Boleh Kurangkan Berat Badan Bila Makan Taugeh? Tak Perlu Asingkan Lepas Ini!

Share

“Eeee…banyaknya taugeh dalam makanan aku ini!”, itulah dialog yang sering kita lihat jika ada kenalan yang tidak suka akan taugeh. Sanggup mereka asingkan sebelum makan, begitu gigih buat mereka untuk nikmati makanan mereka.

Artikel berkaitan: Asyiknya Makan Kerepek Pegaga, Hijabi Yang Tak Suka Makan Sayur Boleh Try!

Ya, setiap orang mempunyai citarasa dan juga makanan yang mereka kurang gemar. Tapi anda nak tahu tak kalau tak makan taugeh ini sebenarnya dah rugi satu kebaikan–boleh cepat kurus!

Tak Kenal Maka Tak Cinta, Cuba Makan Taugeh!

Sumber dari Canva

Taugeh sebenarnya sejenis kecambah atau lebih difahami anak benih yang baru bercambah. Ia satu sayuran yang sangata popular dimakan mentah atau sesudah masak. Sayuran ini juga bersih daripada segala racun kulat atau serangga dan juga mengandungi vitamin A dan C serta sumber kalsium yang tinggi!

Ha, hebat bukan kandungan yang ada pada sayur taugeh ini. Tapi mungkin hari ini sis nak ‘racun’ lagi anda yang tak suka makan taugeh untuk ketahui apa kelebihan yang sangat bagus jika anda mulai makan sayuran ini!

Protein!

Sumber dari Canva

Taugeh boleh menggantikan bahan sumber protein yang baik buat tubuh anda terutama sekali mereka yang ingin mengurangkan pengambilan daging atau ikan–vegeterian. Lebih kurang 35 peratus protein yang boleh dimanfaat kepada tubuh. Selain dari itu, taugeh memberikan protein tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein yang lain.

Memberi enzim

Sumber dari Canva

Nampak halus sahaja dan tidak memberangsangkan? Ianya tidak seperti yang anda sangka! Taugeh yang halus itu mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran lain yang tidak di masak. Enzim ini merupakan satu protein yang istimewa di mana ia boleh meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.

Mencegah penyakit anemia

Kandungan asid folik yang ada pada sayuran ini boleh membantu untuk mengeluarkan asid amino dan sel darah merah. Bila berlaku pengeluaran darah merah yang stabil, ia boleh mencegah dari terjadinya masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.

Bantu kesuburan manusia

Sumber dari Canva

Kalau anda seseorang yang sering mendengar petua dari ‘orang lama-lama’ sudah tentu anda pernah dengar mereka menyarankan untuk makan sayur taugeh untuk kesuburan sperma. Kandungan vitamin E dan protein yang tinggi boleh memberikan kesihatan dalam kesuburan manusia.

Artikel berkaitan: Ada Buah & Sayuran Tertentu Bila Kita Makan Boleh Sebabkan ‘Angin’ & ‘Kembang Urat,’ Ini Faktanya

Mengurangkan berat badan

Sumber dari Canva

Mesti ramai yang suka bila mendengar taugeh ini boleh kurangkan berat badan bukan? Ya, sayur taugeh ini kaya dengan zat dan rendah kalori yang akan membantu kita menurunkan berat badan di sambil memberi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan. Malah, ia juga kaya dengan serat yang boleh membuatkan kita cepat kenyang. Semua kebaikan ini sangat sesuai buat mereka yang ingin menurunkan berat badan!

Sumber: Hellodoktor

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN