Beberapa bulan terdahulu industri hiburan Bollywood dikejutkan dengan pengunduran aktres popular tersebut dari dunia seni. Sana Khan yang kemudiannya berhijrah sedikit demi sedikit menutup aurat menyifatkan perubahan tersebut sebagai satu cara mendekatkan diri kepada tuhan.
Terbaru dalam satu hantaran di laman Instagram, wanita anggun ini telah mengumumkan yang dia telah pun diijabkabulkan dengan seorang jejaka bernama Anas yang juga merupakan seorang Mufti dan pemimpin agama islam.
Menurut dia di dalam hantaran itu, “Saya tidak pernah menyangka yang cinta halal akan sebegini indah sehinggalah saya mengahwini kamu.”
Ads
Dalam persalinan tradisi ketika majlis akad nikah. Sumber Gambar via Instagram Sana Khan
Berkongsi foto-foto pernikahannya, selebriti berusia 32 tahun ini kelihatan anggun mengenakan busana perkahwinan rona putih bersih yang bersulam corak bunga-bungaan.
Dalam satu laporan oleh Republic World, perkahwinan kedua-dua mempelai ini dilangsungkan dalam suasana penuh privasi dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.
Ads
Mufti Anas juga dikatakan telah menghadiahkan Sana Khan sebentuk cincin berlian sebagai hadiah perkahwinan.
Sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri dari dunia hiburan. Aktres ini pernah membintangi lebih 14 buah filem selain muncul dalam lebih 50 buah iklan komersial.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Membuat keputusan untuk memakai hijab bukanlah satu keputusan yang mudah lebih-lebih lagi bila dikelilingi oleh rakan-rakan yang tidak bertudung. Nampak senang tetapi hanya tuan punya badan yang tahu betapa ia memerlukan lebih dari sekadar kekuatan.
Sekiranya anda sudah berhijab sejak kecil, perkara ini tidak menjadi masalah besar buat anda. Tetapi, bagi yang baru berhijab, mereka tentunya memerlukan sokongan orang-orang terdekat untuk kekal istiqomah.
Memahami keadaan ini, Hijabista kongsikan 6 tip berguna yang boleh anda amalkan agar kekal berhijab tanpa perlu terpengaruh dengan keadaan sekeliling.
Niat merupakan perkara yang paling utama dan penting dalam setiap perbuatan anda. Jangan berhijab hanya kerana terikut-ikut dengan trend semasa. Lakukannya kerana Allah kerana anda berhijab untuk menyenangkan Allah, bukan untuk menyenangkan hati manusia. Jadi, perbaiki niat anda.
Manusia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Seorang manusia yang baik akan sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Islam tidak memaksa anda untuk terus bertudung labuh tetapi anda boleh mulakan dengan memakai tudung dahulu. Jika anda tidak bersedia untuk memakai lengan panjang, cuba pakai lengan tiga suku. Berikan masa untuk diri anda sendiri. Yang penting, sentiasa ada penambahbaikan.
Sekiranya anda sudah mula berhijab, anda bolehlah mula membeli-belah pakaian yang belandaskan niat sebagai seorang muslimah yang berhijab. Pakaian lama anda boleh disuai pada dengan pakaian yang longgar, labuh dan tidak singkat supaya menepati keperluan penampilan muslimah. Pakaian muslimah kini mudah didapati dan ada banyak pilihan. Tidak salah untuk berpakaian cantik dan bergaya kerana Allah sukakan kecantikan. Tetapi, pastikan anda berpakaian bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Mungkin anda akan berasa malu dan segan untuk berhijab di hadapan orang yang anda kenali. Sebagai pilihan, anda boleh berhijab ke tempat yang tiada orang kenal anda. Ia akan buat anda lebih selesa. Teruskan berhijab walaupun ada yang menyindir dan bergurau tentang penghijrahan anda.
Iman ada turun naiknya. Anda perlu menjaganya dengan baik sehingga ke akhir hayat. Ramai orang gagal kerana melupakan tujuan asal. Oleh itu, sentiasa ingatkan diri anda tentang tujuan asal anda berhijab. Tambah ilmu tentang hal-hal agama, tidak hanya tertumpu pada hijab. Dengan ilmu, ibadah akan jadi sempurna.
Ramai diantara kita yang sering menghabiskan masa cuti untuk beriadah bersama keluarga dengan berkunjung ke luar negara. Tapi pernah tak hijabi alami masalah untuk menunaikan ibadah solat, terutamanya ketika berkunjung ke negara bukan Islam?
Justeru, Hijabista kongsikan satu perkongsian bermanfaat dari seorang lelaki ini, tentang bagaimana cara paling mudah jika Hijabi tidak menemui surau atau masjid di negara bukan Islam! Ini perkongsianya.
Menurut perkongsian lelaki ini di laman Facebook miliknya, perkara pertama yang perlu hijabi lakukan adalah mencari pasaraya atau pusat membeli belah yang berhampiran dengan anda.
“Bila travel ke negara bukan Islam yang susah untuk cari ruang solat, pergi sahaja ke mana-mana mall berhampiran,” tulisnya dalam perkongsian berkenaan.
“Ambil dua hingga tiga helai baju di rak dan buat seolah nak cuba. Kemudian cari fitting room dan boleh mula bersolat di sana.
“Oh ya, ambil wudhu siap-siap. Jangan basahkan tandas. Part kaki boleh guna spray atau basahkan tisu dan perah kat kaki. Pastikan air mengalir ke dalam mangkuk tandas. Jangan sesekali naikkan kaki ke sinki. Hormati negara orang. Bila nak pulangkan baju, pastikan keluarkan hanger nampak macam dah cuba baju tu,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wargamaya menzahirkan ucapan terima kasih terhadap perkongsian bermanfaat yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. Malah, netizen bersetuju tips ini amat berguna dan mudah dilaksanakan sekirnya berkunjung ke negara bukan Islam.
Mudah sahaja bukan? Lepas ni kalau berkunjung ke negara orang, tiada lagi alasan tak boleh solat kerana tiada tempat yang disediakan untuk menunaikan solat. Bolehlah cuba cara yang disarankan oleh lelaki ini.
Lumrah kehidupan, pasti ada naik, turunnya. Begitulah perjalanan hidup kita di muka bumi ini. Namun segala dugaan dan tekanan yang dilalui perlulah dihadapi dengan tenang. Kita perlu bijak mengurus tekanan agar ia tidak menjadi ‘barah’ yang membinasakan secara senyap.
Ada banyak cara untuk menguruskan stres dan tekanan. Antara langkah yang boleh diambil ialah bercerita masalah dengan rakan baik atau ahli keluarga yang dipercayai dan paling rapat, berjumpa pakar kaunselor atau mendapatkan nasihat daripada pihak pakar psikiatri. Jangan biarkan diri terus hanyut dengan perasaan sebaliknya berusahalah untuk merawat tekanan yang dialami.
Sebagai orang Islam, ada cara yang boleh merawat tekanan yang dialami iaitu dengan ‘mendekatkan’ diri pada Allah.
Berikut dikongsikan doa-doa yang boleh diamalkan ketika dilanda tekanan.
Surah ini boleh tenangkan diri, bacalah. Semoga diberi kekuatan untuk menghadapi perjalanan hidup.
1. Tekanan-Surah Ar Raad: 28
2. Rasa berdosa- Surah Az Zumar: 53
3. Putus asa-Surah Yusuf: 87
4. Sedih- Surah Al Israa: 82
Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.
Stres yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.
Walau bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta meningkatkan risiko terhadap penyakit.
Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.
Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B
Kaedah 10 B ini adalah:
BERTENANG
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
BERNAFAS DENGAN DALAM
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
BERKATA ‘RELAKSLAH
Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu . Bawalah bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
BERIBADAT
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
BERKONGSI PERASAAAN DENGAN SESEORANG
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda . Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.
BERURUT
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.
BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
BERIADAH
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
BERSENAM
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.
BERFIKIRAN POSITIF
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.
Dengan melakukan kaedah 10 B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.
Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda
Walau bagaimanapun, kaedah 10 B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek.
Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.