Untuk menghasilkan solekan bibir yang mungil serta kemas rapi, ia tidak hanya memfokuskan kepada pemakaian ‘lipstick’ semata-mata, malah bibir yang seksi dapat dihasilkan dari pemakaian ‘lip liner’.

Sumber gambar: Rafael Martino

‘Lip liner’ merupakan produk kosmetik yang digunakan untuk membentuk bingkai bibir, meratakan bibir yang tidak simetri, dan menjadikan bibir lebih tebal. Pemakaian ‘lip liner’ juga akan menjaga aplikasi lipstik untuk lebih kemas dan rapi sehingga tidak mudah keluar dari garis bibir.

Apa kata kamu cuba trik dibawah ini untuk menggunakan ‘lip liner’ dengan betul dan membuatkan bibir kamu seksi persis Angeline Jolie!

  1. Jangan terlalu tajamkan hujung ‘lip liner

Ramai diantara kita yang sering mengasah hujung ‘lip liner’ sehingga menjadi begitu tajam. Sebenarnya, jika hujungnya terlalu tajam, ia akan membuatkan bibir kamu tampak palsu dan terlalu ‘keras’. Untuk menghasilkan gaya yang natural, pastikan hujungnya tidak terlalu tajam. Barulah bibir kamu nampak seksi semula jadi!

2. Jadikan ‘lip liner’ sebagai permukaan asas ‘lipstik’ agar warnanya lebih tahan lama

IKLAN

Siapa kata lip liner hanya boleh digunakan untuk garis tepi bibir sahaja? Untuk membuat warna lipstikmu lebih kuat, menggoda dan tahan lama, sebaiknya gunakan juga ‘lip liner’ di seluruh permukaan bibir sebagai ‘base’ sebelum mengenakan ‘lipstik’. Selain itu, menggunakan ‘lip liner’ sebagai ‘base’ juga boleh menghindari ‘lipstik’ yang terlihat melekat dan tidak kemas ketika sudah digunakan seharian.

3. Lukis ‘X’ di bahagian tengah bibir untuk tampak lebih menonjol

Untuk membentuk bibirmu dan menonjonlkan garisan menggunakan ‘lip liner’, trik yang boleh dilakukan adalah dengan membuat huruf “X” di bagian tengah bibir. Cara ini berguna agar bibir kamu lebih berdimensi dan mudah menarik garis selanjutnya di tepian bibir menggunakan ‘lip liner.’

IKLAN
Sumber gambar: Cosmopolitan

4. Gunakan ‘lip liner’ untuk membingkai garis di luar tepian bibir

Lip liner’ sangat berguna untuk membuat bibir tampak lebih penuh dan tebal. Anda boleh melakukan teknik ‘lip contouring’ dengan menggunakan ‘lip liner.’ Teknik ini berguna untuk membuat ilusi bibir yang tampak lebih penuh dan tebal. Pilih ‘lip liner’ yang warnanya satu tona lebih tua dari warna asli bibir anda agar ketika diratakan dengan ‘lipstik’ bentuknya akan lebih natural.

5. Gabungkan dua warna agar bibir terlihat lebih penuh

IKLAN

Sama seperti teknik ‘contouring’ yang digunakan untuk memperkemas bentuk wajah, anda juga boleh menggabungakan warnanya agar bibir tampak lebih padat dan mampat. Cuba gunakan dua warna ‘lip liner’ untuk membuat imej dimensi yang berbeza. Pilih warna yang lebih muda dari warna asli bibir dan salah satunya lagi dengan warna yang lebih tua. Aplikasikan ‘lip liner’ warna muda untuk membentuk garis di bahagian tengah bibir. Kemudian gunakan warna yang lebih tua di ujung-ujung luar bibir. Setelah itu campurkan kedua-dua warnanya agar nampak lebih natural.

 

Sumber gambar: Kiko Cosmetics

 

https://www.youtube.com/watch?v=XSX8YsjyZBM

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI