Buat si Hijabista, jangan disebabkan anda memakai hijab, kesihatan rambut anda ketepikan! Malah, apabila anda berhijab, anda sepatutnya menjaga rambut anda dengan lebih rapi dan teliti. Jika tidak, pasti masalah rambut terjadi sebagai contoh rambut kering, berbau, berminyak dan kusam!

Sumber gambar: AARP

Lakukan 5 amalan mudah ini untuk menghindari dari masalah rambut rosak. Ingat ya, biarpun berhijab, tetapi rambut masih menjadi mahkota seri anda! 

Sumber gambar: 40 plus style

Kering dengan sendirinya

Situasi ini seringkali berlaku pada waktu pagi. Disebabkan ingin cepat bersiap, ramai yang mengambil langkah untuk mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut yang mendedahkannya kepada subu haba yang tinggi! 

Tahukah anda, apabila rambut terdedah dengan haba yang kuat, ia akan merosakkan rambut! Ia akan membuatkan rambut lebih kering dan rapuh. Ini kerana haba akan melembutkan keratin rambut dan menyerap lembapan ketika proses pengeringan.

Jadi, lebih baik sekiranya untuk biarkan rambut anda kering dengan sendirinya! Takut terlambat? Kenalah bersiap awal sis!

IKLAN

Gunakan syampu 3 kali sehari

Sis, mencuci rambut setiap hari tidak menjadikan rambut anda sihat ya! Malah, ia merosakkan lagi keadaan rambut anda! Nak tahu kenapa? Bahan kandungan kimia yang ada dalam syampu itu boleh menyebabkan kelembapan rambut hilang dan akhirnya rambut menjadi kering dan rosak! 

Semua pakar dermatologi akan menekankan rambut tidak boleh dicuci setiap hari kerana ia akan membantutkan penghasilan minyak semula jadi.

Hentikan mewarna rambut

IKLAN

Warna merah? Hijau? Kelabu? Semua pilihan warna ini seakan-akan sudah menjadi trend untuk mewarnakan rambut! Tetapi sebenarnya, mewarnakan rambut ibarat meletakkan satu amaun bahan kimia yang banyak sekaligus pada rambut, lantas menyebabkan rambut hilang lapisan perisainya. 

Sebaik lapisan itu hilang, sukar untuk rambut tampak berkilat. Jika salah penjagaannya, ia boleh menyebabkan kulit kepala menggelupas kerana kesan kuat pada bahan kimia tersebut! Jadi, fikir banyak kali ya sebelum mewarnakan rambut.

Sumber gambar: Prevention

Jangan ubah suai rambut

Tidak kiralah rambut anda kerinting, lurus, tebal ataupun nipis, jangan sesekali melakukan apa-apa pada rambut seperti ‘rebonding’ ‘perm’ dan sebagainya. Ia akan membuatkan kutikel rambut rosak sepenuhnya jika kerap dilakukan.

IKLAN

Pilih produk yang sesuai

Jangan terlalu taksub dan teruja untuk mencuba produk yang baru. Ingat ya, bukan semua produk yang baru sahaja dilancarkan itu sesuai dengan jenis rambut anda! Jadi, lakukan sedikit bacaan terhadap sesuatu produk sebelum ingin menggunakannya! Pilih produk yang sesuai ya sis!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI