Pertemuan kumpulan wanita yang berusia 60-an ke atas yang bertujuan untuk menjana lebih lagi pendapatan, memanfaatkan masa emas, berkongsi rezeki serta memberi motivasi kepada wanita lain yang sedang menuju fasa menopause.
Sepanjang 10 tahun memberi motivasi kepada wanita untuk bersedia di hari tua dan menghadapi menopause dengan tenang, Yang Berbahagia Datin Lynda Ghazzali (DLG) dengan besar hati menganjurkan majlis ini buat pertama kalinya. Seramai 25 wanita menopause telah diraikan dalam majlis tertutup yang berlangsung di kediaman rasminya.
Walaupun telah tiga tahun negara dilanda pandemik dan seterusnya endemik, DLG terus komited memastikan para wanita terus mara ke hadapan dan kekal cemerlang dengan kehidupan masing-masing.
Persediaan mental dan fizikal
Selain 25 wanita 60-an daripada latar belakang profesional seperti bekas pensyarah, akauntan, pengurus farmasi dan beberapa profesion lagi. DLG bukan sekadar menitikberatkan pencapaian luaran wanita semata-mata bahkan turut mementingkan sahsiah rohani wanita terutama bagi yang menuju ke fasa putus haid.
Ads
Semua wanita akan melalui fasa ini. Apa yang penting adalah bersedia daripada segi mental dan fizikal. Majlis dimantapkan lagi dengan sesi live bersama Yang Berbahagia Datin Lynda Ghazzali pada jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang dengan membicarakan topik yang bertajuk Wanita Penentu Kejayaan Keluarga. Pengisian juga turut berkisar tentang perkongsian fasa menopause masing-masing.
Ads
“Wanita adalah contoh terbaik dalam kemenjadian keluarga. Didikan yang baik bermula daripada rumah. DLG hanya membantu wanita dengan memberikan sedikit motivasi, keyakinan diri serta semangat malah mencungkil bakat tersembunyi masing-masing terutamanya dalam bidang kemahiran yang akhirnya boleh dijadikan sebagai perniagaan. Wanita akan menjadi lebih sukses bila dapat menyesuaikan diri dengan perubahan semasa,” kata Datin Lynda Ghazzali.
Ads
Menariknya lagi, majlis perhimpunan selama satu hari ini meliputi aktiviti berjalan santai di kawasan Mont Kiara pada waktu pagi, makan tengahari (dimasak sendiri oleh ahli yang hadir) dengan bertemakan pakaian baju hitam dan kain batik sarung serta sesi makan durian pada waktu malam pakaian bertemakan baju kelawar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila kita menyebut tentang masakan Timur Tengah, apa yang terlintas di fikiran ialah hidangan Nasi Arab atau kita panggil, Nasi Briyani versi Arab. Selain nasi, tarikan lauk hidangan adalah ayam atau kambing yang berair.
Nasi Arab pastinya bukan untuk makanan mereka berasal dari Timut tengah, malah menjadi kegemaran sebahagian rakyat Malaysia. Fenomena nasi arab menjadi tumpuan apabila bulan ramadan tiba. Nah kenapa perlu kusut beratur panjang, bukan Malaysia punyai banyak restoran yang menghidangkan resepi Timur Tengah ini. Jom tinjau tempat-tempat di KL yang anda boleh menikmati hidangan Timur Tengah yang menakjubkan ini!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Terletak di pusat membeli-belah Kuala Lumpur, Damascus BBQ terkenal sebagai salah satu restoran terbaik di sekitar kawasan itu. Menghidangkan kebab, shawarma dan biryani yang paling lazat dan segar. Restoran ini mesti dicuba jika anda berada di sekitar kawasan itu.
Terletak di lokasi yang strategic, di jalan utama Jalan Jelatek dan bertentangan dengan LRT Setiawangsa, Saba merupakan syurga bagi penggemar Nasi Arab. Sama ada anda memilih Chicken Kabsa yang lazat atau pilihan nasi Lamb Mandi (Mandy) yang lembut, anda boleh mengharapkan hidangan lazat yang diselitkan dengan jumlah herba dan rempah ratus yang tepat.
Adakah anda ingin berjimat, tetapi teringin nak makan sepinggan Nasi Arab? Ya! Restoran Suria adalah penyelamat anda. Dengan harga serendah RM6 setiap pinggan, anda boleh menikmati set nasi Chicken Mandy yang disertakan dengan suku ayam yang lazat. Apatah lagi bahagian nasinya cukup besar untuk mengenyangkan perut anda!
Tidak seperti kebanyakan restoran Timur Tengah hidangan yang menyajikan masakan Nasi Arab, D’ Arab Station lebih kepada restoran makanan segera kontemporari. Di sini, anda mempunyai pilihan sembilan set kombo (sama ada ayam atau kambing) daripada “Suku Hidangan Ayam” individu kepada “Makan Campur Rakan” bersaiz keluarga. Walaupun harganya murah, mereka tidak pernah kedekut pada kualiti. Nasinya lembap, manakala ayam yang dibakar dibumbui dengan baik.
Terletak di kawasan kejiranan Taman Melati Utama, Restoran Taj Hadramawt telah wujud sejak tahun 2011. Sudah tentu, masakan Timur Tengah tidak akan lengkap tanpa menikmati pilihan nasi yang menyelerakan. Sebagai contoh, Lamb Madghout mereka sangat disyorkan. Terima kasih kepada penyerapan rahsia rempah Taj Hadramawt sendiri, nasi dan kambing digabungkan dengan baik menggunakan teknik periuk tekanan. Hasilnya, nasi keluar kembang dan kambingnya cukup lembut untuk digigit.
Sepinggan nasi Arab yang murah dan sedap? Oh, tunggu… adakah kami menyebut bahawa setiap set disertakan dengan minuman percuma? Untuk memulakannya, ada Mandy Ayam Arab. Dihidangkan bersama nasi basmati, Chicken Mandy diperap dengan pelbagai rempah ratus dan dimasak selama berjam-jam sehingga empuk. Seterusnya ialah Mandy Arab Yaman mereka, yang diperap dengan serbuk istimewa dan pelbagai rempah ratus. Tidak dinafikan hidangan nasi ayam Arab mereka enak dan menyelerakan, dan perlu diberi pujian juga kepada jenis kambing mereka guna!
Berhampiran bulatan di kawasan Kampung Pandan, Restoran Al-Rawsha dikenali serta-merta dengan bangunannya yang unik seperti istana. Menunya banyak, dengan hidangan pembuka yang mesti dicuba seperti hidangan nasi Mandy dan Kabsa. Peminat Nasi Arab pasti gembira dengan nasi bakar ayam Mandy yang berbau rempah dan ayam yang lembut dengan sos pencicah.
Terletak di kawasan Jalan Radin Anum yang sibuk yang dihuni oleh restoran Cina, Al Diafah mungkin kelihatan seperti restoran yang pelik tetapi restoran Timur Tengah yang popular ini menjadi tarikan hidangan Nasi Arab yang menggoda. Pertama sekali, nasi Lamb Mendy (Mandy) sungguh harum. Walaupun anda bukan peminat kambing, Chicken Mendy juga tidak boleh dilepaskan. Kedua-dua hidangan lengkap dengan sos nasi buatan sendiri yang disertakan.
Malam BBQ sebagai salah satu restoran Arab paling moden dan minimalis yang telah menghiasi kesibukan Kuala Lumpur. Susunan daging yang dipanggang pada api perlahan kepada pelbagai jenis daging yang dipanggang secara tradisional di atas dapur propana, ia akan sentiasa sesuai dengan sepinggan Nasi Briyani yang akan menyanyikan alunan masakan Arab di lidah anda.
Tarbush telah berada di sekitar Kuala Lumpur sejak dua puluh tahun yang lalu dan masih kekal sebagai salah satu restoran Timur Tengah terbaik. Walaupun penubuhan ini telah banyak berubah dalam beberapa tahun yang lalu, ia masih menonjolkan rasa makanan yang luar biasa sama baiknya sejak hari ia dibuka. Hidangan ini termasuk kebab, saus hummus, semua jenis daging panggang dan Nasi Briyani ala Arab!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Warna putih sinonim dengan majlis pernikahan dan persandingan, berada dalam kelas tersendiri, yang sering menjadi pilihan pasangan raja sehari. Namun untuk dijadikan pakaian harian, pasti tidak semua hijabi berani memilih warna ini.
Kebanyakan wanita berpendapat agak sukar untuk dipadankan dengan solekan, apatah lagi di majlis pernikahan. Ada juga yang merasakan pemakaian tudung putih akan membuat wajah menjadi kusam dan gelap. Merungkai kekusutan hijabi, melalui perkongsian juru solek selebriti yang terkenal melalui aplikasi TikTok, Syed Dewa berkongsi pendapat bagaimana untuk terus rasa yakin menggayakan tudung berwarna putih dan gaya solekan.
Ada kemungkinan warna wajah akan nampak lebih gelap dari warna asal, Syed Dewa menyangkal pendapat itu, malah dia sendiri yang telah menyolek pelbagai rona kulit untuk majlis pernikahan, “putih bersesuaian dengan semua rona kulit, anda cuma perlu tahu cara mengimbanginya, kata Syed Dewa.
Syed juga menyarankan ketika bersiap, apabila disolek oleh juru solek anda disarankan memakai tudung warna putih, iaitu tudung ekstra selain dari tudung yang hendak dipakai ketika majlis. Juru solek akan lebih jelas dan nampak hasil solekan, di situlah solekan dapat diimbangi dan dapat mengelakkan warna kulit jadi gelap dari rona asal kulit anda. Ujarnya lagi warna foundation memainkan peranan penting, di mana warna asas ini perlu di terangkan sedikit bagi melawan warna putih tudung.
Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.
Asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi.
Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ‘’awning’’ pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai.
Pilihan fabrik terbaik yang lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan, tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin. Untuk menggelak ketidakselesaan dalam tempoh yang panjang, perlu elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas. Pilihan fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon, georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut.
Paling praktikal, padankan baju dan tudung sedondon kerana ia memperlihatkan keanggunan dan kelembutan. Walau bagaimanapun boleh menggunakan warna sebaliknya asalkan cantik di mata anda.
Cadangan warna untuk majlis akad nikah, warna lembut seperti krim atau putih adalah pilihan terbaik. Manakala gaya tudung juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu lavender, merah dan hitam serta merah dan putih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai hijabi terinspirasi dengan jenama pakaian antarabangsa seperti Dior, Fendi, Gucci dan banyak lagi, namun beberapa jenama tempatan yang mungkin anda terlepas pandang. Jenama yang kian naik dalam menghasilkan rekaan pakaian sedia pakai (RTW) untuk hijabi modest.
Pastinya untuk mengekalkan ‘title’ Muslimah banyak ciri-ciri rekaan yang harus dititikberatkan. Apatah lagi rekaan harus memberi keselesaan seratus peratus yang lebih pratikal dan bergaya. Jom lihat antara jenama tempatan setaraf jenama antarabangsa inspirasi hijabi untuk kekal begaya.
Jika sebelum ini, jenama fesyen bercitarasa antarabangsa, Larney telah berjaya menawan hati ramai wanita dengan koleksi Lebaran yang berinspirasikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini Larney kembali lagi dengan sebuah koleksi terbaharu. Sesuai dengan pendemik Covid-19 yang masih belum ada kesudahannya, Larney mengambil inisiatif dengan memperkenalkan koleksi kapsul yang ditujukan istimewa buat para penggemar jenama berkenaan.
Sedikit berbeza dengan beberapa siri koleksi Larney sebelumnya, kali ini mengetengahkan beberapa jenis rekaan yang lebih ringkas, praktikal tetapi masih lagi memiliki identiti tersendiri. Antara yang sering menjadi tarikan dan identiti di rumah fesyen Larney ialah rekaan pleats. Dek kerana kekuatan itu jugalah, Capsule Collection 2020 Larney muncul dengan beberapa rekaan ‘mengancam habis’ dan cukup selesa sesuai untuk digayakan sebagai pakaian seharian wanita.
Bukan sahaja selesa, Capsule Collection 2020 by Larney, ternyata lebih kasual, releks, feminin dan paling utama ia kekal berani. Begitulah wanita Larney. Wahai wanita cantik lagi bergaya, inilah koleksi yang bakal menjadikan penampilan anda lebih hebat, tersendiri dan pasti memukau sesiapa saja yang memandang.
Larney ternyata telah menjadi bualan hangat, terutama sekali pada pemilihan rona terkini seperti natural dan moss green. Jadi ayuh, jangan jadikan Covid-19 sebagai alasan untuk anda berhenti melaram.
Larney Official 26 Oktober 2020 Pengasas Larney, Zura Zaibidi berkata, sejak penularan wabak Covid-19, tidak banyak acara sosial dianjurkan dan secara tidak langsung permintaan untuk pakaian ke majlis-majlis luar juga berkurangan. “Menyedari hakikat itu, Larney mengambil inisiatif dengan melahirkan koleksi Capsule Collection 2020 by Larney, iaitu seleksi pakaian yang boleh dipakai pada bila-bila masa.
“Koleksi ini lebih praktikal tetapi masih mengekalkan identiti Larney sesuai untuk segenap wanita sama ada yang bergaya bebas atau berhijab. “Apa yang dapat saya simpulkan, wanita Larney seorang yang berani kala bergaya. “Apatah lagi dengan keadaan ekonomi ketika ini, maka pakaian Larney juga dijual pada harga yang berpatutan ,” katanya. Selain itu juga, Larney telah bekerjasama dengan jenama turban terkenal Ilham Echenta menerusi kempen Women Who Can sebagai satu langkah permulaan bagi meluaskan lagi peminat fesyen Larney.
“Kami telah menjadikan misi kami untuk menyelesaikan semua masalah lemari untuk #lilitwoman yang sederhana. Kami berjanji untuk memastikan anda dikemas kini dengan trend terkini yang membawa kehidupan baru dan keseronokan yang menyenangkan hijabi dalam menjaga aurat tetap tampil dengan stailo,” perkongsian pengarah kreatif jenama ini Min Luna.
Jenama yang dijual atas laman sesawang fashiovalet, adalah jenama yang tidak asing lagi dikalangan hijabi. Moto dan misi rekaan yang mensasarkan dan memberi keutamaan untuk hijabi yang mempunyai pelbagai saiz bentuk badan.
Bekerjasama dengan pelbagai selebriti dan pereka negara memberi satu impak besar jenama ini di mana Lilit women sentiasa mengekalkan harga mampu milik dan juga rekaan yang akan menjadi kanvas pakaian dan gaya peribadi anda. Pakaian yang diilhamkan oleh siluet bijak, terperinci dan kain berkualiti keutamaan dari LILIT dalam setiap rekaan.
Pada awal jenama ini cukup terkenal dengan hijab sedia pakai dan diikuti dengan beberapa item seperti arbaya, telekung dan lain-lain. Menariknya selepas meraikan sambutan hari lahir pada 10 Februari lalu, selebriti popular Neelofa muncul menyerlahkan identiti baru. Nafas segar itu diterjemahkan oleh Neelofa menerusi penjenamaan semula jenama hijabnya, Naelofar dimulakan semenjak tahun 2014.
Malah jenama ini telah melebarkan sayap dengan menghasilkan rekaan baju sedia pakai. Seiring dengan perubahan Neelofa ramai yang terinspirasi untuk mengayakan pakaian yang lebih sopan dan pada yang sama tetap bergaya.
Tidak salahlah sasaran jenama ini untuk kekalkan penjenamaan dan menghasilkan banyak lagi rekaan di masa akan datang.
Jadi kenapa harus anda memilih jenama antarabangsa, sedangkan jenama tempatan tidak kurang hebatnya. Siluet rekaan yang menarik apatah lagi harga yang cukup berbaloi untuk anda miliki. Jom sokong jenama tempatan hijabi!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.