Meskipun bertubuh gempal waktu itu, namun dia tetap positif dan ceria di samping keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling. Kini, meniti usia 27 tahun, Sara dikagumi bukan hanya kerana mewarisi kecantikan ibu dan bapanya malah berpewatakan menarik dan merendah diri.

Berat Pernah Cecah 96Kg Sara Ali Khan Tak Malu Berjaya Turunkan 30Kg Dengan Cara..

Sara dilahirkan di Mumbai, India pada 12 Ogos 1995 dan berketurunan bangsawan Pataudi. Menerusi perkahwinan terdahulu Saif Ali Khan bersama Amrita Singh, aktor berbakat besar berkenaan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan yang kini berusia 22 tahun. Sara sejak kecil hingga kini, dia dijaga dan dibesarkan oleh ibunya yang merupakan ibu tunggal.

Meraih populariti bukan pada kecantikan

Berat Pernah Cecah 96Kg Sara Ali Khan Tak Malu Berjaya Turunkan 30Kg Dengan Cara..

Kecantikan jelitawan ini tidak berdasarkan pada paras rupa, namun Sara juga berpendidikan tinggi. Walau berasal dari keluarga berada, dia selesa berdikari dan amat mementingkan pelajaran. Pada Mei 2016 Sara berjaya menamatkan pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang Sejarah dan Sains Politik di Columbia University.

ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah Bintang Bollywood Cantik-cantik Belaka, Rupanya Ini Rahsia Wanita India

Ads

Mengenang momen graduasi, kongsi Sara dalam media sosial miliknya, “19th May 2016. Sometimes this feels like a minute ago, and sometimes it feels like another lifetime.”

Berat Pernah Cecah 96Kg Sara Ali Khan Tak Malu Berjaya Turunkan 30Kg Dengan Cara..

Memetik laporan NDTV.com, pada awalnya Sara berhasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan namun setelah menyedari kemampuan diri dia memilih untuk mempelajari undang-undang. Selain meneruskan pengajian dalam Sejarah dan Sains Politik. Pada tahun akhir pengajian, Sara turut mengambil kelas lakonan.

Berat Pernah Cecah 96Kg Sara Ali Khan Tak Malu Berjaya Turunkan 30Kg Dengan Cara..

Ads

Bersandarkan kecantikan dan kecemerlangan akademik, Sara menjadi salah seorang bintang baharu kesayangan peminat di India ketika ini dan meraih populariti kerana keperibadian yang ada dalam dirinya.

Berat pernah cecah 96kg Sara tidak malu…

Wanita ini yang mempunyai ketinggian 163 centimeter juga sering membuatkan penonton tertawan dengan rupa paras yang dimiliki dan menjadi inspirasi wanita kerana kejayaannya menurunkan berat badan. Tidak malu berkongsi bentuk fizikal yang dialami suatu ketika dahulu, Sara mengaku pernah berdepan masalah berat badan sehingga mencecah 96 kilogram.

Berat Pernah Cecah 96Kg Sara Ali Khan Tak Malu Berjaya Turunkan 30Kg Dengan Cara..

Lebih memeritkan, dia turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) dan gangguan hormon yang menyukarkan Sara untuk menurunkan berat badan. Sara juga mendedahkan semasa akhir tahun kedua pengajian di Columbia University, dia bercita-cita mahu bergelar pelakon dan menyedari perlu melakukan sesuatu terhadap masalah berat badan yang dialami untuk menggapai impian tersebut.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Berat Badan Semakin Naik, Hijabi Hadapi PCOS Pakar Sarankan Amal Cara Ini

Berat Pernah Cecah 96Kg Sara Ali Khan Tak Malu Berjaya Turunkan 30Kg Dengan Cara..

Berkat usaha keras dan dedikasi untuk tampil lebih sihat, Sara berjaya menurunkan berat badan sehingga 30 kilogram hasil pemakanan sihat dan aktiviti senaman kardio ketika berada pada tahun akhir di universiti.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/RFw91T1UOiQ

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI