Siapa yang tidak kenal Yale University yang merupakan antara universiti terkemuka dunia dan berada dalam kelompok ivy league. Bukan mudah untuk mendapatkan tempat disini sebagai pelajar melainkan individu tersebut cemerlang bukan sahaja dalam pejalaran tetapi juga peribadinya.
Mencipta nama dalam sejarah 320 universiti berkenaan, Bayan Galal menjadi Muslim pertama dipilih sebagai presiden badan pelajar universiti berkenaan. Memperolehi 56 peratus majoriti undian keseluruhan menjadikan dia calon pilihan para pelajar yang mengundi.
Dalam laporan stesen televisyen tempatan Connecticut, WFSB, Bayan Galal berkata, “Sebagai seorang wanita Muslim, saya hanya dapat mencapai banyak perkara kerana orang lain yang telah memberikan sokongan kepada individu seperti saya. Tujuan saya adalah untuk membina masa depan yang lebih cerah kepada generasi akan datang dengan memberikan hasil untuk badan pelajar Yale.”
Ads
Bayan merupakan pelajar dalam dua jurusan utama iaitu Biologi Molekular dan Perhubungan Antarabangsa dan minor dalam jurusan pengajian kesihatan global.
Ads
Sebagaian daripada mesej kempennya ketika bertanding, dia menyatakan kepada WFSB bahawa dia menekankan platform untuk ‘membangunkan Yale yang lebih sihat’ menerusi pemerhatian semasa pandemik Covid-19 berlaku, faktor lain memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan pelajar.
“Kami memiliki lima prinsip utama kesihatan – kesihatan fizikal, kesihatan mental, kesihatan masyarakat, kesihatan akademik dan kesihatan kewangan, dan tujuannya adalah sebagai pentadbiran, kami akan menekankan kelima-lima prinsip kesihatan dengan mendekatinya secara holistik,” jelasnya.
Ads
Menarik tentang Bayan, sebelum ini kakaknya, Ayah Galal juga memecah sejarah apabila menjadi wanita berhijab pertama yang memakai hijab sebagai wartawan di saluran televisyen tempatan di Connecticut.
Sebagai seorang wanita, tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat bergelar sebagai ibu. Dalam kata lain, kebahagiaan dan kesempurnaan itu dapat dikecapi saat menatap zuriat sendiri selepas mendirikan rumah tangga. Namun, rezeki itu hanya Allah yang tahu tentang masanya. Lambat atau cepat, segalanya dari Allah SWT.
Begitulah yang diluahkan oleh pelakon serta pengacara, Siti Elizad atau nama sebenar, Siti Elizad Mohd Sharifuddin, 38, yang berdoa perihal zuriatnya ketika menyambut ulang tahun kelahirannya, semalam.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Elizad menitipkan rasa kesabarannya yang menanti kurniaan zuriat dari Yang Maha Esa. Baginya, ini merupakan sebuah ujian yang diberikan kepadanya untuk menguji tahap kesabaran dirinya untuk terus bersyukur dengan apa yang terjadi.
Allah tiupkan kekuatan dengan ujian yang diberi. Allah tangguhkan sesuatu untuk didik rasa sabar. InsyaAllah sampai masa, Allah beri sesuatu sebagai ganjaran. Terus berdoa, tenang, senyum & bersyukur. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar & redha.
Sempena meraikan sambutan ulang tahunnya lewat 30-an, Elizad turut menzahirkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan zuriat seperti kaum wanita yang lain.
Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dengan tidak meninggalkan zuriat, dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.
Bagi dirinya, dia tidak pernah berhenti untuk terus berdoa dan akan berharap untuk sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.
Hari ini hari kelahiran kita. Lewat 30-an, masih terus berharap, cekal, bahagia.
Hantaran yang dimuatnaik itu juga turut mendapat komen positif dari rakan-rakan artis yang mendoakan tentang harapan Elizad untuk bergelar ibu. Antara yang turut komen adalah Awal Ashaari, Elly Mazlein, Shuib Sepahtu, Dynas Mokhtar dan lain-lain lagi.
Sekadar info, Elizad pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) namun mengalami keguguran selepas seminggu disahkan hamil. Dia dan suami, Shamsul Baharin yang mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 tidak pernah berputus asa dan tetap berikhtiar untuk mendapat zuriat.
Team Hijabista turut mendoakan agar Elizad akan dikurniakan cahaya mata yang baik sifatnya. Semoga Elizad terus berdoa dan bersabar menanti kehadiran zuriatnya. InsyaAllah, Amin YA RABB!
Kebelakangan ini, terlalu banyak kisah yang tidak baik mengenai rumahtangga telah kita dengari. Perkahwinan sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang kita diberikan ujian yang berat oleh Allah SWT, untuk mematangkan lagi hubungan suami isteri.
Setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan hubungan yang berkekalan sehingga ke akhir ayat. Namun, menjaga keharmonian dalam rumah tangga juga bukanlah sesuatu yang mudah. Selain cinta, kita juga memerlukan komunikasi yang baik, saling memahami dan kesanggupan untuk merendahkan ego masing-masing.
Dalam Islam, kita digalakkan berdoa kepada Allah SWT agar keluarga sentiasa harmoni dan bahagia. Bukan sahaja doa untuk perkahwinan sentiasa barakah, malahan setiap perkara yang kita lakukan ada doanya tersendiri. Buat anda yang sudah berumah tangga, anda boleh amalkan doa ini setiap hari agar perkahwinan sentiasa mendapat barakah.
Maksudnya: “Ya Allah, berkatilah aku dalam keluargaku dan berkatilah mereka dalam diriku. Berilah aku rezeki dari mereka dan berikanlah mereka rezeki dariku. Ya Allah, kumpulkan kami untuk kebaikan dan pisahkan kami apabila Engkau pisahkan kami untuk kebaikan.”
Rabbana hablana min azwaajina wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw waj’alna lil muttaqiena imaamaa.
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS Al Furqan ayat 74).
Islam telah mengajar dan memberikan pelbagai cara untuk membina keluarga yang sakinah (rukun), mawaddah (kasih sayang), dan warahmah (kasih sayang). Salah satunya dengan memanjatkan doa dalam Alquran surat Al Furqan ayat 74 ini.
Seterusnya anda boleh mengamalkan doa untuk kebahagiaan rumah tangga agar segala perancangan hidup dipermudahkan di masa hadapan. Selain berusaha memenuhi kehendak pasangan, kita juga harus berdoa agar segala urusan rumah tangga dipermudahkan oleh Allah SWT. Ini adalah doanya:
“Robbanaaa atinaa mil ladungka rohmataw wa hayyi lanaa min amrinaa rosyadaa”
Maksudnya:”Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan serta petunjuk kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (Surah al-Kahfi: 10)
Selain daripada itu, anda juga boleh mengamalkan doa untuk melindungi diri dan juga keluarga daripada seksa api neraka. Umat Islam semestinya digalakkan berdoa agar semua ahli keluarga berbahagia di dunia dan akhirat, serta dijauhkan daripada api neraka. Doa ini terkandung dalam Al-Quran Surah Al Baqarah ayat 201.
“Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil Akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar”
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah al-Baqarah: 201)
Rezeki juga merupakan salah satu sumber kebahagiaan dalam rumahtangga. Terkadang, ada juga pasangan yang bergaduh mengenai hal rezeki ataupun duit. Oleh itu, kita hendaklah memohon kepada Allah agar dikurniakan rezeki yang berkat.
Sebagai kesimpulan, berikut merupakan beberapa doa yang pasangan suami isteri boleh amalkan. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan memiliki rumah tangga yang harmoni dalam ketaatan.
Pelbagai cara dilakukan oleh pendakwah atau penceramah untuk menyebarkan ilmu kepada orang ramai. Salah seorang yang aktif menyampaikan dakwah di media sosial adalah PU Amin yang juga terkenal dengan seorang pendakwah yang lantang bersuara membabitkan pelbagai isu. Dalam posting di laman instagram itu beliau berkongsi kelebihan mengamalkan Ayat 5 Surah Ad Dhuha di mana hati akan jadi lebih tenang dan dibukakan jalan oleh Allah SWT.
Menurutnya juga masyarakat kita hari ini berdepan dengan senario gaji yang banyak tetapi tidak pernah cukup, masalah bertimbun hingga meninggalkan beban, serta serabut dengan urusan kerja.
Bukan itu sahaja bagi mereka yang berdepan masalah ahli keluarga sukar dibentuk juga boleh amalkan ayat ini supaya kehidupan menjadi lebih teratur dan harmoni.
Posting beliau ini mendapat hampir 20 ribu butang like dan ini adalah salah satu menyebaran dakwah masa kini melalui media sosial.
nasihatkakak_@pencetusummah_amin surah al waqiah pun sama.. alhamdulillah.. masalah selesai satu persatu dgn tidak disangka2..ujian dtg btubi2..ttp lepas baca amalkn surah alwaqiah setiap hari selepas solat subuh dan sebelum tidur.. hidup rsa tenang..xgelisah.. mslh hutang pun selsai..