarga Islam untuk menjamin kelangsungan kehidupan keluarga bahagia lagi harmoni:
Maksudnya:
Ya Allah, ya Tuhanku, hindarilah aku daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan itu daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami (anak)
InsyaaAllah, jika pasangan itu memperoleh anak kelak, syaitan tidak akan dapat mempengaruhinya.
Maksudnya:
Tuhanku, kurniakan kepadaku anak-anak yang soleh (bertakwa)
Maksudnya:
Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk
Perempuan yang lama berhasrat memiliki anak, bolehlah mewiridkan nama-nama (Asmaul Husna) di atas sebagai wirid harian.
Maksudnya:
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.
— Surah Ali-‘Imran ayat 38
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”
— Surah al-Ahqaf ayat 15
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
— Surah al-Furqan 74
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
— Surah Ali ‘Imran 200
Dibaca setiap kali solat fardhu.
Maksudnya:
Taha (Hai Manusia). Tiada Kami turunkan al-Quran ke atasmu supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut kepada Tuhannya. Penurunan daripada Allah yang mencipta bumi ini dan langit yang tinggi. Tuhan Yang Maha Pemurah, berkuasa di atas ‘Arasy
— Surah Taha ayat 1-5
Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
— Surah Asy-Syura ayat 19
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.
— Surah al-A’raf ayat 23
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”
— Surah al-Kahfi ayat 10
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada perangai buruk, dan kerakusan hawa nafsu.
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
— Surah Ali Imran ayat 8
Maksudnya:
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.
— Surah al-Baqarah ayat 201
Maksudnya:
Dengan nama Allah (dalam keadaan) aku bertawakkal kepada Allah, tidak ada daya dan upaya (dalam segala urusan) melainkan dengan Allah jua.
Maksudnya:
Ya Allah, kurniakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW dengan selawat yang melapangkan rezeki bagi kami dan menjadikan baiknya akhlak kami, begitu juga (selawat ini dikurniakan) atas keluarga dan sahabat-sahabatnya serta berikanlah kesejahteraan (kepada mereka).
Maksudnya:
Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan, binatang yang berbisa dan pandangan mata yang jahat (yang akhirnya mengakibatkan sakit)
Maksudnya:
Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada penipuannya, bisikannya dan godaaannya.
Maksudnya:
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam
Maksudnya:
Ya Allah, sejukkanlah hatiku dengan salji, air embun, dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih daripada kekotoran.
Maksudnya:
Sesungguhnya kami milik Allah dan KepadaNya kami akan kembali (pada hari Kiamat). Ya Allah! Berilah pahala pada musibahku dan gantilah aku dengan lebih baik daripadanya (musibah itu)
Maksudnya:
Ya Allah, sepertimana Engkau telah mencantikkan kejadianku, maka perbaiki pula akhlakku.
Semoga perkongsian ini menjadi manfaat kepada semua. Insyallah!
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.