Bagi mendapatkan hasil solekan yang kemas dan nampak natural, penting untuk anda memilih bedak wajah yang sesuai. Ya! Memang agak memakan masa yang agak lama untuk memilih bedak wajah mengikut tona kulit dan jenis kulit.

Perlu diketahui bahawa bedak yang baik mengikut jenis kulit wajah amat membantu menentukan hasil solekan akhir. Hasilnya penampilan anda akan kelihatan cantik secara maksimum.

CARA MEMILIH BEDAK WAJAH YANG TEPAT MENGIKUT JENIS KULIT WAJAH

KULIT WAJAH NORMAL

Cara memilih bedak yang bagus untuk kulit normal sebenarnya tidak terlalu bermasalah. Mereka yang memiliki jenis kulit wajah jenis normal biasanya mempunyai jumlah kandungan air dan minyak yang seimbang.

Kulit anda tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak. Biasanya mereka yang memiliki kulit wajah jenis ini  jarang mengalami masalah kulit, tidak terlalu sensitif, pori-pori muka hampir tidak kelihatan, dan kulit kelihatan cerah.

Jika anda mempunyai kulit normal, anda boleh mencuba beberapa formula bedak yang berbeza untuk melihat jenis bedak yang sesuai untuk kulit anda.

KULIT WAJAH BERMINYAK 

Pilihan yang tepat untuk memilih bedak yang sesuai untuk kulit berminyak ialah tekstur serbuk. Bedak tabur untuk kulit berminyak boleh membantu menyatu dengan kulit wajah dengan baik.

Jenis kulit muka berminyak biasanya disebabkan oleh pengeluaran sebum yang berlebihan daripada kelenjar minyak.

IKLAN

Anda mungkin perasan kulit anda berminyak melalui kawasan muka yang sangat berminyak di kawasan T muka, iaitu dahi, hidung, dan dagu. Oleh itu, pemilik kulit berminyak harus memilih bedak yang baik dengan formula atau kemasan matte yang dapat mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah.

Walau bagaimanapun anda perlu mengelakkan jenis bedak yang memberi kesan bercahaya atau bersinar. Hal ini kerana ia boleh membuatkan kulit wajah anda jadi semakin berminyak.

KULIT WAJAH JENIS KERING

Kulit wajah jenis kering mempunyai sedikit kelembapan pada lapisan kulit paling luar. Pori-pori dan garisan kulit wajah lebih jelas kelihatan jelas.

Kulit kering selalunya terasa kasar, bersisik, kemerahan dan terasa gatal. Pilihan yang salah dan penggunaan bedak berisiko menyebabkan kulit kering dan iritasi dan hasil akhir solekan yang kelihatan cakey.

Sebagai penyelesaian, pilihlah sejenis bedak lut sinar iaitu bedak yang ringan pada kulit dan tidak menambah litupan yang berlebihan. Dengan ini, kulit anda akan kelihatan lebih sihat.

IKLAN

Pilihlah bedak dengan label hypoallergenic. Hypoallergenic bermaksud bahan-bahan tersebut tidak mudah menyebabkan alahan dan telah diuji secara dermatologi supaya ia sesuai untuk kulit yang sensitif.

Produk kosmetik yang dilabelkan sebagai hypoallergenic tidak mengandungi wangian tertentu yang selamat digunakan oleh pemilik kulit kering.

KULIT WAJAH JENIS KOMBINASI 

Jenis kulit kombinasi adalah gabungan kulit kering terutama bahagian pipi dan kawasan wajah berminyak di zon T wajah.

IKLAN

Jika keadaan kulit wajah anda kering dan berminyak pada masa yang sama, cuba gunakan bedak jenis ‘two way cake.’ Bedak ini boleh menjadikan wajah anda kelihatan matte tanpa membuatnya terlalu kering.

KULIT WAJAH JENIS SENSITIF 

Bagi mereka yang memiliki kulit wajah jenis sensitif, anda perlu lebih selektif dalam memilih jenis bedak wajah. Jika tersalah pilih, kulit wajah akan gatal dan kemerah-merahan selain menyebabkan alahan.

Untuk kulit muka yang sensitif, anda harus memilih bedak berasaskan mineral. Bedak jenis ini biasanya tidak mengandungi emolien minyak, pewangi, alkohol, silikon, dan paraben yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Penting juga untuk anda memilih bedak wajah dengan formula noncomedogenic atau tidak terdedah kepada penyumbatan pori-pori muka. Ia bagi mengelakkan anda terdedah dengan masalah jerawat.

HIJABISTA: Jika anda sukar untuk memilih bedak yang sesuai untuk kulit wajah anda, berjumpalah dengan pakar kulit untuk mendapatkan cadangan cara memilih bedak wajah mengikut warna kulit dan jenis kulit anda. Tentu ia lebih memuaskan hati.

Sumber gambar: www.pexels.com

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4?list=PLwTVJflD5bmE3QfhDp6V46J4iIf1ZJn7N

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI