
Anggur mengandungi serat, air, vitamin A, vitamin C, protein, kalsium, dan asid lemak. Sebahagian kandungannya bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Rasanya yang masam tetapi sedikit manis membuatkan buah ini menjadi kegemaran ramai. Anggur boleh dimakan sebagai snek atau jus yang lazat.

KENAPA PERLU KISAR ISI ANGGUR BERSAMA KULIT DAN BIJI?
Anggur bukan sekadar enak dimakan begitu sahaja tetapi boleh juga dibuat jus. Anggur mengandungi polifenol, yang merupakan sebatian semula jadi yang memberi warna, dan boleh memberikan perlindungan kepada tubuh daripada radikal bebas.
Buah anggur (yang ada biji) kaya bahan antioksidan. Kajian oleh Saintis Portugal pada 2015 menunjukkan bahan antioksidan yang paling tinggi adalah dalam biji anggur (60%–70%) dan diikuti dengan kulit (28%–35%).
Isi anggur pula hanya mengandungi 10% bahan antioksidan. Kajian yang dilakukan oleh Saintis Jepun (Yamakoshi) mendapati meminum ekstrak (jus) biji anggur boleh kurangkan pigmentasi kulit.

Kajian oleh Saintis Korea dalam tahun 2018 juga mendapati ekstrak biji anggur boleh kurangkan pigmentasi kulit lebih baik berbanding ekstrak kulit anggur.
Terdapat juga kajian menunjukkan ekstrak biji anggur boleh menegangkan kulit, membantu turunkan darah tinggi, membantu aliran darah, melambatkan nyanyuk dan mengurangkan risiko kanser.

Justeru anggur elok dikisar bersama kulit dan bijinya. Molekul bahan berkhasiat dalam anggur agak besar. Selalunya kita buang sahaja bijinya selepas ini kita kisar sekali bersama bijinya. Ubah kebiasaan ke arah yang lebih baik.
Jus anggur sebaiknya diminum bersama madu dan sumber tinggi fiber seperti barli serbuk. Tujuannya ialah supaya pemecahan bahan berkhasiat menjadi lebih mudah dan mudah diserap ke dalam darah.

Jika khuatir kehadiran ‘pesticide’ pada kulit anggur, rendamlah buah anggur terlebih dahulu bersama sedikit garam dan bilaslah menggunakan air.
Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by bruno-scramgnon from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/56nQrka4s8k
Adakah Anda Melembapkan Wajah Dengan Bahan Yang Betul Mengikut Jenis Kulit?

Tidak pasti bahan apa yang perlu dicari dalam pelembap? Seorang saintis di sebuah syarikat kecantikan utama berkongsi cadangannya.
Memilih pelembap yang betul nampaknya sangat mudah. Yang anda perlukan hanyalah sesuatu yang akan menghidrat kulit anda, bukan? Baiklah, ya pasti sehingga tahap tertentu. Tetapi dengan jumlah pelembap yang ada hari ini, itu adalah tugasan yang menakutkan. Kenapa? Kerana terdapat terlalu banyak pilihan.
Untuk memudahkan anda, hijabista mencadangkan untuk mempertimbangkan dua faktor penting iaitu jenis kulit dan bahan-bahan yang diperlukan untuk melembapkan jenis kulit anda dengan secukupnya.
Untuk jenis kulit berminyak

Jenis kulit berminyak harus mencari pelembap berasaskan gel kerana formulasi ini terasa ringan pada kulit dan tidak meninggalkan wajah berkilap dan berminyak. Bahan larut air seperti asid hyaluronik dan gliserin secara amnya terasa ringan pada kulit sambil memberikan penghidratan yang mencukupi. Bahan-bahan ini dikenali sebagai humectants yang menarik molekul air dari dermis dan atmosfera dan menahannya. Inilah yang menjadikan kulit anda terhidrasi dengan baik.
Produk Cadangan:
Dermalogica Active Moist
Ekstrak tumbuhan termasuk lavender, mallow, dan buah timun – memberikan penghidratan mendalam. Bahan bonus adalah asid amino sutera, yang berasal dari sutera mentah dan dapat membantu menghaluskan dan memperbaiki tekstur kulit, menurut ahli terapi kulit di Dermalogica.
Cetaphil PRO Oil Absorbing Moisturizer SPF 30
Pelembap bebas minyak Cetaphil ini menawarkan perlindungan UVA / UVB spektrum luas tambahan yang merupakan bantuan tambahan untuk jenis kulit berminyak kerana cahaya UV dapat merangsang aktiviti kelenjar sebum dan menyebabkan peningkatan pengeluaran minyak, jelas Warycha. Menggunakan “teknologi mikro-mutiara,” yang menyerap minyak permukaan, mengurangi kilauan, dan membuat kemasan matte.
Untuk jenis kulit kering

Jenis kulit kering mesti mencari pelembap berasaskan krim. Apa-apa yang mempunyai tekstur berkrim biasanya mengandungi occlusives dan emolien. Occlusives menutup kelembapan sementara emolien juga menutup kelembapan dan membantu melembutkan kulit. Kedua-dua istilah boleh digunakan secara bergantian. Bahan-bahan yang berguna untuk dicari dalam pelembap untuk kulit kering termasuk: Dimethicone, oleic acid, urea, dan lanolin.
Produk Cadangan:
Kiehl’s Ultra Facial Cream
Krim muka klasik dari Kiehl’s ini mengandungi squalene, emolien yang menjadikan kulit kering berasa terhidrat dan lembut tanpa rasa berminyak yang super. Alpukat, biji aprikot, buah zaitun, dan minyak badam manis bergabung untuk meremajakan rasa kusam.
Garnier SkinActive Moisture Bomb
Asid hyaluronik adalah humektan yang disukai oleh kulit, kerana ia mengandungi seribu kali berat badannya di dalam air dan memancarkan kulit dengan serius (ia biasanya digunakan dalam pengisi kosmetik untuk alasan ini). Pelembap wajah ringan dari Garnier ini mengandungi ramuan superstar, bersama dengan vitamin C yang mencerahkan.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Cuaca Panas Kulit Kering, Ini 10 Pelembap Terbaik Baiki Tekstur Kulit Wajah
Untuk jenis kulit normal dan kombinasi

Jenis kulit normal dan gabungan biasanya dapat menghilangkan pelembap apa pun. Walau bagaimanapun, campuran baik bahan larut air dan larut minyak boleh bermanfaat. Contoh bahan hidrat dan larut air yang biasa termasuk asid hyaluronik dan gliserin. Contoh bahan larut minyak yang biasa termasuk ceramides, minyak jojoba dan dimethicone.
Produk Cadangan:
Simple Water Boost Hydrating Gel Cream
Penjagaan kulit yang hebat tidak perlu menelan belanja yang tinggi. Campuran hidrator ringan, seperti isomerat saccaride, gliserin, dan asid stearat, yang menghilangkan dahaga kulit ketika bersentuhan.
Tatcha The Water Cream
Krim ini jauh lebih banyak daripada sekadar air. Ia mengandungi campuran teh hijau, beras, dan alga yang sesuai untuk menghidrat dan bunga liar Jepun untuk mengetatkan liang dan menyerap minyak berlebihan.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Pelembap Terbaik untuk Kulit Kombinasi Yang Tidak Akan Membuat Kulit Anda Berkilat Atau Kering
Untuk jenis kulit sensitif

Jenis kulit sensitif memerlukan penjagaan tambahan. Semasa memilih pelembap, penting untuk memilihnya dengan senarai ramuan pendek. Semakin banyak bahan yang terdapat dalam pelembap, semakin tinggi kemungkinan kerengsaan. Jenis kulit sensitif harus mencari bahan menenangkan, menghidratkan dan anti-radang. Ini termasuk: Aloe vera, soya, shea butter, allantoin, bisabolol, colloidal oatmeal. Sentiasa mulakan dengan hanya menggunakan sedikit atau melakukan ujian tampalan di bawah dagu anda untuk melihat bagaimana kulit anda bertindak balas. Sekiranya kulit anda tidak menimbulkan kerengsaan atau kepekaan, anda selamat!
Produk Cadangan:
The Body Shop Vitamin E Moisture Cream
Pelembap yang ringan dan mudah diserap ini membantu menyuburkan kulit sensitif dengan sifat penyembuhan Vitamin E, Asid Hyaluronik, dan Minyak Wheatgerm. Jauhkan rasa kering dengan ancaman tiga kali ganda ini, krim berisi bahan unggul dan biarkan kulit anda menyerap semua faedah yang lazat.
First Aid Beauty Ultra Repair Cream
Pelembap intensif First Aid Beauty, sangat sesuai untuk semua jenis kulit bahkan yang menghidap eksim. Berfungsi untuk memberi kulit anda penghidratan jangka panjang untuk kelegaan sepanjang hari. Ini adalah penyelesaian yang baik untuk kemerahan dan kelemahan malah cukup lembut untuk bayi.
BACA JUGA ARTIKEL INI: 39 Produk Kecantikan Terbaik Drugstore Untuk Kulit Sensitif Dan Berjerawat
Tak Perlu Nak ‘Insecure’, Ini 5 Kelebihan Kulit Sawo Matang Yang Anda Wajib Tahu!

Setiap manusia memiliki warna kulit yang berbeza sama ada cerah, gelap ataupun sawo matang. Wanita terutamanya mendambakan kulit cerah kerana itulah ‘standard‘ kecantikan bagi mereka. Namun, anda silap! Kulit sawo matang adalah yang terbaik sebenarnya.
Di era moden kini, ramai wanita ingin terlihat ‘putih’ dan cerah. Bagi mereka, kulit cerah itulah ‘pengukur‘ kecantikan yang sebenar. Buktinya, banyak lambakan produk untuk memutihkan kulit yang ada di pasaran. Sehinggakan terdapat lambakan produk yang tidak mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
Ramai wanita yang terpedaya dengan pelbagai iklan produk pencerah kulit tanpa mengambil kira kesan jangka masa panjang pada kulit dan kesihatan mereka. Anda perlu sentiasa berhati-hati dan sentiasalah membuat kajian sepenuhnya sebelum menggunakan sesuatu produk. Untuk wanita berkulit sawo matang, tak perlu nak berasa tidak yakin dan ‘insecure’ lagi! Banyak sebenarnya kelebihan kulit sawo matang ini. Kalau anda nak tahu, orang luar negara pun menginginkan dan cemburu dengan warna kulit orang Asia ini.

DEFINASI ‘SAWO MATANG’
Perkataan sawo matang itu sebenarnya berasal daripada buah bernama sawo atau ciku yang berwarna ‘kecoklatan’ apabila sudah dimasak. Jadi apa kaitannya dengn warna kulit? Dalam konteks warna kulit, ianya bermaksud seseorang yang berkulit coklat, iaitu warna perantaraan antara tona warna yang cerah dan gelap (brown skin atau mature tan). Kalau orang melayu lebih suka menggelarnya sebagai ‘hitam manis’. Sekarang anda pasti dah nampak kaitannya bukan?
Artikel berkaitan: Tutorial Mekap: Tampil Berbeza Buat HIjabi Berkulit Hitam Manis Berseri Bak Supermodel
DISEBABKAN OLEH KANDUNGAN MELANIN YANG TINGGI DALAM BADAN
Pertama sekali, anda perlu mengetahui bahawa individu yang memiliki kulit sawo matang ini mempunyai kandungan melanin yang tinggi dalam badan. Kandungan melanin yang tinggi inilah yang membantu membuatkan individu berkulit sawo matang lebih unik dan mendatangkan banyak kelebihan.
APA ITU MELANIN?

Melanin adalah pigmen ‘pemberi’ warna kulit, rambut dan mata kita. Meninjau perkongsian dari Sehat Q, melanin dihasilkan oleh sel yang dipanggil ‘melanosit’. Setiap orang mempunyai melanosit yang sama. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mempunyai kandungan melanin yang lebih tinggi. Perbezaan dalam melanin ini yang membuatkan setiap individu mempunyai warna kulit, rambut dan bola mata yang berlainan. Jadi buat anda yang berkulit sawo matang, tak perlu rasa nak rendah diri lagi. Berikut adalah di antara kelebihan memiliki kulit sawo matang:
1.Tubuh Badan Yang Lebih Sihat

Siapa sahaja yang tidak mahu tubuh badan yang lebih sihat kan? Untuk individu berkulit sawo matang, anda perlu berasa gembira kerana kandungan melanin yang tinggi ini secara ringkasnya membantu anda memiliki tubuh baik yang sihat dengan menggalakkan penglihatan mata serta pertumbuhan sel tubuh badan anda. Beruntungnya anda kerana semua proses ini berlaku secara semula jadi.
2. Melawan radikal bebas
Mereka yang mempunyai warna kulit sawo matang ini mempunyai keupayaan yang hebat untuk melawan radikal bebas yang merosakkan sel kulit dan badan. Untuk pengetahuan anda, radikal bebas ini mampu meningkatkan risiko kanser kulit. Tetapi disebabkan kandungan melanin yang tinggi, ianya boleh menghalang sinaran UV daripada memasuki kulit.
3. Mengelakkan pelbagai masalah kulit
Jarang rasanya kita mendengar individu yang berkulit sawo matang ini mengalami masalah seperti breakout, berparut atau selar matahari kan? Menurut laman Hello Doktor, individu dengan warna kulit ini jarang mendapat masalah kulit kerana melanin yang tinggi bertindak untuk menjaga kulit daripada pelbagai masalah kulit termasuklah alahan atau jangkitan. Beruntung kan!
4. Menguatkan Tubuh Badan
Tambahan itu, kandungan melanin yang tinggi ini juga dapat menguatkan badan. Melanin juga boleh membantu kulit dan badan menyerap vitamin penting seperti vitamin D dalam cahaya matahari, yang baik untuk pembentukan kalsium. Kandungan kalsium yang tinggi dalam badan boleh menguatkan tulang anda. Dalam jangka masa panjang, ia berpotensi untuk mencegah masalah osteoporosis. Kalau anda nak tahu, osteoporosis adalah keadaan di mana ketumpatan tulang berkurangan, menyebabkan tulang menjadi berliang dan mudah patah.
5. Awet Muda
Memang menjadi idaman setiap wanita untuk sentiasa tampil awet muda. Pasti anda senyum sampai ke telinga apabila dipuji. Anda perlu tahu bahawa melanin juga memberikan kesan anti-penuaan. Hasil daripada kesan anti-penuaan inilah yang membantu individu berkulit sawo matang kelihatan lebih muda. Selebriti di Malaysia seperti Nabila Huda dan Dayang Norfaizah telah membuktikan bahawa orang yang berkulit sawo matang ini awet muda! Malahan, mereka juga turut bangga dengan warna kulit mereka.
Sekarang anda pasti rasa bersyukur kerana mempunyai kulit sawo matang kan? Tak perlu dah berlumba untuk mendapatkan kulit cerah. Kulit sawo matang lah best dan banyak kelebihannya! Sebagai kesimpulan, anda haruslah belajar menerima dan bersyukur tak kira apa pun warna kulit anda.
Sumber info dan gambar: Hello Doktor dan Google
Artikel berkaitan: 10 Inspirasi Warna Hijab Yang Sesuai Untuk Gadis Berkulit Sawo Matang Ala Halima Aden
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sakitnya Jerawat Tumbuh Di Badan! Hapuskannya Dengan Pilihan Produk Mandian Ini!

Badan berjerawat amat tidak menyenangkan! Tambahan pula apabila jerawat yang tumbuh itu seperti jerawat batu. Pasti apabila terkena baju, menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa! Kebanyakkan jerawat di badan berpunca dari pelbagai faktor contohnya seperti lebihan minyak, baju yang tidak bersih dan juga peluh yang berlebihan.

Oleh kerana itu, ia akan menyebabkan bakteria membiak dan sekali gus menghasilkan sebum yang berlebihan sehingga menyebabkan jerawat tumbuh di badan.
Pelbagai produk yang dijual di pasaraya boleh membantu kamu! Antara produk yang terbaik adalah:
- LIFEBUOY Moisture Plus Body Wash

Produk mandian ini diperkaya dengan Vitamin A, C dan E yang boleh melembapkan kulit. Tambahan pula, ia diformulasi dengan bahan yogurt yang meresap jauh ke dasar kulit sehinggakan kulit tidak lagi akan menjadi kering dan berjerawat! Sabun mandi ini diperkaya dengan ramuan Active5 yang mampu untuk membunuh hampir 99.9% kuman.
2. Sebamed Liquid Face and Body Wash

Bagi kamu yang memiliki kulit sensitif, sabun mandian ini amat bagus kerana kadungannya tidak mengeringkan kulit. Diformulasi dengan Vitamin Pentavitin dan Allantoin, kelembapan kulit pasti akan terpelihara dan terlindung daripada permasalahan kulit yang serius.
3. THE BODY SHOP® Tea Tree Skin Clearing Body Wash

Produk dari The Body Shop ini mengandungi Tea Tree yang boleh merawat bahagian badan yang berjerawat terutamanya di bahagian belakang badan dan punggung. Penggunaan yang kerap akan menjadikan kulit segar, sihat dan yang paling penting, bebas jerawat.
4. NEUTROGENA Body Clear® Body Scrub

Bukan hanya untuk kulit wajah, malah Salicylic Acid juga boleh digunakan di bahagian kulit badan yang bertindak secara efektif membersihkan liang pori kulit dan membuang sel kulit mati seperti sabun mandian dari Neutrogena ini. Untuk hasil terbaik, gunakan mandian skrub ini bersama-sama span mandi pada setiap hari.
5. T3 Acne Body Wash pH 5.5

Sabun mandi ini mengandungi agen antibakteria yang bertindak menghalang pembentukkan jerawat dari peringkat awal lagi. Dengan menggunakan minyak daun teh sebagai antiseptik semulajadi, masalah jerawat pada badan dapat diatasi dengan berkesan. Kandungan pH 5.5 menjadikan mandian ini selamat pada kulit dan sesuai untuk kegunaan harian.