Ramai yang sebenarnya ingin membina otot namun mengamalkan teknik yang salah. Usah bazir masa dengan teknik dan kaedah yang salah kerana ia bukan sahaja merugikan masa serta tenaga, malah jika selalu diamalkan, ia mampu memberi kesan buruk kepada tubuh badan anda.

Sumber gambar: Muscle & Strength

Kenali 7 perkara yang boleh menyebabkan senaman anda tidak berkualiti! Inilah masanya untuk anda memperbaikinya dengan kedah yang betul!

1. Program Latihan

Anda memerlukan perancangan yang teliti. Oleh itu anda perlu mempunyai program latihan yang teratur dan terperinci. Program yang anda bina perlulah mempunyai beberapa info penting seperti kekerapan atau berapa kali seminggu anda akan berlatih, jumlah ‘intensity’ pada minggu atau bulan tersebut, jenis latihan yang akan anda lakukan dan tempoh masa latihan anda pada pagi atau petang.

2. Tidak catatkan perkembangan

Anda juga perlu catatkan perkembangan (progression) setiap kali anda berlatih. Anda digalakkan mencatatkan jumlah berat ( load ) yang anda angkat, pengulangan, dan set. Mungkin bagi anda ianya tidak berguna sekarang tapi ianya amat penting untuk tujuan analisis pada masa akan datang.

IKLAN

3. Latihan anda tidak berasas

Anda perlu kukuhkan latihan anda. Anda perlu mengetahui tujuan latihan sama ada untuk membina otot atau membuang lemak. Yakinkah dengan latihan yang anda lakukan itu samaada sesuai dengan matlamat dan ‘target’ latihan anda. Oleh itu anda disarankan agar serasikan dan memperbetulkan struktur latihan yang dilakukan. Jangan ikut dan lihat orang lain buat, anda seharusnya tahu apa yang anda lakukan. Sentiasa fokus pada objektif anda.

4. Terlalu kerap latihan kardio

IKLAN

Latihan kardiovaskular juga penting dalam membina otot kerana ianya membantu menguatkan otot pada jantung ( cardiac muscle) . Lakukan seminggu 2 kali selama 30 minit adalah masa yang optimal. Sekiranya matlamat anda adalah untuk membina otot dan kekuatan, latihan kardio tidak perlu mendominasi program latihan anda. Ini bermaksud anda perlu banyakkan latihan kekuatan dengan kekerapan 3-4 kali di gym.

5. Tidur tidak cukup

Tahukah anda hampir 90% tubuh badan kita diperbaiki semasa tidur dan berehat? Apa akan jadi sekiranya tidur anda tidak cukup?. Tumbesaran anda akan terbantut dan otot badan sukar untuk membesar ke tahap yang optimal. Anda perlukan 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur bagi seseorang yang melakukan latihan di gym.

IKLAN
Sumber gambar: Women’s Health

6. Diet yang tidak sesuai

Matlamat anda untuk membina otot. Jadi anda perlukan protein yang cukup, bukan sekadar makan salad dengan banyak melainkan anda ingin mengurangkan berat badan anda. Cuba dapatkan daging di pasaraya untuk lebih jimat dan segar berbanding anda makan di restoran ‘fast food’. Ingat, anda adalah apa yang anda makan. ( you are what you eat).

7. Anda menipu dalam latihan

Faktor ini biasa berlaku apabila anda sudah letih semasa berlatih. Mungkin kerana anda kekurangan tenaga. Anda perlukan spotter untuk membantu anda supaya dapat berlatih lebih dari kebolehan diri ( beyond your ability) . Sekiranya anda di tampuk yang sama, setiap kali datang anda akan buat berat beban, pengulangan yang sama saja, anda akan kekal seperti itu sepanjang tahun. Anda juga perlukan tenaga tambahan ( preworkout drink/bar) sebelum berlatih. Selain itu, anda juga tidak habiskan pengulangan ( repetition) kerana takut untuk rasa penat dan sakit ( burned) semasa latihan. Sebenarnya keperitan semasa bersenam itu membuahkan hasil sedikit demi sedikit. Selamat mencuba!

https://www.youtube.com/watch?v=dWvdxUkgUkc

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI