Umum sudah mengetahui tentang kemelut rumah tangga yang melanda Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin. Kronologi bermula apabila Ziana Zain membuat laporan polis apabila suaminya mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari yang lalu.
Tidak lama selepas itu, keadaan menjadi lebih panas apabila Ziana Zain memfailkan penceraian terhadap Armin. Ziana Zain kemudian mengambil langkah untuk berdiam diri dan tidak mahu memberikan sebarang komen tentang isu ini serta mahu pihak media memahami keadaan dirinya.
Namun, setelah lama berdiam diri, akhirnya Ziana Zain meluahkan segala rasa yang dipendam seawal empat bulan perkahwinan. Tidak sangka, rumah tangga yang tampak bahagia pada luaran rupa-rupanya menyimpan seribu satu duka. Satu sikap Ziana Zain yang harus dipuji adalah dia tidak pernah bercerita tentang kemelut yang terjadi dalam rumah tangganya. Menurutnya kepada Sinar Online, dia telah diajar oleh ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumah tangga.
Tambah Ziana lagi, dia ibarat hidup di dalam neraka sejak berkahwin dengan Armin seawal empat bulan pertama. Dia terpaksa menanggung penderaan mental yang dialami secara sendirian. Setiap kali mahu pulang ke rumah, dia seolah-olah trauma dan takut. Jika orang lain menganggap rumahku syurgaku, berbeza dengan dia. Padanya, rumahku nerakaku.
Lebih memeranjatkan lagi apabila salah seorang daripada anak mereka terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak berusia 14 tahun. Anak-anaknya turut stress dek kerana perilaku Armin. Suaminya juga sering melemparkan kata-kata kurang sopan termasuklah di tempat awam dan di depan ahli keluarga.
Betapa beratnya dugaan yang ditanggung oleh Ziana Zain hingga mampu bertahan dengan suaminya selama 20 tahun. Ia bukan satu jangka masa yang sekejap. Hijabista turut memuji aura positif yang ditonjolkan oleh Ziana Zain di akaun Instagram miliknya. Tidak sekalipun kesedihan ditunjukkan olehnya. Apa pun, Hijabista doakan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga Ziana Zain kuat dan tabah mengharungi dugaan yang melanda dirinya. Orang hebat pasti hebat ujian yang Allah berikan. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Itulah ungkapan yang basa kita dengar bagi menggambarkan betapa kasih dan sayangnya seorang ibu pada anaknya. Begitu juga bagi bonda kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menegur perbuatan anaknya itu ekoran tindakannya muat turun video tarian yang dianggap keterlaluan dan menjijikkan. Dalam satu postingnya, Bonda Rozita memberitahu dia juga sakit bila orang kata tidak baik mengenai anaknya itu hingga undan sebak di hati netizen.
Namun sebagai ibu pastinya mengetahui sifat anaknya itu bagaimana. Dalam posting 1 hari yang lalu, bonda Rozita ada menulis menjelaskan sikap sebenar anaknya itu.
Anak ni perasan retis hollywood dn byk paparazi ciptaannya sendiri juga..Lawak betol dunia ” KEPERASANAN” dia..hakikatnya dia sgt advance bab media utk strategy bisnessnya..(produk dn bisnes kami xsama…dia dgn dia..dn sy dgn cara sy..)
Sy x blh follow cara dia bila jumpa sy dh tua2 ni pun masih kena sebat ..merajuk ..kena marah dia selamba dn xheran pun ..Malah sy carutkan lebih2 lagu sibobo tu..Dia kata sekadar kerja.. x cukup sajat ni lucintot pulakkkk..hazabbb Mak kri
Jawabnya “Mak ingat sy rapat ke ..Xda makna lah..Mak kenal sy cukuplah..menjawab je lah dia je betul..!! Kami tau game dia ni bijak niaga dn hakikatnya dia jenis xdemgar nasihat x peduli org ..( dlm family semua sayang dia sbb dia sgt baik..Kri ni just selamba telinga badak hati kebal ..kami pun xleh nak cakap apa dah..tahankan je )
Bab baik dia ni dgn org2 miskin dn family dia pemurah hobi mmg suka cakap dn melatah lucah ..Kami tau cacat dan sewelnya sgt faham dia ..No point kondem dia ..dia xrasa apa ..!!
Anak ni kasi sy benda mahal ..mcm2 dikasi.. sy yg xsuka sbb sy xpakai..bazir bagi sy…haa kalau hadiah murah2 sy suka sgt lah
Kalau org kata dia xbaik..Sy sakit juga..anak kan..!! Hepi sgt hari ni dia dtg kasi tudung smabil gurau katanya “ Mak dahlah tua beruban atas bawah tuudng sarong je ada..tu pun cuma 5 helai..ha ha balik2 warna sama je hari2..ada hati nak ootd kesian Mak xda ganti2 ke..??
Pakai tudung biar nampak muda selera gak dady tengok..kalau x dah rupa macam mak lampir ” diguraukan sy ni..Sy redho dn maklum sy tua dah..xmarah pun..
Dia komen rumah seni sy yg susah nk jaga akn dtg.. bebel lagi … “Mak buat lawa2 ni sape nk ambik alih kalau Mak dh xda..Ajim lah yg jaga kot ..Mak xda habis semua ni nanti Mak…”
Sy bebel kat dia..dia pulak bebel kat sy..Menantu sy senyum je dengar kami gaduh..
Netizen juga turut terkesan dengan luahan Bonda Rozita ini yang disifatkan begitu menyentuh hati. Maklumlah ibu mana tidak sedih bila anaknya dikecam dan dikritik secara terbuka di media sosial.
ahmadrxl Semoga kata2 nasihat dan doa bonda dapat menggerakkan hati anak bonda untuk berubah ke arah yang lebih baik suatu hati nanti. InsyaAllah. Ameeen
getsheraindah Betul kata bonda :”dah anak kita,x bnyk sikit ..hati ibu ttp sedih bila org kutuk anak kita”. Sabarlah Bonda.. Org tk kenal anak bonda sprti bonda.@aliefsyukriiwalau pon mulutnya mcm x der insurant bila brckp tp sy yakin dia baik. Sbb tgk dia syg bonda dn family nya.
Sebelum itu Rozita juga ada menasihati Aliff Syukri supaya tidak bersekongkol dengan golongan fasik.
“Mak tegur Kri tak dengar. Wardina tegur Kri siap post komennya. Kalau mak tegur Kri delete. Mak dan semua orang sayang Kri… Kri insan baik.
“Jangan dekati… kawan dan bantu golongan fasik murka ALLAH. Jangan dijemput mereka. Kalau kita bantu maksudnya dosa dan bala sama kita akan terima… ada hadisnya.
Rozita yang juga pengasas Sendayu Tinggi turut memohon maaf kepada anaknya itu di atas komen yang diberikan menerusi media sosial itu.
“Maaf beribu-ribu maaf atas komen ini. Mak tak nak bala datang kepada keluarga takut dosa dan bala itu datang kepada keluarga kita.
“Jauhi mereka… wahai anakku yang baik budi, bijaksanalah wahai anakku.
Komen tersebut mendapat sebanyak lebih 14, 000 tanda suka oleh pengikutnya di Instagram.
Terdahulu, Aliff Syukri dikecam netizen gara-gara memuatnaik tarian untuk lagu terbaharunya, Semalam Bobo Dimana yang dianggap tidak menghormati sambutan Aidiladha, Rabu ini.
Lagu Semalam Bobo Dimana merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.
Sebelum itu selebriti Wardina Safiyyah juga ada menegur perbuatan Aliff Syukri ini dengan menulis di ruangan instagram. Namun jutawan kosmetik ini menerima baik teguran berkenaan dengan membalasnya dalam posting terdahulu.
Terima kasih kak Dina …terima kasih atas teguran dan kasih sayang kak dina kepada saya dan isteri…..Ya saya akui kesilapan saya dan apa yg kak dina cakap itu sy terima cuma saya buat atas tuntutan kerja yg telah termaktub dlm kontrak…….. .
Sekarang ini jika kita perhatikan banyak produk pelangsingan badan dijual di pasaran. Semuanya disertakan dengan promosi yang kadang-kadang menggugat hati untuk membeli. Ini disebabkan pertambahan berat badan secara mendadak dek kerana selera makan yang makin bertambah. Apabila ada yang menegur, mulalah gelabah berdiet untuk menurunkan berat badan.
Namun begitu, memang susah untuk kita menurunkan berat badan jika tidak disertakan dengan disiplin yang kuat. Lebih-lebih lagi banyak godaan daripada kawan-kawan yang tidak putus-putus mengajak anda untuk makan. Sukar untuk ditolak apatah lagi setelah anda memikirkan pasti akan ada jalan lain untuk kurus.
Tidak dinafikan terdapat pelbagai pelbagai cara dan teknik yang boleh dilakukan untuk mendapatkan tubuh badan yang kurus tanpa perlu menjalani proses pembedahan ataupun mengambil pil yang boleh membahayakan kesihatan.
Admin nak kongsi diet secara sihat daripada Fadhlina Halipah yang pernah mengalami berat badan dan dia berjaya menurunkan beratnya sehingga 32 kg. Cara dietnya cukup mudah dan penuh dengan ilmu. Dia begitu menjaga pemakanannya dan paling penting disiplin untuk mendapatkan apa yang diimpikan.
2. Perlu ada rancangan hidangan yang lengkap dengan keperluan makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan badan. Turun berat tanpa perlu berlapar.
3. Rasa seronok dengan rancangan hidangan, jangan tertekan dan diet perlu warna-warni.
4. Konsep nasi segenggam. Pilih lauk sama ada ikan atau ayam yang dikukus, direbus atau dipanggang. Pemilihan lauk sangat penting.
5. Elak minum air manis, lebihkan air kosong serta buah.
6. Makan sedikit tapi kerap, seeloknya enam kali sehari dengan selangan tiga ke empat jam.
7. Jangan tertipu dengan pembungkusan atau iklan makanan. Baca nutrisi pada label terlebih dulu.
8. Fokus kepada 80 peratus pemakanan, 20 peratus senaman dan 100 peratus minda. Kita gemuk dengan makan, jadi hendak turun berat, seharusnya betulkan cara pemakanan.
9. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang berbeza dan unik.
10. Carilah kawan atau komuniti yang ada misi yang sama, baru rasa bersemangat.
11. Tidur awal dan dapatkan tidur yang berkualiti.
12. Kawal emosi. Tekanan juga memberi kesan kepada badan. Nak turun berat perlu makan dengan betul, bukan makan sikit. Semoga membantu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi yang popular dengan lagu Semalam, Aina Abdul meluahkan rasa syukurnya kerana telah menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari di majlis konvokesyen yang berlangsung di Universiti UCSI pada hari Sabtu yang lalu.
Ujar Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, dia berasa lega kerana akhirnya dapat menamatkan pengajiannya yang mengambil masa lima tahun itu.
“Pencapaian ini amat penting untuk diri saya secara peribadi kerana akademik juga adalah keutamaan saya. Semestinya membanggakan apabila memiliki pencapaian begini di samping kejayaan karier seni,” luahnya.
Penyanyi yang berusia 28 tahun ini juga menyifatkan pencapaian itu sekali gus menjadi motivasi buatnya untuk terus meniti kejayaan dalam hidup.
Tambah Aina, walau bagaimanapun kerjayanya dalam bidang seni tetap menjadi keutamaannya buat masa ini.
“Kerjaya muzik yang semakin berkembang sekarang tetap menjadi keutamaan saya. Jadi fokus saya tetap terus menjadi penghibur disegani serta menghasilkan banyak lagu terbaik.
“Apapun, saya cuma ingin nyatakan bahawa akademik juga perlu seiring dengan kerjaya saya. Saya amat menitikberatkan pendidikan berkaitan muzik di samping tunjukkan kecemerlangan sebagai penyanyi,” jelasnya.
Di laman Instagram, Aina telah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya dan menghargai segala keyakinan yang telah diberikan buat dirinya.
“Saya ambil lima tahun untuk dapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang muzik ini. Terima kasih kepada guru-guru, rakan-rakan dan semestinya ibu serta adik beradik saya. Tak mungkin saya berjaya tanpa doa kalian,” tulis Aina.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee