Selebriti terkenal, Neelofa menjadi inspirasi kepada para wanita di luar sana untuk menutup aurat dengan lebih sempurna lagi apabila dia memuat naik gambar berstokin kaki di laman instagramnya.
Biarpun berstokin, Neelofa tetap kelihatan sangat bergaya ditambah pula dengan gaya hijabnya yang labuh menutupi bahagian dada.
Ramai pengikutnya yang berasa terinspirasi dengan tindakannya sekaligus berazam untuk menjadi Muslimah yang lebih baik juga.
Penampilan Neelofa ini sememangnya telah membuka ramai mata hijabi di luar sana yang sesiapa jua boleh kelihatan ‘wow’ dalam waktu yang sama tetap menjaga auratnya.
Memang bertambah manislah Neelofa apabila berpakaian sebegini. Pastinya ramai yang tergerak hati untuk turut berubah sama menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Jika sebelum ini kita kurang peka mengenai aurat kaki maka inilah masanya untuk kita lebih menjaganya. Mula-mula memang kita rasa susah namun percayalah segalanya akan rasa senang apabila sudah terbiasa nanti! Teruskanlah istiqomah anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memakai hijab itu sendiri wajib di dalam Islam tetapi tidak semestinya anda tidak boleh bergaya. Trend terkini ramai yang memakai subang tetapi sukar nak jumpa aksesori yang boleh bantu anda menutup aurat dengan sempurna. Jangan risau! ‘Pinrings’ kan ada sekarang. Cantik dan comel pula tu. Jadi, apa ‘pinrings’ ni? Jom kenali gadis kreatif ini!
Gadis berumur 24 tahun ini merupakan usahawan yang membuat subang yang direka khas buat mereka yang memakai hijab. Diberi nama Fatini Zamri membuat rekaan ‘pinrings’ di atas nama jenama ‘LushPins’. koleksi ‘Pinrings’ yang dikeluarkan ini sangat sesuai untuk wanita berhijab yang ingin bergaya dan bersederhana. Menariknya, ‘pinrings’ yang dihasilkan sama seperti subang tetapi dalam bentuk pin. Anda boleh pin sahaja di tudung dan tak perlu susah-susah nak nampak telinga ke leher.
Menurut Fatini, setelah tamat diploma, dia mengambil tempoh setahun dari belajar untuk mengenal pasti apa yang dia ingin lakukan. Dia berasa sedih apabila mendapati dia tidak dapat mencapai skor kolej MARA yang boleh menyambungkan dirinya belajar ke luar negara. Kata Fatini pada pemberita laman sesawang SAYS apabila ditanya kenapa dia ingin memulakan perniagaan sendiri.
Selain itu, Fatini turut mengatakan bahawa dia ingin memakai aksesori yang dibuat itu pada majlis graduasinya. Malah, Fatini juga pernah mempunyai koleksi barang aksesori seperti pin tudung yang berkilau dan kini Fatini mempuyai perniagaan dia membuat ‘Pinrings’.
Fatini turut rasa gembira apabila perniagaannya diterima dan disokong oleh keluarga dan rakannya. Malah, sokongan yang tidak putus. Dia bersyukur dikelilingi dengan orang yang banyak membantu dirinya. Fatini juga turut meluahkan rasa susah yang dialami apabila memulakan perniagaan sendiri oleh kerana dirinya. Menurut Fatini, walaupun Lushpins kini berkembang dengan jayanya tetapi dia bersyukur dengan segala usaha dia dapat memperkenalkan Lushpins di khalayak ramai.
Selain itu, Fatini juga mengatakan dirinya menghadapi kesukaran juga membuat perniagaan ini oleh kerana kesusahan untuk melayan pelanggan yang membeli ‘Lushpins’ dengan banyak kerenah. Terutama sekali pembeli dari media sosial dan memerlukan permerhatian yang sangat teliti untuk tidak kehilangan pembeli.
Menurut Fatini, hijabi di luar sana tidak perlu menunjukkan kulit anda pun, anda hanya perlu pinkan ‘pinrings’ di tudung anda. Sangat selesa, sesuai untuk pelbagai gaya, tak bergerak-gerak dan sangat cantik! Kelebihan ‘pinrings’ ini adalah dia tidak akan menarik atau menyakitkan seperti mana subang yang biasa kita pakai apabila tertarik atau tersangkut.
Fatini mendapat banyak sambutan daripada pengikutnya. Terutama sekali buat mereka yang suka bergaya dan ingin kekal cantik berhijab. Melalui temuduga bersama SAYS, Fatini berpendapat bahawa dia sangat mengambil perhatian pada trend yang berlaku setiap hari supaya dia dapat bantu wanita berhijab diluar sana untuk memberanikan diri bergaya menggunakan aksesori.
“Saya menggunakan pelbagai rekabentuk seperti bentuk minimalis permata, bentuk pom pom warna warni, fun tassels dan bentuk geometri elektik untuk koleksi ‘pinrings’ saya.” Kata Fatini.
Harapannya untuk masa hadapan adalah agar ‘Lushpins’ berjaya lebih berkembang dalam masa 5 tahun. Fatini juga berharap untuk dia sentiasa menambahbaik kualiti produknya. Selain itu, dia juga berharap agar dapat membuka pejabat buat Lushpins dan berkembang dengan lebih berjaya. Semoga kreativiti Fatini akan terus berkembang dan dia akan terus berjaya di dalam perniagaannya.
Pemakaian kanta lekap sering menjadi pilihan hijabi sama ada sebagai pelengkap kepada penampilan mahupun bagi mereka yang mengalami masalah rabun. Ini kerana pemakaian kanta lekap lebih selesa berbanding mengenakan kaca mata.
Namun begitu, di sebalik trend ingin kelihatan cantik sebenarnya pemakaian kanta lekap secara berterusan boleh mengundang bahaya. Hijabista senaraikan tiga kesan buruknya seperti berikut: –
Mata Letih
Memakai kanta lekap dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan mata menjadi letih dan kurang bermaya. Mengabaikan penjagaannya juga boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan kemerahan. Lebih teruk lagi adalah jangkitan.
Rohto Cool Multi-Purpose Solution membantu memberikan kelembapan berpanjangan di samping memastikan kanta lekap terhidrat dengan sempurna sepanjang hari.
Dengan sensasi penyejukan khasnya, Rohto Cool Multi-Purpose Solution bukan sahaja melembapkan bahkan menyegarkan mata. Ia sekagus membuatkan anda berasa lebih cergas terutama ketika bekerja dalam tempoh yang panjang.
Pengumpulan Habuk & Protein Dalam Kanta Lekap
Mata yang sering dioles dengan solekan lebih terdedah dengan habuk, lebih-lebih lagi bagi hijabi yang sering memakai kanta lekap.
Rohto Cool Multi-Purpose Solution mempunyai berupaya membasmi kuman seterusnya memastikan kanta lekap bersih dan selamat, kelembapan berpanjangan dan kanta terhidrat dengan sempurna sepanjang hari.
Pencemaran Bakteria & Bekas Kanta Tamat Tempoh
Kanta lekap cenderung untuk mengumpul air dan habuk sehingga membawa kepada pencemaran bakteria dan jangkitan mata yang lebih teruk.
Rohto Cool Multi-Purpose Solution mudah digunakan, lengkap dengan bekas klip pada botol untuk memastikan tiada sisa air dan kotoran terkumpul di dalam bekasnya.
Ia juga mempunyai keupayaan pembasmian kuman yang tinggi, memastikan kanta lekap disimpan dengan selamat dan bersih. Selain itu, dengan kelembapannya yang tahan lama Rohto memastikan kanta lekap yang disimpan bersamanya kekal terhidrat dalam tempoh yang lama.
KEBAIKAN ROHTO COOL MULTI-PURPOSE SOLUTION
Berikut adalah kebaikan Rohto Cool Multi-Purpose Solution.
1. Keupaayaan Pengesanan Yang Tinggi
Membersihkan kotoran dengan bahan pembersih seperti Polaxamer hanya dengan menggosok.
2. Kelembapan Berpanjangan
Mengandungi bahan pelembap untuk menjaga kanta lekap agar sentiasa lembut dan lembap sepanjang hari. Solusi ini sama dengan air mata (pH), maka ia lembut pada mata.
3. Sensasi Sejuk
Dengan sensasi sejuk, memberikan kesegaran dan keselesaan sepanjang pemakaian kanta lekap.
4. Dilengkapi Dengan Bekas Kanta
Disediakan bekas kanta lekap yang mudah digunakan. Penutup yang kukuh dan tidak akan mudah hilang kerana ia melekat pada bekas tersebut.
Apakah yang akan terjadi sekiranya jenama mewah dan eksklusif, dUCk milik ikon bisnes fesyen terkenal Vivy Yusof bertukar nama kepada Chicken? Pelik bukan?
Menerusi perkongsian dari Vivy Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas Yusof, dia memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram tentang perbualannya bersama dengan putera sulungnya, Daniel Azim Shah atau lebih mesra dengan panggilan Daniel.
Dalam perbualan itu, Daniel bertanyakan kepadanya mengenai logo jenama dUCk yang menghiasi dompetnya itu.
Apa yang menjadi bahan jenaka perbualan mereka berdua ini, apabila anak lelakinya itu menunjukkan wajah yang tidak teruja apabila mendengar penjelasan Vivy tentang logo tersebut.
Saya menjelaskan kesemuanya tentang sejarah nama dUCk kepadanya, “Ia lebih catchy, lebih ramah dan semua orang boleh menyebutnya.” Daniel kelihatan tidak berminat. “Saya rasa ia bukanlah idea yang menarik.”
Apabila melihat reaksi anaknya itu, Vivy terus bertanyakan tentang kenyataan dari Daniel itu.
Kerana bila orang ramai membuat carian di Google tentang nama dUCk, segala perkara tentang haiwan akan keluar dulu. Bukan jenama anda.
Terkejut dengan jawapan yang dikeluarkan dari seorang budak lelaki berumur 8 tahun, Vivy merasakan bahawa anaknya sudah bijak dalam bidang penjenamaan.
Oleh kerana itu, Vivy meminta pendapat warganet tentang nama yang sesuai untuk menggantikan dUCk. Ramai yang berkongsi idea untuk menggantikan nama baru sehingga ada yang mencadangkan untuk menukar jenama dUCk kepada Daniel. Lawak betul!
Sedikit info, hasil perkahwinan Vivy bersama suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah, Sarah Ilham Shah dan Idris Ali Shah.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.