Rambut yang hitam pekat, tebal dan panjang menjadi impian setiap wanita. Mana tidaknya, bukankah rambut itu mahkota buat seorang wanita. Meskipun berhijab, kecantikan rambut tetap menjadi keutamaan buat seorang wanita.

Dalam soal pemilihan syampu rambut adakalanya ramai wanita keliru untuk membuat pilihan. Amat penting untuk memilih syampu yang sesuai. Jika tidak, rambut akan gugur dan berkelemumur.

Photo from burst.shopify.com

Berikut dikongsikan cadangan syampu yang sesuai untuk melebatkan dan memanjangkan rambut.

Natur Natural Extract Syampu – Aloe Vera Extract

Syampu ini sangat berkesan untuk merawat dan menguatkan akar rambut. Kandungan aloe vera yang terkandung di dalam syampu ini dapat meningkatkan pertumbuhan rambut, serta menjaga kulit kepala dari radikal bebas. Kulit kepala juga lebih sihat dan bebas kelemumur. Syampu ini lebih sesuai untuk anda yang gemar dengan aroma herba. Aroma herbanya membuatkan anda lebih segar selepas mencuci rambut.

Sariayu Martha Tilaar Black & Shiny Hair Urang Aring Syampu

IKLAN

Sesuai untuk anda yang menginginkan rambut berkilau dan hitam sempurna. Formulasi urang-aring membuatkan rambut tumbuh hitam berkilau dan lebih lebat. Syampu ini juga memberi kesan mendinginkan pada kulit kepala. Kesan ini membuatkan anda yang berhijab rasa lebih selesa. Harga syampu ini juga mampu dimiliki.

Tresemme Keratin Smooth Syampu

TRESEMME Syampu Keratin Smooth ini mempunyai 5 kebaikan dalam satu botol. Ia mengandungi keratin serta minyak argan yang sangat baik untuk rambut yang cantik, sihat dan lebat. Syampu ini menjadikan rambut lembut, bersinar, dan mampu meleraikan rambut yang kusut. Minyak argan dalam syampu ini pula menyihatkan rambut serta memberikan nutrien pada rambut anda agar rambut menjadi lebih lebat dan subur.

IKLAN

HERBAL ESSENCES Bio Renew Syampu

Produk Herbal Essences ini sangat popular dengan kebolehannya untuk memperbaiki pelbagai jenis masalah rambut mengikut jenis syampu. Ia mampu membantu menebalkan rambut yang halus dan menyeimbangkn pH. Sangat berkesan dalam proses untuk menebalkan rambut, produk syampu ini sering menjadi pilihan pengguna.

Dove Hair Growth Ritual Syampu

IKLAN

Kandungan syampu ini menggunakan bahan natural istimewa seperti cone flower dan white tea untuk menutrisi rambut anda. Formula syampu ini mampu melembutkan setiap helai rambut dan menjaganya daripada kerosakan. Sesuai untuk anda yang menginginkan rambut panjang dan sihat secara semula jadi, syampu ini juga memiliki aroma bunga yang harum sepanjang hari.

NEUTROGENA Therapeutic Syampu Scalp Build-Up Control

Syampu ini merupakan yang terbaik dan paling ringan untuk kulit kepala yang sensitif. Tidak mengandungi SLS, paraben, pewarna, ianya selamat untuk kegunaan anda yang mempunyai masalah kulit kepala. Syampu ini mengandungi 3% asid Salicyclic yang mampu untuk mencegah jangkitan kulat dan kelemumur pada kulit kepala. Produk ini sangat bagus dan dicadangkan oleh ahli pakar dermatologi.

HIJABISTA: Mencegah dan merawat masalah rambut dengan baik akan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat serta lebat.

Sumber kredit: Top image: Photo by Freestocks from Unsplash

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI