HIIT Cardio atau Latihan Interval Berintensiti Tinggi merupakan salah satu senaman yang bagus untuk membakar kadar lemak dan kalori dengan tinggi. Berbeza dari latihan yang lain, HIIT Cardio mampu untuk membakar 500 kalori sejam hingga 1,500 sejam dengan berat 180-lb.

Sumber gambar: Cotton Bro

Latihan ini sangat baik kerana intensiti serta variasi setiap latihan yang berbeza-beza. Gabungan antara pergerakan berat badan dan pergerakan yang melibatkan pemberat serta unsur senaman kardio antara cara terbaik untuk membakar lemak dengan cepat dan efektif!

Antara contoh senaman yang boleh dilakukan dalam HIIT Cardio ini adalah:

Sumber gambar: Cotton Bro
  • Set 1; Squat, Burpees, Push Ups, Sprint 20m
  • Set 2; Mountain Runners, Race Block, Side Winders, Sprint 20m
  • Set 3; Jumping Jack, Lunges, Froggers, Sprint 20m

Antara kebaikan HIIT Cardio adalah:

1. Membakar kalori dalam waktu singkat

IKLAN

Seperti yang dikatakan tadi, latihan ini mampu membakar lemak dengan banyak dalam waktu yang singkat. Berbeza dari latihan angkat berat dan berlari, latihan HIIT Cardio ini mampu untuk membakar lebih 30 peratus kalori dari latihan lain dalam masa 30 minit sahaja.

2. Membantu menurunkan berat badan

Secara tidak langsung, latihan ini antara pilihan ideal untuk menurunkan berat. Hal ini kerana, apabila latihan ini mampu membakar kalori dengan banyak, ia juga secara automatik dapat membakar lemak degil dengan berkesan. Latihan ini amat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa untuk bersukan! Ianya boleh dilakukan di pejabat mahupun di rumah sahaja. 

IKLAN
Sumber gambar: Kaboom Pics

3. Meningkatkan metabolisme tubuh badan

Oleh kerana latihan ini mengandungi pelbagai jenis senaman yang memfokuskan kepada kekuatan otot dari atas hingga bawah tubuh badan, ia bukan sahaja boleh membakar kalori malah ia juga mampu meningkatkan ketahanan otot dan meningkatkan metabolisme badan. Peningkatan metabolisme ini lebih efektif daripada jogging atau latihan bebanan yang lain. Kadar intensiti yang tinggi dalam senaman ini membuatkan otot juga mudah terbina dan terbentuk, terutamanya di bahagian perut, lengan dan kaki!

4. Baik untuk kesihatan jantung dan tekanan darah

IKLAN

Terutamanya bagi mereka yang obesiti, latihan ini dapat memberi kebaikan pada jantung anda. Ini adalah kerana apabila tekanan yang dihasilkan melalui latihan ini, ia dapat mengepam darah ke jantung dengan cepat dan lancar. Malah, disebabkan ia juga dapat membakar kalori, tekanan darah juga menjadi dalam keadaan yang stabil. Disarankan pada mereka yang mengalami masalah berat badan untuk melakukan latihan HIIT Cardio ini sebanyak 4 kali seminggu dengan durasi antara 20 hingga 30 minit.

Sumber gambar: Cotton Bro

5. Penyerapan oksigen pada otot

Latihan ketahanan seperti berlari dengan durasi yang panjang berfungsi untuk meningkatkan penyerapan oksigen pada otot. Kebaikan itu juga boleh didapati dari latihan HIIT. Latihan HIIT cardio sebanyak 4 kali seminggu selama 20 minit untuk satu sesi mampu meningkatkan penyerapan oksigen sebanyak 9 peratus. Jadi, ia bagus untuk kesihatan otot-otot badan.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI