Untuk kekal positif di pagi hari bukanlah sebuah perkara yang mudah untuk dilakukan. Kadang-kala kita akan berasa tidak bermotivasi dan tidak bersemangat untuk menjalani kehidupan kita. Sukar sebenarnya untuk mengekalkan minda yang positif melainkan kita tahu cara yang terbaik untuk sentiasa bersemangat dan fokus dalam apa cara sekalipun.

Kali ini, team Hijabista akan kongsikan kepada anda semua tentang cara-cara untuk mendapatkan minda yang positif. Ingat! Minda yang positif boleh menjadikan segala urusan harian kita berjalan dengan lancar dan akhirnya dapat menajdi hari-hari kita lebih efektif!

1. Tidur yang secukupnya.

Sumber gambar: Your Tango

Waktu tidur yang cukup merupakan kunci utama dalam penjagaan kesihatan diri. Melalui waktu tidur yang secukupnya, akan membolehkan anda bertenaga menghadapi hidup seharian. Kualiti tidur yang maksima juga membolehkan kita memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada tugasan harian.

Kita disarankan untuk menjaga kualiti tidur yang secukupnya, bagi mengoptimumkan fungsi tubuh badan serta perkembangan mental, otak dan lain-lain.

Tidur dengan baik juga mengurangkan tahap tekanan dan memastikan tahap tekanan terus terkawal. Selain daripada itu, tidur yang baik juga mengurangkan risiko penyakit kronik yang berkaitan dengannya; seperti tekanan darah tinggi dan diabetes. Tempoh tidur yang cukup juga dapat meningkatkan selera makan dan mengurangkan peluang makan secara berlebihan.  Oleh itu, jika ingin elak risiko mempunyai berat badan yang berlebihan, pastikan kita tidur dengan secukupnya.

Secara amnya, kita disarankan untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

IKLAN

2. Luangkan Masa Berkualiti Dengan Orang Tersayang

Sumber gambar: The Silver Cloud Diet

Meluangkan masa dengan orang tersayang, keluarga dan kawan-kawan, dapat menghasilkan keseimbangan kerja-kehidupan dan meningkatkan nilai kebahagiaan. Dengan mempunyai kelapangan minda, sekaligus ia akan melahirkan semangat dan motivasi, serta emosi positif diri sendiri. Ia juga dapat meningkatkan tahap kedamaian psikologi, kerana sokongan emosi melalui individu di sekeliling.

3. Bina Jiwa Yang Kukuh

Sumber gambar: India.com

Menyuburkan dan mengembangkan fisiologi dalam jiwa kita, dapat membawa kepada kehidupan yang lebih memuaskan.

Menjadi sihat secara rohani, membolehkan kita berhubung dengan diri kita yang sebenarnya, seterusnya menjadi salah satu kunci kebahagiaan. Kita boleh amalkan beberapa aktiviti seperti berdoa, pengasingan diri, muhasabah diri dan sebagainya.

IKLAN

4. Jaga Fizikal Dan Mental

Sumber gambar: Forever Fit Science

Memelihara kedua-dua aspek ini membolehkan kita menjalani kehidupan dan minda yang sihat.  Bagi menjaga kesihatan mental, kita harus melatih otak anda dan otot fizikal yang memerlukan senaman berterusan.

Jika ianya gagal dilakukan dengan kerap, akan menyebabkan fungsi fizikal dan mental kita menjadi kurang efisien.

Di samping itu, kita harus menjaga kesihatan fizikal, untuk mencegah penyakit dan menjalani kehidupan dengan lebih produktif.

IKLAN

Beberapa cara untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental adalah dengan melakukan senaman secara teratur, banyakkan membaca dan meningkatkan tahap pengambilan vitamin B. Kita haruslah selalu mencabar memori dan kecerdasan daya fikiran melalui latihan dan sebagainya.

Masa untuk berehat juga merupakan cara yang baik untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal, kerana ia mampu menurunkan tahap hormon cortisol atau tekanan perasaan.

5. Jangan Biarkan “Kelemahan” Kecil Merosakkan Hidup

Sumber gambar: Evelyn Lim

Kita tidak boleh membiarkan kecacatan kecil seperti tahi lalat, jerawat, rambut yang panjang tetapi tidak terurus; daripada mencacatkan kehidupan.

Jika kita ingin mencapai kebahagiaan sebenar dan menjalani minda dan badan yang sihat, kita tidak sepatutnya membiarkan kelemahan kecil tersebut merosakkan seluruh kehidupan anda. Kita seharusnya mencari penyelesaian untuk memperbaikinya.

Sebagai contoh, dapatkan terapi cara pertuturan yang baik jika kita mempunyai masalah gugup ketika perlu berucap di khalayak ramai. Terapi ini akan membantu kita membuat ucapan dengan lancar, sekaligus meningkatkan keyakinan diri.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI