Penyanyi terkenal iaitu Datin Alyah meluahkan rasa kesalnya kerana sering menyanyikan lagu cinta terhadap manusia dan bukan kepada Tuhan sepanjang 20 tahun beliau bergelar anak seni.
Sempena bulan mulia ini, beliau juga turut memohon maaf kepada semua kerana merasakan lagu nyanyiannya membawa pengaruh tidak baik kepada sesiapa yang mendengarnya.
“20 tahun saya berjalan sebagai seorang penyanyi, saya menyanyi lagu cinta,lagu sengsara,lagu sedih,lagu curang,lagu kecewa kebanyakan lagu-lagu saya semua berunsur cinta kepada manusia.
Ads
“Di bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin memohon kemaafan atas pengaruh yang saya bawa selama ini. Nyanyian saya menitiskan airmata kamu dan menitis kerana kasih pada manusia bukan kerana kasih kerana Allah SWT, bukan kerana para rasul, bukan kerana para ilmuan agama.
“Bersalahnya saya pada kamu dan berdosanya saya pada kamu. Saya mohon ampun atas kekhilafan saya selama ini dalam mengejar populariti. Sayalah yang berdosa. Saya juga amat naif dan sayalah yang bersalah,” luah isteri kepada Dato Ramli M.S ini di laman instagramnya.
Ads
Tambahnya, beliau mengambil keputusan untuk tidak merakamkan lagi lagu berkisah cinta terhadap manusia selepas ini.
“Mulai saat ini, saya tidak akan merakamkan lagi apa-apa lagu cinta terhadap manusia dan lagu buat kekasih yang akan membuatkan kamu terbuai dan lupa pada Maha Pencipta. Mohon maaf atas keputusan ini. Selamat berpuasa semua,” jelas pelantun lagu Tak Mungkin Kerana Sayang ini.
Ketika usianya baru 19 tahun, Nor Farhatul Faizurah Panut telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai johan qariah dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-61 tahun lalu.
Gemar menggunakan media sosial untuk berkongsi ilmu terutama mengenai tarannum al-Quran dengan orang ramai, gadis ini sudah menginjak usia usia 20 tahun.
Happy birthday to me. Kalau di Malaysia sekarang, pukul 12.AM Alhamdulillah genap 20 tahun dah seorang yg bernama Nor Farhatul Fairuzah Binti Panut…
benda first yg akan dibuat bila birthdayy mintak doa dari mak.. sbb mak lah yg melahirkan kite duluuu kann. siapa laa farha tanpa mak dan arwah abahhh btw dh mcm diperantauan dah gayanyaa.
A post shared by Farhatul Fairuzah (@farhatulfairuzah) on May 18, 2020 at 9:24am PDT
Posting itu mendapat komen daripada rakan selebriti dan pengikutnya yang mengambil kesempatan memberi ucapan hari jadi selain memberikan kata-kata positif untuk qariah tersebut.
Persahabatan antara dua selebriti terkenal, Datin Rabecca Nur Al Islam dan Datin Zizie Ezette terjalin sejak lebih sedekad lalu. Kedua-duanya juga dilihat berkongsi minat dan tanggungjawab sama iaitu bergelar isteri dan ibu. Mereka juga saling menyokong dalam banyak aspek. Bahkan kedua mereka jika dilihat sanggup memperlahankan rentak dunia lakonan demi tumpuan kepada rumah tangga yang dibina.
Lalu tidak hairan keputusan Rabecca melamar Zizie sendiri demi menyunting lima cahaya matanya untuk menjadi duta produk IQ Super keluaran syarikatnya, Anggun & Anggerik (M) Sdn Bhd melalui proses yang mudah apabila masing -masing sudah memahami dan kenal hati budi.
“Banyak sebab saya mempertimbangkan tawaran daripada teman baik sendiri (Rabecca) ini. Ini memang produk pertama yang lima anak saya ( Naila Nurjenna, 5, Aaric Zayn Izette, 3, Aadam Zac Izette, 3, Aaleph Zeke Izette, 3, dan Aalisa Belle Izette, 1) menjadi duta produk. Ini juga jadi ruang untuk anak saya sendiri membuat simpanan dari usia muda kerana sudah pandai cari duit.
“Sebab yang paling nyata saya menerima tawaran ini untuk anak-anak kerana menyenangi Rabecca. Sejak awal lagi produk ini diberinya untuk dicuba anak saya. Anak saya sendiri menyukai produk ini. Saya nampak keberkesanan produk ini sekali gus terus jatuh hati menerima ‘pinangan’ Rabecca untuk melantik anak saya sebagai duta.
“Malah sebelum itu, ketika Rabecca mengadakan peraduan mencari duta produk IQ Super, peminat dan pengikut di Instagram selalu tag nama saya serta anak. Lalu semua sebab itu buat saya berbesar hati untuk menerima tawarannya,” kata kakak kepada Shaheizy Sam itu pada majlis menandatangani produk IQ Super bersama anaknya.
BERSAHABAT SUDAH LAMA
Kata isteri kepada isteri ahli politik, Datuk Seri Bung Moktar Radin ini mengenali Rabecca sebelum berkahwin lagi.
“Tak silap saya sejak tahun 2008 lagi. Saya selesa dengannya. Bagi yang kenal saya bagaimana tahu yang diri ini jenis susah nak rapat dengan orang walaupun mudah mesra. Saya tak sewenang-wenangnya membiarkan orang masuk dalam hidup ini. Saya memang memilih kawan. Cuma kalau cakap bab Rabecca ini, dia punya usaha nak berkawan itu cukup luar biasa.
“Dia selalu meluangkan waktu untuk saya. Kalau saya sakit, dia bawakan makanan. Pendek kata, dia sangat mengambil berat dan penyayang. Saya nampak ketulusan hatinya nak berkawan.
“Dia di mata saya sebenarnya seorang yang mulut lantang tapi berhati baik. Selain itu dia juga sangat tegas orangnya. Dia suka berkawan dan mudah mesra. Dia juga sangat rajin bekerja dan tak pernah berputus asa. Dia pun sukakan kanak kanak dan haiwan,” kata Datin Zizie lagi.
BERI TUMPUAN PADA KELUARGA
Pemilik nama sebenar Zizie Izette Abdul Samad ini juga mengaku memilih untuk memberi sepenuh tumpuan kepada anak dan rumah tangga dan mengetepikan dulu perihal minat berlakon.
Kali terakhir, Zizie berlakon menerusi drama Hero Seorang Cinderella yang diterajui Nur Fazura dan Fattah Amin pada tahun 2017.
“Kalau ikutkan minat dan keterujaan di pentas seni itu takkan berakhir. Perasaan rindu itu pasti akan bertandang. Cuma demi anak yang masih perlu perhatian sepenuhnya daripada diri ini, saya memilih untuk memperlahankan rentak lakonan. Nak cakap berhenti terus itu takut juga kalau tiba-tiba gian nak berlakon balik.
“Di saat anak kecil dan kian membesar, saya memilih untuk terus mencipta memori dengan mereka sekali gus mewujudkan kenangan indah bersama. Kita pun tak tahu sampai bila usia ini akan terhenti,” katanya yang sudah 11 tahun berkahwin dengan Bung Moktar
PILIHAN TEPAT
Sementara itu, Rabecca berkata pemilihan Zizie tepat dan bersesuaian dengan produk berkenaan.
“Oleh kerana produk kami ini memfokuskan kepada kanak-kanak dan peranan ibu untuk terus memastikan yang terbaik untuk anak mereka, jadi saya melihat Zizie sebagai pilihan tepat merangkumi apa yang ingin disampaikan. Malah Zizie menjadi testimoni terawal yang mencuba produk ini untuk anaknya.
“Seperti yang semua tahu, saya turut mempunyai anak yang ramai dan kebahagiaan anak adalah penting. Apabila anak saya sihat, ceria dan cergas, saya sebagai seorang ibu akan rasa bahagia melihat mereka. Saya yakin Zizie juga berasakan hal sama.
“Sekalipun produk ini menjadikan lima anak Zizie sebagai duta, peranannya sebagai ibu amat besar dan penting sekali gus mempromosi serta memperkenalkan produk kami kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti kami. Dan kami yakin semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak dan sudah pasti IQ Super menjadi pilihan mereka,” kata Rabecca selaku Pengasas Anggun & Anggerik Enterprise.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Agak menggemparkan juga, baru-baru ini apabila pengacara Pesona Pengantin, Uyaina Arshad, 27 tahun dikhabarkan sah penghidap sakit jantung. Setelah berehat dalam tempoh ditetapkan, dia dilihat sudah kembali bekerja.
Malah tetap positif meneruskan kehidupan dan urusan kerja seperti biasa. Dalam posting terbarunya, di laman Instagram Uyaina menitipkan pesanan positif kepada followernya.
Menurut Uyaina, ada tiga perkara penting dalam hidup kita. Pertama adalah kebahagiaan, kedua kesihatan dan ketiga adalah menikmati setiap detik penuh bermakna.
Perkongsiannya itu mendapat lebih 16 ribu butang like dan ramai juga turut memberi komen positif.
Sebelum ini media melaporkan Uyaina disahkan mengalami penyakit Supraventricular tachycardia (SVT) dan heart valve. Dia disahkan penghidap kompilasi jantung setelah membuat pemeriksaan doktor apabila jatuh pengsan di rumahnya.
Menurut Uyaina yang juga aktif berlakon ini, dia perlu menjalani rawatan susulan secara berkala sebulan sekali.
“Doktor memberi dua pilihan iaitu mengambil ubat atau menjalani pembedahan.
“Buat masa sekarang, saya masih mendapatkan pandangan mana yang terbaik pada peringkat kesihatan sekarang. Doakan semoga semuanya okey,” katanya sambil memberitahu arwah datuk sebelah mak meninggal disebabkan penyakit jantung.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.