Berkat usaha gigih, pelakon jelita dan juga usahawan terkenal, Mawar Rashid berjaya memiliki sebuah rumah banglo di usia 26 tahun.
Bersyukur dikelilingi insan-insan yang sentiasa menyokongnya termasuklah suami tercinta, Raf Yaakob, Mawar turut meluahkan perasaan sedihnya apabila sering dilabel materialistik oleh sesetengah pihak.
Jelasnya, sebenarnya sejak dari kecil lagi dia sudah dididik oleh keluarga untuk berdikari dan berdiri di kaki sendiri.
Tak sangka umur 26 tahun dapat beli bungalow 🤍
Alhamdulillah 🥺<3 Mawar bersyukur dapat beli first house atas nama Mawar sendiri. Thank you hubby sama2 kerja keras, sama2 tontong untuk dapatkan rumah idaman kite! We did it daddy 👩❤️💋👨
Fasa 1, nak beli rumah, settle ✅
IKLAN
Fasa 2, nak work hard kumpul duit tuk renovate rumah and bayar bulan2 pulak! Ngehee 😛
To my mom, mamy syg.. thank you sebab always push adik to be successful sampai dapat beli rumah and ada saving sendiri. Mamy always pesan, “adik kene jadi successful, so that adik dapat bantu org lain” Insyaa’Allah I will do my best okay! 🥺 Thank you to my MIL, ibu syg.. thank you sbb tak henti2 doakan untuk MawaRaf.. Thank you jugak for the rest of my family for your endless support ❤️ Syukur Alhamdulillah.
Tapi.. izinkan Mawar luahkan sedikit perasaan 🤣
IKLAN
Dari dulu Mawar slalu dgr org cakap Mawar ni materialistic. Mawar ni pandang harta, Hidup Mawar ni semua laki tanggung. Sedih hati Mawar. Perit tau. Perit sgt sebab selama ni Mawar kerja 24/7 all out habis-habisan.
Kalau tanya kawan2 atau keluarga Mawar, dorang tahu lah macammana Mawar busy kerja dari muda2😌 Mawar dari kecik mmg diajar untuk INDEPENDENT. Dari umur 15 tahun lagi Mawar mmg tk mintak duit dr mamy utk gi skolah. Mawar cari duit sndri dari skolah, ke college sampai lah skrang dah kawin and dah ada anak 2 dah pun 😆
IKLAN
Kalau nak cite pasal sejarah family Mawar mmg panjang. Insyaa’Allah next time Mawar cerita ya.. Maybe dari situ mungkin korg akan faham kenapa Mawar keja keras untuk family, mak & adik bradik Mawar. Syukur dari sekolah lagi Mawar dapat tlg mamy dari segi kewangan sampai lah skrg bg duit bulanan. Dan untuk siblings, Mawar, suami & satu family usahakan @mawarosehq. Doakan agar Mawarose terus success❤️
Di ruangan komen, ramai para pengikut laman sosialnya termasuklah rakan artis seperti Indah Ruhaila dan Mimi Ernida yang mengucapkan tahniah buatnya. Sememangnya tidak sia-sia usaha Mawar selama ini. Moga Mawar terus sukses di masa akan datang!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gadis yang pernah didakwa mempunyai keturunan keluarga ternama Pahang, Siti Hajaar Syeikh Nordin, kini sah menjadi isteri kepada penyanyi rap terkemuka MK-Kclique atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amir Hamdan.
Penyanyi tempatan MK K-Clique dan pasangan Siti Hajaar selamat bernikah di Masjid Jamiul Huda, Ampang Selangor pagi tadi.
MK dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.
Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan manakala wang hantaran dirahsiakan.
Bercakap dengan salah satu media tempatan, MK meluahkan rasa syukur kerana majlis akad nikahnya berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh singkat. Syukur dah menjadi suami, doakan kami bahagia selamanya” – ujar MK.
Pasangan ini akan melakukan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu.
Selepas berulang kali menafikan dakwaan mengenai perkahwinan, kini MK telah menjawab segala persoalan dengan menjadi suami kepada pasangannya.
Sekadar info, sebelum ini tular di media sosial kononnya MK bakal menamatkan zaman bujang apabila secara tiba-tiba menghadiri kursus perkahwinan bersama wanita yang dikenali sebagai Siti Hajaar dan memuat naik gambar berukuran pasport lengkap bersongkok di laman Instagram miliknya.
Sumber : mStar, ehmalaysia, officialhlive
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bila salah seorang daripada teman karib kita berkahwin, pastinya kita menjadi antara insan yang gembira apabila mendengar khabar tersebut. Siapa yang tidak seronok bukan apabila rakan mereka temui cinta sejati?
Merakam gambar kenangan, Shaz Zainuddin dan rakannya ternyata ada cara tersendiri untuk melakar kenangan bersama-sama di hari pernikahan mereka. Hijabi pun boleh juga buat sekali!
Tweetnya ini telah mendapat perhatian ramai netizen di Twitter. Ramai yang terhibur melihat gambar Shaz dan rakan-rakannya. Gigih tunggu semua kahwin dan kumpul gambar!
Tinggal tak sampai 17 hari sahaja lagi kita akan menyambut Syawal nan mulia. Pastinya tidak sabar untuk menyambut bersama insan tersayang. Namun dalam kita bergembra menanti kehadiran Syawal, ada juga yang menerima khabar duka.
Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare menerima khabar duka apabila pengasasnya, Faziani Rohbani Ahmad, 40 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan di Pattani Thailand jam 10.30 pagi tadi.
Dalam laporan Sinar Harian, berkata kereta Toyota Estima dinaiki mereka terbabit kemalangan di Pattani, Thailanf.
Berita kematian pengasas kosmetik ini disahkan sendiri oleh adiknya Faizol Robhan Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian. Sementara itu suaminya juga turut dilaporkan cedera parah.
Faizol memberitahu, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pági tadi bersama suaminya.
“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,” katanya.
Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.
Sebagai seorang pengasas kosmetik Allahyarham memang seorang yang amat dikenali sebagai ‘public figure’. Malah popularitinya juga setanding pengasas kosmetik lain seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida.
Sementara itu dalam posting terakhir sebelum ini yang dimuat turut di laman instagramnya, Allahyarham ada memberi pesanan yang cukup mendalam.
Dalam posting sehari yang lepas, beliau memberi nasihat agar setiap daripada kita ini supaya perbaiki hubungan dengan orang tua kerana kelak Allah akan memperbaiki seluruh urusan kita. Ingatan ini diberikan ketika beliau berada di Bogor Indonesia atas satu majlis perkongsian ilmu.
Perbaikilah Hubunganmu dengan orang tua, kelak Allah akan memperbaiki seluruh urusanmu.
Ya Allah 2500 orang bukan angka yg kecil tapi besar… sangat luarbiasa… Alhamdullilah atas nikmat perkongsian ilmu dan berbuka puasa ini.
Malah ketika di awal Ramadan juga, Allahyarham menyambutnya di Kota Mekah. Ketika di sana, beliau turut mendoakan buat followernya serra rakan-rakan agar diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki dan dijemput menjadi tetamu Allah dalam masa terdekat. Juga beliau turut mendoakan agar berjaya dan kaya raya dunia akhirat.
Saya doakan semua followers & rakan2 diberikan kesihatan yg baik, dilimpahkan rezeki dgn rezeki yg berkat & berpanjangan, dijemput menjadi tetamu Allah dlm masa terdekat , berjaya dan kaya raya dunia akhirat, Amin… Salam Isya dari Mekah utk semua kesayangan