Memberikan lakonan yang meyakinkan dalam drama yang sedang hangat ditayangkan sekarang iaitu Leftenan Zana, Tunku Hanis ternyata membuka mata ramia orang terhadap bakatnya.
Tampil dengan imej berambut pendek dalam drama, dia sebenarnya telah mengambil keputusan untuk berhijab selepas tamat pengambaran drama tersebut.
Makin ayu dengan gaya dan imej terbaru, penampilannya yang terkini mendapat pujian ramai dan diterima baik oleh semua.
Peminat-peminatnya juga tidak lupa menitipkan kata-kata semangat buat dirinya dan menggemari imej barunya ini.
Tunku Hanis juga telah memadam gambar-gambarnya sewaktu masih tidak berhijab di laman instagramnya. Gaya sopannya ini mendapat pujian ramai kerana tidak menyangka ianya berlainan dengan karakter yang dibawanya dalam drama tersebut.
Sebelum ini penyanyi dangdut Indonesia, Cinta Penelope melakukan penghijrahan cukup drastik apabila mengubah penampilan seksi kepada pakaian lebih longgar dan menutup aurat. Dan seorang lagi artis dari sana yang turut melakukan penghijrahan menakjubkan. Bintang sinetron, Kartika Putri yang mengakui dirinya banyak melakukan dosa kerana selama ini berpakaian tidak mengikut apa yang disyariatkan agama.
“Setiap kali laki laki melihat foto saya, malaikat terus menerus mencatatkan dosa saya dan dosa ini akan selalu mengalir walaupun saya sudah meninggal nanti (dosa jariyah),”
Tidak mahu terus menerus melakukan dosa, Kartika Putri memutuskan untuk kekal berhijab. Begitu juga foto dimuat turut di laman sosialnya semuanya gambar dia yang cantik mengenakan hijab.
Dia turut memohon jasa baik followernya untuk memadam foto-fotonya sebelum berhijab.
“Saya memohon atas kerendahan hati ini meminta teman-teman membantu sy dengan menghapus seluruh foto saya yang tidak menggunakan hijab sbg mana mestinya seorang muslimah. Semoga kebaikan kalian dibalas oleh Allah SWT. Amin,”
Kartika dikatakan mengambil keputusan untuk berhijab setelah dia mengutarakan rasa hatinya ketakutan pada setiap dosa dilakukannya. Ini kerana menurutnya, setiap apa dilakukan, diawasi dan dicatat oleh malaikat.
“Bismillah. Seketika hati ini bergetar… Ketika saya diberitahu bahwa saat saya tidur, makan, belajar, bekerja bahkan sedang sholat dan mengaji, malaikat mencatat dosa untuk saya,”
Dia juga turut mengakui sebelum ini banyak foto seksinya dipaparkan di laman sosialnya hingga ditonton lelaki bukan muhrim.
“Amat sangat banyak foto diriku yang tidak menutup auratku dilihat oleh laki laki yang bukan Mahramnya..”
“Setiap kali laki laki melihat foto saya, malaikat terus menerus mencatatkan dosa saya dan dosa ini akan selalu mengalir walaupun saya sudah meninggal nanti,”
Catatan panjang Kartika Putri ini dikongsi di laman instagramnya beberapa hari lalu. Dia mengungkapkan kebimbangannya tentang dosa yang akan ditanggung jika fotonya yang tidak menutup aurat dilihat orang bukan mahramnya.
Dia yang mempunyai pengikut berjumlah 2.1 juta turut mendapat sokongan mereka. Malah rata-rata turut mengucapkan syukur dengan penghirahan dirinya dan berharap akan kekal istiqomah.
@tedyfathurrahman Barakallah ya teh @kartikaputriworld Allah itu Maha Baik, sehingga memberikan kebaikannya untuk hambanya yang baik. Jadi jaga terus kebaikan itu.
@aanmumtahanah Keep istiqomah mba @kartikaputriworld , jgn slh menimba ilmu agama islam y mba biar g lepas2 hijab.a.. krna sesungguhnya menggunakan hijab adalah kewajiban.. semangat mba.. jgn pikirkn perkataan org.. jd lh yg terbaik dimata alloh insya alloh hidup qt jd penuh berkah
Penampilan terbaru artis terkenal iaitu Lisa Surihani menawan hati semua yang memandangnya apabila kini beliau tampil anggun dengan berhijab.Kesempatan bertemu dengannya sewaktu rakaman program Tanya Dr. Imelda yang bakal bersiaran tidak lama lagi di Astro Prima bermula 4 Julai ini digunakan sepenuhnya bagi bertanyakan kepadanya mengenai penampilan terkininya itu.
Saya kebiasaannya akan suruh orang tanya Yusry terus. Bukan atas suruhan beliau. Saya mungkin dapat merasakan beliau ingin saya buat keputusan itu sendiri di atas sebab yang betul. InsyaAllah. Untuk sebab yang kita semua harapkan.
Sejujurnya, ini agak over whelming. Sebab saya baru balik umrah. Kalau benda ini senang, cepat-cepat je saya dah post gambar bagi masing-masing faham tapi sebab disebalik mengapa saya pakai amat peribadi. Bukan satu keputusan yang dilakukan semalaman.
Very long journey. Pada masa sama, kenapa saya tak begitu gemar dengan istilah new look kerana ia mengehadkan definisi hijab kepada clothing sahaja di mana ia luas konteksnya. Dan saya masih berdoa dan tak mhau cakap yang saya dah jumpa hidayah itu atau saya nak umumkan pun. Saya nak buat correction statement mengenai ‘sudah terbuka hati’. Saya tak cakap macam itu. Saya masih mencari hidayah itu, berdoa agar terus istiqomah.
Journey ini very personal. Saya rasa mereka yang pakai juga terutama pada zaman kini ada sosial media semua rasa juga macam yang saya rasa. Tak pernah anggap main-main dan tak berani nak cakap lebih-lebih, takbur. Kita manusia setiap hari tak lari dari dosa. We are sinful servant.
Banyak dalam hatilah, hanya kata doakan eh. Sukar untuk saya cakapkan. Adakah disebabkan faktor usia buatkan kita lebih berhati-hati. Saya tak pasti. Saya cuma boleh minta doakan. Saya cuba untuk memahami dan belajar lebih lagi. Perbanyakkan amalan. Begitu sahajalah. Tapi kalau nak kata sempurna memang jauhlah, tapi yang pasti trying. Semua orang ada pemahaman masing-masing.
Sebelum pakai mesti fikir ‘patut ke’, ‘ada job ke’. Dan sampai sekarang pun ada sahaja anasir yang membolak balikkan hati. Bukan mudah. Saya minta diteguhkan hati. Kadang-kadang ada statement, judgment doubt macam ‘lama ke pakai ni?’ padahal kita tengah cuba tapi tidak mengapalah. Tak nak letak janji yg tinggi. Im just trying.
Tak boleh kata ada satu. Perkara ini saya cari bertahun-tahun. Tak boleh kata ‘oh ada satu insiden menyebabkan… its not like that. Semuanya saling berkait. After a while, slowly banyak jenis pentunjuk atau saya rumuskan sebagai petunjuk . Ada yang mengelirukan kita. That is why I said Im still learning.
InsyaAllah, kita semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Semestinya semua juga berpendapat yang Lisa kelihatan sangat berseri dan bertambah manis apabila mengenakan hijab. Moga yang baik-baik sahaja datang untukmu. Love you Lisa!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Suatu ketika dulu tercetus fenomena apabila seorang demi seorang artis berhijrah dengan menutup aurat. Salah seorangnya adalah pelakon dan pengacara popular, Diana Amir. Walaupun sudah hampir 6 tahun berhijrah, namun kisah penghijrahannya tetap menjadi bualan netizen hingga kini. Ramai yang tidak menyangka perubahan cukup drastik kerana melihat pada zaman lampaunya, penampilan Diana Amir tidak seperti dirinya sekarang. Baru-baru ini Diana Amir sekali lagi berkongsi cerita penghijrahannya bersama stesen radio baru Zayan FM.
Menurut Diana, hidayah yang diterimanya adalah dengan izin Allah dan dia amat bersyukur terpilih untuk menerimanya. Dulu hatinya cukup hitam dan keras, tetapi Allah tetap nak bantu dan perlahan-lahan menarik dia untuk berhijrah.
Dia begitu bersyukur kerana Allah telah mengubah hatinya agar tidak terus leka dengan duniawi. Sebelum itupun menurut Diana dia adalah bersekolah agama dan latar belakang keluarga yang punya pegangan agama yang kuat. Tetapi dek kerana terpengaruh ketika belajar di utara menyebabkan Diana menjadi sedikit lalai dan leka.
A post shared by Zayan #IndahDiHati (@zayan.my) on
Dalam hal ini, keluarga adalah penguat dirinya untuk berhijrah. Sebaik berhijrah, Diana Amir memang jarang muncul berlakon di kaca televisyen. Ada sebab kenapa dia tidak aktif seperti dulu.
Menurutnya, setelah berkahwin dia terpaksa menolak segala tawaran kerana berlakon memerlukan komitmen dan masa yang sangat panjang. Tambahan pula Diana kemudiannya mendapat cahaya mata dan kehadiran anak menjadi penyebab paling kuat untuk tidak lagi berlakon.
Rezeki Diana kini lebih kepada mengacara dan dia cukup selesa kerana baginya ia adalah perkara baru dan mencabar. Banyak perkara boleh dia belajar dari situ untuk menjadikan dia seorang insan yang lebih istiqomah dalam perjuangannya.
A post shared by Zayan #IndahDiHati (@zayan.my) on
Diana Amir juga antara selebriti yang berdakwah dengan followernya berjumlah 1.1 juta di laman sosial. Ada sahaja posting yang dikongsi daripada potongan hadis atau ayat Al-Quran untuk mengajak netizen ke arah kebaikan. Ramai yang memberikan komen positif dan berterima kasih atas segala perkongsian Diana.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.