Selain berhadapan dengan masalah kulit seperti berjerawat, kaum wanita juga sering terdedah dengan bibir kering hingga menyebabkan menggelupas. Dan bila kita tarik kulit menggelupas itu akan menyebabkan ia jadi berdarah. Waktu itu sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Namun usah risau dengan masalah ini. Perkongsian wanita ini Hazirah Maulama di laman sosial facebook memberitahu petua melalui cara dengan membuat skrub menggunakan bahan dapur untuk menyelesaikan masalah bibir kering.
Memang tak selesa jika mengalami masalah bibir kering.
Malah cara ini juga diyakini selamat dan sangat bajet. Namun begitu diingatkan juga agar jangan lupa minum air masak secukupnya supaya tidak berlaku dihidrasi terutama pada cuaca tidak menentu.
Ads
HOME MADE SCRUB BIBIR
Lately ni hujan panas hujan panas. Cuaca tak menentu. Bibir pun ikut kering dan menggelupas. Bila tarik yang menggelupas tu siap berdarah. Sakitnya.
Ads
Pi lah dapur jap. Amik madu, minyak zaitun ngn gula. Campur campur kan bahan tu. Dah siap gosok gosok sental sental kat bibir sampai tanggal sel sel kulit mati.
Bahan diperlukan untuk membuat skrub.
Dah siap sental amik tisu dan lap bibir. Haa amik kau hilang semua yang menggelupas tu. Bibir pun jadi moist moist je.
Ads
Maklum lah. Kite ni memang pencinta natural. Guna selagi ape yang boleh guna kat dapur. Bahan pun selamat. Kalau korang nak cuba buat pun boleh. Selamat mencuba
Campurkan semua bahan dan sapu perlahan pda bibir.
P/s: Jangan lupa minum air masak yang cukup supaya tak berlaku dehydration di kala cuaca tak menentu ni.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Harapan pelakon Raja Farah yang ingin menimang cahaya mata perempuan akhirnya menjadi realiti apabila dia selamat melahirkan puteri sulungnya pada 17 Jun jam 9.40 pagi.
Menerusi perkongsian dalam laman Instagramnya, pelakon yang pernah popular dengan filem Apa Kata Hati itu menzahirkan rasa syukurnya apabila dikurniakan seorang puteri selepas memiliki dua putera, Imran Iskandar dan Ilham Iskandar.
Alhamdulillah, syukur..keluarga kecil kami bertambah lagi dengan kehadiran puteri sulung kami.
Puteri Farah atau nama sebenar, Raja Farah Raja Aziz, 34, turut menyatakan bahawa anaknya itu dalam keadaan yang sihat dan memiliki berat normal.
Saya selamat melahirkan pada 17 Jun, 9.40 pagi, perempuan, 2.81 kg, kelahiran secara normal.
Dalam hantarannya itu juga, Raja Farah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak henti mendoakan tentang kehamilannya itu. Ucapan terima kasih juga turut ditujukan kepada Dr. Ainul yang menggalas tanggungjawab untuk mengendalikan proses kehamilannya termasuklah kehamilan anak lelakinya yang pertama dan kedua sebelum ini.
Terima kasih semua yang mendoakan dari sebelum saya hamil untuk dapat anak perempuan, sampai hamil dan sampai selamat saya melahirkan. Saya menghargai semua.
Terima kasih Dr. Ainul, doktor dari anak sulung, imran dulu, sampailah anak perempuan kami ni, ada je drama nye dari 2nd baby, and this baby girl..
Sekadar info, Raja Farah dan suami, Iskandar Ismail mendirikan rumah tangga pada 6 September 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Untungnya menjadi seorang wanita bernama Neelofa. Bukan sahaja cantik, bijak dan berpeluang memperaga fesyen digemari, tetapi juga turut berpeluang bercuti di kepulauan Maldive yang sangat cantik dan mendamaikan. Lebih mengujakan, pelakon serta pengacara popular ini juga berpeluang tinggal di villa mewah bawah laut yang mana harganya mencecah RM200,000 semalaman (tidak termasuk cukai). Nyata netizen bersetuju pelakon cantik ini memang layak untuk menginap di tempat mewah ini dan jadi inspirasi kepada hijabi di luar sana.
@scha_jimbai You inspiring more people to be successful just like you..❤️❤️ without any hard work it’s impossible to achieve our dreams.
@eshacher You are such an inspiration to all woman. Thankyou for your journey.
@heattyishak tahniah atas kejayaan awak hari, lepas apa yg you dah usaha, you should enjoy it
@nsa.shafika Lawa nya… very inspired every one to succes like you..
Dalam satu posting yang dimuat turut, Neelofa memberitahu dia sangat beruntung kerana menjadi orang ketiga merasai pengalaman menginap di sini.
Dia juga bersyukur kerana diberikan peluang merasai perjalanan yang cukup indah. Bidang kerja dilakukan membuatkan impiannya untuk ke destinasi menarik jadi kenyataan.
Melihat gambar-gambar yang tular di media sosial menggambarkan betapa indahnya pemandangan di dasar laut berkenaan. Istimewanya menurut carian di google penginapan mewah The Maruka yang terletak di Conrad Maldives Rangali Island. Villa di bawah air itu merupakan yang pertama dibina di dunia sejak 2016.
Bakal beroperasi November ini, The Maruka yang membawa erti batu karang dalam bahasa Dhivehi dibina di bawah 16.4 kaki dari paras laut.
Tetamu yang datang juga berpeluang merasai pengalaman menginap di dasar laut dan di kelilingi hidupan akuatik.
Selain kamar tidur, ruang dasar laut The Maruka ini juga turut dilengkapi dengan ruang tamu dan bilik air.
Selain itu menurut pengacara Meletop ini juga, penginapan mewah ini juga menyediakan perkhidmatan pelayan 24 jam sehari selain kelengkapan bot persendirian untuk menjelajah sekitar pulau.
Oleh kerana Neelofa juga dikenali Queen Of Trend dan seorang yang bijak berselfie, jadi #OOTD yang dikongsi sepanjang percutian di sana memang cukup menarik. Dia juga turut bercuti bersama salah seorang adiknya.
Niat untuk menasihati atau menegur seseorang sudah baik, tapi cara pula tidak kena dengan gaya. Bahkan, ia berubah menjadi satu perselisihan faham dan bertengkar dengan rakan anda.
Perkara ini sering terjadi jika ingin menegur seseorang tentang sesuatu perkara. Kadang-kadang kita juga sering lupa untuk ‘cermin’ dahulu diri sebelum bertindak melakukan sesuatu.
Perselisihan atau perbalahan mungkin akan terjadi jika seseorang itu tidak faham erti ‘nasihat’ dan cara melakukannya. Ada yang suka memberi hujah tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu.
Masalah yang terjadi juga akan berlarutan dari kecil sehinggalah buat sekian lamanya. Baginda pernah bersabda:
Maksudnya: Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah ialah orang yang paling kuat bermusuhan. (Muslim No: 2668 – Status Hadis Sahih)
Dijelaskan lagi oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi dalam Syarh Sahih Muslim, perkataan الْأَلَدُّ (Al’alad) pada penghujung ayat membawa maksud dengan permusuhan yang keras. Manakala perkataan الْخَصِمُ (Al-khosim) adalah permusuhan atau penentangan yang salah meski pun tujuannya untuk menegakkan kebenaran.
Ini membawa maksud bahawa Allah SWT turut membenci golongan yang suka menegakkan kebenaran mengikut cara yang salah. Contoh yang sering kita nampak adalah seperti menegur dengan menengking dan menggunakan perkataan yang mengguris hati seseorang.
Kebanyakan dari kita lupa prinsip asas dalam menyebarkan kebaikan adalah dengan menyantuni dengan cara yang baik. Agama Islam juga menekankan ihsan tentang melakukan sesuatu perkara dengan cara yang baik.
Ingat! Untuk menasihati orang itu tidak salah jika pada cara yang betul dan mempunyai isi yang bermanfaat. Janganlah lakukan sesuatu itu hanya kerana anda ingin dilihat baik dan mempermainkan agama.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.