“Ya, saya sudah berhijrah dan mengenakan hijab sepenuhnya. Bagaimanapun, tak perlulah saya ulas panjang lebar, lagi pun, saya rasa tidak perlu diumumkan.
Heroin drama Titian Cinta, Farah Nabilah mengakui kini sudah berhijab sepenuhnya namun enggan memberikan penjelasan lebih mengenai penampilan terbaharunya itu.
“Cuma, saya nak ucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa mendoakan saya dan segala kebaikan kepada keluarga,” jelas isteri kepada Mohammed Amirul Yunus ini.
Sebelum ini, Farah dilihat sering mengenakan selendang sebelum memuat naik video berhijab dengan sempurna ketika mempromosikan produk bayi kegunaan anak lelakinya, Andre Omar menerusi laman Instagram tiga hari yang lalu.
Ads
Farah juga turut bersyukur apabila melihat ramai rakan artis lain yang berhijrah penampilan baru-baru ini.
Ads
“Saya tumpang gembira dengan penghijrahan mereka. Semoga kita terus dilindungi dan kuat bergelut dengan ujian pandemik COVID-19 ini,” ujarnya.
Sering memuat naik gambar berhijab sejak akhir-akhir ini, ahli kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin,31, menimbulkan persoalan ramai dengan tindakannya itu.
Berkata pada Mstar, dia mengakui sudah lama memasang niat untuk bertudung dan keputusannya ini bukanlah secara tiba-tiba.
“Betul saya sudah berhijab. Alhamdullilah. Sebenarnya ini bukan keputusan yang tiba-tiba. Saya dah lama pasang niat tapi saya perlu lakukannya perlahan-lahan, bukan mengejut.. tak boleh nak terus berubah,” jelasnya.
Selain itu, dia memberitahu bahawa perjalanan hijrahnya itu dilakukan secara perlahan-lahan supaya dirinya benar-benar bersedia dan sentiasa istiqamah.
Cik Manggis turut mengakui perjalanannya menuju hijrah ini memang agak mencabar untuk ditempuhi. Pada awalnya, dia berjinak-jinak dengan memakai anak tudung dahulu sebelum berhijab sepenuhnya.
Ujarnya, memang agak sukar untuk dirinya mengubah imej kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup sedia ada. Namun, niat yang semakin membuak-buak telah memudahkan urusannya untuk berhijrah.
Ketika ditanya mengenai penglibatannya bersama De Fam selepas ini, pelakon drama ‘Saka Sisters’ ini menjelaskan bahawa penghijrahannya tidak bermakna dia akan meninggalkan kariernya itu.
Menjawab persoalan mengenai persembahan De Fam yang sering dikaitkan dengan tarian ‘freestyle’ dan sebagainya, Cik Manggis mengakui tidak akan sekali-kali mengabaikan minatnya dalam arena tarian dan menganggap persembahan dalam De Fam sebagai sebuah aktiviti sukan.
Meskipun ada sesetengah netizen mempersoalkan keputusannya untuk berhijab, dia lebih selesa memilih untuk mengabaikannya dan menganggap yang mereka hanya berniat untuk mencari kelemahan dirinya semata-mata.
“Apa yang saya utamakan sekarang ialah ada kemajuan dalam hidup saya. Saya pun tak harapkan apa-apa dari orang lain sebab saya buat semua ini demi diri saya sendiri, bukan orang lain,jadi apa orang nak fikir, fikir la,” ujar isteri kepada Syazmin Firdaus ini.
Umum tahu Adam Corrie Lee Abdullah dan isterinya sudah bergelar ibu dan ayah. Pastinya berita paling dinanti setelah hampir 10 tahun berkahwin dan menanti kehadiran zuriat. Melihat kerukunan rumahtangga mereka, ramai mengandaikan tiada badai dalam perhubungan ini. Malah segalanya seperti dipermudahkan Tuhan sepanjang keduanya mengharungi alam rumahtangga. Apatah lagi Adam Corrie juga seorang mualaf. Pastinya pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi sepanjang perkahwinan, lebih-lebih bukan mudah mendidik saudara baru sepertinya.
Adam Corrie Lee Abdullah atau nama Lee mula memeluk Islam ketika usianya 39 tahun. Dia yang sebelum ini dari keluarga Cina yang menganut agama Budha telah mempelajari solat dan beberapa perkara fardhu ain.
Menurutnya dia menerima hidayah ketika dalam tidur. Ketika itu Adam Corrie bermipi seperti berada dalam syurga dan didatangi seseorang yang bercahaya putih lalu mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang teramat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.
Adam Corrie kemudiannya mengucap dua khalimah syahadah dan penghijrahannya juga bertukar 360 darjah. Sebagai seorang mualaf pastinya ada cabaran yang dilalui sepanjang usia perkahwinan mereka. Dalam perkongsian di laman instagram baru-baru ini Adam Corrie memberitahu tip dari isternya yang dipanggil bidadari, Puan Fazi Fuad bagaimana berkahwin dengan pasangan mualaf.
1. Betulkan niat dlm perkahwinan kita. Kalau niat kita kahwin dgn pasangan kita dulu sbb dia hensem, kaya , sbb nak dpt anak mix . Jadi betulkan niat kita . Sentiasa perbaharui niat perkahwinan kita. “Ya Allah aku berkahwin dgn suami ku ini, kerana Mu Ya Allah. Betulkanlah niat ku Ya Allah.. Jadikanlah perkahwinan kami ini .. Sebagai jambatan kami sekeluarga ke Syurga Mu Ya Allah.. Jadikan perkahwinan kami medan menyebarkan dakwah keindahan Islam pada org Islam dan juga yang belum Islam. “
2. Perbaiki diri kita dengan menuntut ilmu agama. Kalau kita tak pandai solat, kita belajar solat dulu.. Kemudian boleh ajar step by step. Mmg susah tp kena banyak bersabar. Kalau kita tak ada ilmu macamana kita nak menjawab persoalan dari pasangan kita.
3. Jadikan diri kita contoh penganut Islam yg terbaik di mata pasangan kita. Kalau kita sendiri tak solat, tak menutup aurat, minum arak, makan babi, main judi , berfoya-foya dgn lelaki lain dan sebagainya. Macamana pasangan muallaf kita nak jadi seorang Muslim yang baik. Kerana dia tak dpt contoh yang terbaik dari pasangannya yang baka Islam.
4.Selalu ambil tahu siapa kawan-kawan pasangan kita. Kerana pengaruh kawan sgt kuat. Percayalah cakap saya.. Walaupun pasangan kita dah mula solat, tak minum arak, pergi berjudi seperti sebelum dia Islam. Tp kalau kita tak pantau dengan siapa dia berkawan, dia akan terpengaruh kembali dgn kehidupan lama … Bkn tak boleh berkawan, cuma pantau dengan kasih sayang. Orang boleh tuduh kita seperti queen control, tak sporting dan macam2 tp kalau akidah suami kita terpesong kembali kerana tersalah pilih kawan.. Mereka tak peduli pon. Jadi jagalah suami kita yang masih baru. Akidahnya perlu dimantapkan. Jadikan kita sahabat trbaik utk dia berkongsi masalah dan berkongsi hobi . .
5. Doakan yang terbaik utk pasangan kita.. Doa seorang isteri yang sayang pada suaminya kerana Allah. Sokongan yang paling kuat untuk pasangan kita adalah DIRI KITA. Kerana itu tugas kita sebagai isteri , umat Islam dan hamba Allah
Sebaik selamat pulang dari mengerjakan ibadah haji sebagai menyempurnakan Rukun Islam kelima, penampilan Hajah Fouziah Gous ternyata mencuri tumpuan. Dia tampil dengan imej berhijab yang lebih sopan dan sedap mata memandang. Malah dalam satu postingnya, dia turut memberitahu keseronokkan menggayakan tudung bawal untuk aktiviti hariannya. Netizen turut menyukai dan berkata hijab bawal digayakan membuatkan Fouziah tampak lebih manis dan muda.
Ternyata penampilan pelakon dan pengacara berusia 35 tahun ini juga turut mendapat pujian dari netizen yang dikatakan sesuai dengan gelaran Hajah. Ramai yang menyukai Fouziah memilih tudung bawal sebaik berhijab.
Malah dia juga kelihatan semakin cantik dan cukup berseri-seri sebaik mengerjakan ibadah haji bersama suaminya, Datuk Md Zhafran Md Yusof musim haji yang lalu.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.