Raya kali ini cukup bermakna buat keluarga Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana merayakannya bersama comel pipi merah, baby Siti Aafiyah. Semalam Siti memuat turut foto terbaru mereka sekeluarga berhari raya dengan menggayakan baju sedondon. Lebih istimewanya Syawal kedua ini Siti Aafiyah turut berpeluang mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya.
Siti dalam postingnya itu menyuarakan rasa bertuahnya Siti Aafiyah kerana terima kasih kepada Tun Dr Mahathir
Bertuahnya anak ibu dapat beraya bersama Ayahnda Tun M & Bonda Tun Siti harini @chedetofficial
Siti juga turut mengucapkan syukur kerana Syawal kedua ini menjadi momen terindah buat mereka sekeluarga. Malah beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada Ayahanda Tun dan Bonda Tun Siti kerana sudi menerima dan meluangkan masa until mereka sekeluarga. Ucapan diakhiri dengan kata-kata ‘we love u Tun’.
Malah kehadiran Siti Aafiyah Syawal kali ini juga turut menceriakan keluarga Siti dan Datuk Khalid kerana masing-masing berebut untuk mengabadikan gambar kenangan bersama Siti Aafiyah.
Ads
Untuk sambutan Syawal kali ini Siti memilih persalinan kurung moden motif floral rona pastel yang begitu sedondon dengan Siti Aaafiyah. Begitu juga dengan suami tercinta yang turut menggayakan baju Melayu rona sedondon dengan keduanya.
Walaupun masih kecil, tetapi si cilik ini cukup bijak apabila lensa kamera terarah kepada dirinya. Malah ada satu gambar itu menampakkan senyum senget baby Aafiyah seperti ayahnya.
Malah beberapa aksi yang dimuat turut oleh Siti juga turut mendapat perhatian netizen. Dalam satu video menunjukkan Datuk Khalid sedang menagagah Siti Aafiyah yag kemudian menguap mengantuk.
@marina_sihombing18 Beauty mommy and daughter. Suka sangatlah lihat gambar dato @ctdk. Comel sangat Aafiyah.
Untuk pengetahuan, Siti Aafiyah dilahirkan pada 1 Rejab lalu setelah bondanya, penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza menunggu hampir 11 tahun kurniaan dari Illahi ini.
Tahun ini ramai juga di kalangan selebriti yang pertama kali merayakan Syawal sebagai pasangan suami isteri. Selain Shila Amzah, Mawar Rashid, Izara Aishah, Yuna juga antara selebriti yang pertama kali beraya bersama suami. Namun cerita raya Yuna agak berbeza kerana dia dan suami menyambutnya di Lapangan Terbang Narita Jepun tanpa lemang, ketupat dan rendang sebaliknya hanya menghirup kopi Starbucks.
Menurut Yuna, dia dan suaminya Adam Shinclair terpaksa menyambut raya di lapangan terbang berkenaan kerana menunggu pesawat transit ke Kuala Lumpur dari Los Angeles.
Namun itu tidak mematahkan semangat untuk menyambut Syawal kerana suami tersayang ada di sisi. Ketika mereka berdua sampai di lapangan terbang itu, Malaysia sudahpun menyambut hari raya.
“Rasa cemburu pula pula lihat foto-foto di instagram yang kebanayakan sudah muat turut foto Syawal bersama keluarga,” ujar penyanyi bersuara unik ini ketika ditemui selepas pelancaran filem pendek Wanita Besi di Golden Screen Cinema (GSC), Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.
“Walau bagaimanapun saya tidaklah rasa sunyi kerana suami ada di sisi. Biarpun tiba lewat di tanah air, tetapi saya dan suami masih sempat meraikan lebaran kali ini bersama keluarga kedua-dua belah pihak pada hari raya kedua. Malah sempat mengambil gambar bersama-sama seperti orang lain
“Kami beraya dulu bersama keluarga mentua di Shah Alam sebelum pulang ke kampung saya di Batu Gajah dan Sayong Perak selama dua hari. Adam juga sangat excited beraya di kampung saya kerana ini adalah pertama kali balik ke sana.
“Biarpun percutian singkat, namun kami masih sempat meluangkan masa bercuti bersama keluarga Adam pula di Pulau Langkawi,” ujarnya sambil memberitahu kehidupannya kini lebih bermakna dan tidak lagi bersendirian di rantau orang.
“Saya tidak lagi bersendirian kerana Adam sentiasa ada di sisi menemani tatkala berjauhan dengan keluarga tercinta.
“Buat masa ini saya selesa dengan kehidupan berdua bersama Adam. Bagaimanapun saya tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.
“Saya tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata. Ini kerana kesibukan dalam menguruskan kerjaya membuatkan saya inigin fokus kepada karier muzik terlebih dahulu. Jika diberikan rezeki untuk hamil dalam masa terdekat pasti saya menerimanya dengan gembira,” ulasnya ketika ditanya mengenai kehadiran anak setelah berkahwin awal Januari lalu.
Menurut Yuna dia juga seperti wanita lain yang sudah berumah tangga pastinya mempunyai impian bergelar ibu.
Buat masa ini Yuna mengakui dia kini sibuk dengan pembikinan album baharu yang dijangka menemui peminatnya akhir tahun ini. Selain turut memenuhi undangan persembahan di sana.
Beliau yang juga turut dipilih menjadi Duta Jenama syampu Pantene itu turut dilabel sebagai #wanitabesi dalam drama pendek berkenaan yang turut memperlihatkan sisi kehidupan Yuna sejak kecil sebelum berjaya seperti hari ini.
Menurut Yuna lagi, ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini, ada juga di kalangan korporat yang mahu menukar imej dirinya jika mahu bergelar ‘international artist’ perlu menanggalkan hijab. Dan inilah menurutnya yang mahu dipaparkan dalam filem pendek Wanita Besi berkenaan
“Kekuatan dalam itu penting dalam menentukan apa yang kita mahu. Saya mahu jadi diri sendiri dalam versi tersendiri yang lebih bagus dan bukan menjadi seperti yang orang lain mahukan. Saya gembira menjadi sebahagian dari watak melalui filem pendek ini.
“Bagi saya pendekatan yang digunakan oleh Pantene ini sangat bagus kerana bercerita mengenai keyakinan diri dalam kalangan wanita di Malaysia yang kita tahu ramai berusaha ke arah itu.
“Ada sahaja benda yang tidak kena seperti merasakan diri tidak cantik, kurang keyakinan diri, tetapi melalui Wanita Besi menunjukkan kita juga boleh berjaya dan jadi apa sahaja yang kita mahukan, jadi cantik luar dan dalam,” tambahnya bercerita mengenai kempen Wanita Besi yang dibawakan oleh Pantene ini.
Yuna juga turut memberitahu ikon fesyen Vivy Yusof turut dianggap sebagai Wanita Besi dalam industri ini kerana beliau dilihat seorang yang sangat bijak, business minded, seorang yang kerja kuat dan kini sedang mengandung anak ketiganya.
Selain itu Yuna turut memberitahu buat masa ini belum ada niat untuk membuka semula perniagaan yang telah ditutup sebelum ini kerana mahu memberi fokus kepada bidang muzik.
Namun menurutnya jika ada rezeki, mungkin dia akan mencuba semula dalam bidang bisnes tetapi perlu lebih fokus sepenuhnya.
Biasanya sebaik saat melahirkan, kebanyakan selebriti atau personaliti popular memastikan penampilan diri mereka kelihatan sempurna sebelum muat turut foto bersama anak yang baru dilahirkan. Tetapi bagi isteri jutawan kosmetik, Datin Seri Shahida bersedia berkongsi kegembiraannya di laman sosial di samping anak mereka dengan hanya bersandarkan pada wajah polos tanpa mekap serta menyarung tudung ‘awning’.
Beliau yang selamat melahirkan anak keempatnya masih sempat tersenyum ketika gambarnya diambil. Tanpa mempedulikan imejnya yang sebelum ini sentiasa kelihatan cantik dan anggun, beliau tetap kelihatan manis biarpun wajahnya sedikit pucat dan lesu.
Malah netizen turut memuji penampilannya itu yang tidak menunggu sebulan untuk kongsi wajah terbaru selepas bersalin. Beliau dipuji cantik dan sedap mata memandang.
@melah_crush Jutawan.. Xyah beria makeup nak bersalin.. Xyah nak tunggu sebulan baru nak up picture… Datin tetap cantik.. Sejuk mata memandang… Humble sgt.. Solute!!!… Ni yg dipanggil wanita cantik..
@has_aziz_73 Cantiknya datin….tahniah..sedap nama anak….
Ada juga yang memuji wajah Datin Seri Shahida seperti budak sekolah dengan kecantikan semula jadi serta terserlah keikhlasan seorang ibu.
@idahmardhatillah Tahniah dato n datin….semoga menjadi anak yg soleh penyejuk hati ibu ayah….Subhanallah datin tak pakai make-up natural beauty gitew…mcm wajah budak sekolah
@bbqlambkemensahmaam Alhamdulillah..tahniah..sucinya muka.u…bersih tanpa make up..terserlah keikhlasan seorang ibu..
@rahmaharahman1 Cantiknya datin walau tanpa make up, natural beaty, tahniah
Bayi lelaki comel ini selamat dilahirkan di sebuah hospital terkemuka di ibu kota dan terus dinamakan Yusof Alqardawi. Nama yang sangat sedap ini merupakan nama alim ulama kerana bapanya mahu anak ini menjadi alim ulama satu hari nanti.
Pastinya Syawal kali ini menjadi lebih bermakna buat keluarga jutawan kosmetik ini dengan kelahiran anak lelaki ini.
Tidak seperti selebiriti yang menunggu lama untuk muat turut foto anak mereka, Datuk Aliff Syukri lebih bersikap terbuka dengan memuat turun foto anak bongsunya itu beberapa jam selepas dilahirkan.
Untungnya juga baru beberapa jam dilahirkan Yusof Alqardawi sudah mempunyai akaun instagram sendiri. Akaun menggunakan nama @yusoffalqardawi ini sudah mempunya 71 ribu follower sebaik didaftarkan oleh Datuk Aliff Syukri.
@asnursharah Subhanallah..indahnya&sempurnanya anugerah Allahswt ni..semoga jd soleh ya boboy!
@wanemelin Allahh !! Allahurabbi .. Allahu … sangat bijak .. cerdik .. Semoga menjadi anak yang taat kepada ibu bapa dan semoga menjadi anak yang soleh . in shaa Allah
Terdahulu dalam instagram Datin Seri Shahida beliau turut memuat turun status mengucapkan terima kasih pada Allah atas anugerah yang cukup bermakna ini.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya Bonda Rozita Ibrahim yang telah masakkan makanan berpantang.
Serta tidak lupa juga mengucapkan terima kasih juga kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa menemani dan mendoakan dirinya sepanjang proses bersalin. Juga tidak ketinggalan rakan media sosial serta suami yang begitu teruja menanti kehadiran Yusoff Alqardawi.
Diakhir statusnya dia mendoakan agar baby Yusoff Alqardawi akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia serta akhirat.
Syawal kali ini pastinya cukup bermakna terutama kepada saudara baru. Tidak kira di mana mereka berada, sambutanya aidilfitri disambut penuh meriah. Begitu juga yang dirasai oleh mualaf Korea cukup viral kerana kecantikannya, Ayana Jihye Moon. Sempena Syawal lalu beliau mengucapkan salam aidilftiri dalam tiga bahasa yang berlainan dan ditonton hampir sejuta lebih pengikutnya.
Ayana mengucapkan selamat hari raya berkenaan dalam bahasa Melayu/Indonesia, bahasa Inggeris dan juga dari negara kelahirannya, Korea.
Walaupun loghat Melayu/Indonesia agak sedikit pelat, tetapi kelihatan cukup comel bait ucapan yang keluar dari mulutnya itu.
Hal ini diakui oleh followernya di laman sosial Instagram yang mencecah 1.4 juta. Malah turut mendapat hampir 6 ribu lebih komen dan rata-rata memuji ucapan berkenaan yang dianggap begitu comel.
Menurut Ayana, beliau menyempurnakan Ramadan pertama di Indonesia. Dan dia juga turut menyambut Syawal kali ini dengan penuh rasa gembira di Indonesia juga bersama teman-temannya. Mereka juga turut membalasnya dengan menggunakan bahasa Korea.
Dalam satu statusnya, ramai bertanya kenapa dia tidak balik ke Korea menyambut Syawal. Ayana menjawab di sana tiada sambutan Hari Raya. Malah ramai di kalangan masyarakat Korea tidak tahu apa itu makna Hari Raya.
Dia yang kini menetap di Indonesia turut menjelaskan keluarganya juga tidak tahu apa itu maksud Hari Raya. Walau bagaimanapun menurutnya, dia akan balik melawat keluarganya di sana kerana rindukan mereka dan juga makanan Korea.
Dalam kesempatan itu saudara baru ini juga turut mengucapkan selamat hari raya kepada semua saudara seislam yang mengenalinya.
Seperti hijabi lain, Ayana turut menyarung persalinan santun untuk menyambut lebaran kali ini. Biarpun lilitan hijab bawal diikat ringkas, namun tetap menyerlahkan kejelitaan wajahnya.
Menurutnya walaupun mempunyai keluarga sendiri di Korea tetapi dia juga katanya sendirian di Indonesia. Jadi dia dapat merasakan perasaan yang dialami anak-anak yatim ini dan turut bersimpati.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!