Sis mungkin pernah mengalami situasi yang kurang menyenangkan sebaik kasut ditanggalkan? Jika memakai kasut bertutup mungkin dapat menyembunyikan keadaan kaki, namun jika memakai sandal atau kasut yang terbuka, rahsia kaki yang berbau pasti akan terbongkar.
Situasi berkenaan sering berlaku kerana ramai beranggapan menjaga kebersihan kaki dan kasut adalah perkara remeh. Akibatnya kebersihan kaki diabaikan. Kecantikan seorang wanita itu bukan sahaja dilihat dari segi wajah sahaja tetapi keseluruhan. Kecantikan perlu seiring dengan kebersihan.
Tidak dapat dinafikan, kaki yang cantik, bersih dengan kulit kaki tidak kering dan kuku dipotong kemas menandakan seseorang itu adalah seorang pembersih. Apabila kaki sis mengeluarkan bau menyengat, tentu dibayangi perasaan kurang berkeyakinan dan malu berdepan orang ramai.
Sebenarnya ada banyak faktor penyebab kaki berbau antaranya menggunakan kasut yang sama setiap hari tanpa membersihkan kaki sebelum dan sesudah memakai kasut. Memang ramai yang mengabaikan soal penjagaan kaki. Tanpa disedari ia menyebabkan masalah bau kaki ini semakin kronik jika tidak ditangani.
Jika sis menyedari bau kaki mengganggu hubungan dengan orang sekeliling, segeralah mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Ia penting supaya sis tidak lagi berasa rendah diri dan orang sekeliling pula tidak lagi terganggu dengan bau kaki sis yang menyengat.
Selain menggunakan produk penjagaan kaki sedia ada di pasaran, banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah kaki berbau. Sis boleh cuba perawatan semula jadi. Selain menjimatkan, sis boleh memanjakan kaki setiap hujung minggu di rumah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI