Jangan jadikan rutin solekan sebagai satu rutin yang membosankan! Cuba pelbagai jenis trik cantik yang sebenarnya boleh menjadikan solekan anda lebih menarik! Jangan risau mencuba sesuatu yang pelik dan baru! Tidak salah untuk bereksperimen dengan solekan sendiri, kerana ia adalah kunci untuk mendapatkan solekan yang sempurna!

Sumber gambar: Sergey

Team Hijabista kongsikan 8 tip dan trik cantik yang mungkin sedikit pelik namun tidak salah untuk anda cuba.

Sumber gambar: Alexander

1. Selalu mengalami masalah maskara kering?Jika ini berlaku, cuba titiskan beberapa titis penitis mata (eye drop) ke dalam botol maskara dan kocakannya dengan berus. Pasti membantu!

2. Khas untuk anda yang inginkan solekan glamor tampak sempurna, jika mahu efek kilau (highlight) dan lembap pada bahagian mata, gunakan salap bibir. Sapukannya menggunakan putik kapas dan calit sedikit pada sudut dalam mata.

3. Trik ini mungkin boleh dicuba (tapi sedikit merbahaya). Jika pensel penggaris mata anda tidak lekat warnanya, anda boleh cuba bakar sedikit dakwat penggaris mata (menggunakan lighter). Kemudian calitkan sedikit pada tangan dan bila terasa sedikit sejuk baru luncurkan pensel penggaris mata pada mata.

IKLAN

4. Mesti penat kan menunggu pewarna kuku untuk mengering?Ha! Ini ialah trik yang paling mudah dan pantas! Masukkan kuku yang sudah diwarnakan dalam air sejuk (jika boleh yang berisi ais batu). Cara ini membuatkan pewarna kuku anda kering dengan pantas tanpa menghilangkan sedikitnya calitan warna kuku anda! Cubalah!

5. Jika pembersih solekan anda sudah habis, apa kata anda cuba menggunakan minyak zaitun. Titiskan pada tangan dan gosokkan pada muka atau boleh juga titiskannya pada kapas, dan bersihkan wajah dengannya.

IKLAN
Sumber gambar: Cottonbro

6. Pemerah pipi biasanya cepat dan mudah pudar. Bagaimana mahu membuat warnanya tahan lama? Sapukan pemerah pipi tekstur krim pada wajah yang baru disapu bedak asas (sewaktu bedak asas belum diserap kulit sepenuhnya). Kemudian lapisi bedak asas dan pemerah pipi tadi dengan bedak tabur jenis translucent.

7. Walaupun anda memakai hijab, kesihatan rambut juga harus dijaga ya! Jika anda ingin rambut sentiasa lembap dan tidak kering, cuba pupur rambut buatan sendiri dengan mencampurkan avokado bersama minyak zaitu. Campur dan kacau, kemudian sapukan pada rambut. Biarkan 15 minit sebelum dicuci bersih dengan air.

Baca juga: Garisan Kening Kanan Dan Kiri Tak Sama? Alamak Risau! Miliki Solekan Kening Yang Sempurna Dengan 5 Tip Ini!

IKLAN

8. Mahu bulu mata tampak tebal? Selepas menyapu satu lapis maskara, ambil putik kapas dan sapukan bedak bayi pada tiap helai bulu mata. Kemudian sapukan kembali maskara dan anda akan perasan bulu mata tampak lebih tebal.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI