Pelakon dan usahawan jelita, Wawa Zainal selamat melahirkan cahaya matanya yang keempat pada awal pagi tadi.
Berkongsi di laman Instagram, isteri tercinta kepada Aeril Zafrel ini memaklumkan bahawa dia sudah menahan sakit sejak jam dua pagi tadi dan bersyukur segalanya urusannya dipermudahkan olehNya.
Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi . jam 2am menahan sakit .. tak sampai hati nak kejut aeril.. tunggu la sampai 5am.. sampai2 hospital da 9cm 😅 lain macam sakit dia walaupun anak ke4 da . nama belum ada . ada cadangan ke😆
Susulan itu, ruangan komen di laman Instagram Wawa dihujani ucapan tahniah daripada pengikut laman sosialnya termasuklah rakan-rakan artis tersohor seperti Mira Filzah dan Zarina Zainuddin.
Ads
Sebagai info, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sebelum ini telah dikurniakan tiga orang cahaya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Azkiya dan Aya Soffya sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2013.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir ketika majlis pelancaran cawangan butik CreacionBySiti Nurhaliza di Melawati Mall semalam. Nyata penampilannya lebih cantik, menawan dan langsing dari sebelumnya. Rupanya Siti sudah hilang hampir 22 kilogram berbanding berat sebelumnya, iaitu 92 kilogram. Mengamalkan diet secara konsisten sepanjang berpantang punca utama penurunan berat badan yang cukup ketara. Malah beliau juga tidak kisah menjadi ‘zombie’ gara-gara berjaga malam bagi memastikan Siti Aafiyah mendapat susu badan sepenuhnya.
Menurut Siti, beliau memang betul-betul mengamalkan cara pantang sebaik sahaja melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah 1 Rejab lalu.
“Siti memang mengutamakan soal diet dengan mengambil pemakanan secara sihat. Siti tak ambil makanan bergoreng, sebaliknya gantikan dengan rebus dan bakar sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dan kuantiti juga tidak banyak.
“Selain itu, seperti ibu-ibu yang melahirkan anak, Siti turut amalkan proses bertungku, sauna dan juga urut. Dan Siti juga turut memanjangkan tempoh berpantang dari 44 hari kepada 74 hari,” ungkap Siti ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen busana Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 serta pelancaran pembukaan cawangan butik Creacion By Siti Nurhaliza yang ke lapan di Melawati Mall.
Menurut penyanyi tersohor negara ini juga berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan ibu berpantang dari Natalis yang disediakan sepanjang menjalani tempoh berkenaan.
“Saya memang puas hati dengan perkhidmatan Pakej Penjagaan Berpantang dari Natalismothercare . Hasilnya dari hari pertama hingga kini, Siti dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 22 kilogram. Daripada 92 kilogram dan kini berat Siti hanya 70 kilogram.
“Insya-Allah Siti kalau boleh nak turunkan lagi hingga mencecah 59 kilogram. Walaupun tahu sukar untuk mendapatkan berat seperti itu, tetapi Siti akan berusaha. Maklum sahaja kerjaya sebagai penyanyi memerlukan kita tampil menarik ketika di atas pentas membuat persembahan,” tambahnya yang mengakui gembira dan bersyukur dengan perubahan dirinya setelah bergelar ibu.
Siti turut berkongsi pengalamannya menjadi ‘zombie’ kerana terpaksa berjaga malam disebabkan baby Siti Aafiyah.
“Siti Aafiyah jenis siang hanya tidur dan berjaga pada waktu malam. Biasanya tiga kali dia akan terjaga untuk minum susu. Walaupun memang memenatkan, tetapi bagi Siti bila setiap kali lihat baby Aafiyah terus hilang penat.
“Rasa puas dapat melihat setiap inci perkembangan tumbesaran Siti Aafiyah depan mata. Alhamdulillah Siti juga dapat memberi penyusuan penuh susu ibu kepada baby Siti,” tambahnya lagi.
Oleh kerana sentiasa memberi susu badan menyebabkan beliau sering rasa lapar, dahaga dan mengantuk.
“Itu memang siptom yang biasa ibu-ibu alami sepanjang tempoh penyusuan. Justeru Siti akan sentiasa sediakan makanan. Bagi memperbanyakkan susu pula, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, salmon dan beberapa makanan bersesuaian.
“Buat masa ini Siti tidaklah buat stok susu, sebaliknya akan beri jika ada permintaan. Oleh kerana Siti Aaafiyah masih kecil, jadi tidak ada momen lucu sepanjang breastfeed, cuma Siti memang tak puas lihat dia senyum dan gelak dalam dunianya tersendiri,” jelas Siti yang turut berdoa agar bulu mata anaknya panjang dan lebat seperti suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika tempoh mengandung.
“Itu memang saya doa ketika mengandung dan alhamdulillah bulu mata Siti Aafiyah seperti ayahnya. Panjang dan tebal. Ramai yang datang tengok kata Siti Aafiyah ikut muka saya dan ada kata ikut muka suami. Saya tak sabar nak tunggu dia berusia 5 bulan ke atas untuk lihat perkembangannya itu,” cerita Siti yang turut mengambil kira pesanan ibunya dalam menjalani fasa baru ini.
“Apa yang Siti alami inilah apa yang emak Siti lalui dulu. Emak Siti pesan, jadi ibu ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Setiap kali ada kesusahan, perlu hadapinya dengan tenang. Memang pengorbanan seorang ibu itu sangat besar dan selagi ada ibu kita perlu hargai mereka,” jelasnya lagi yang turut mengamalkan makan jamu untuk kelihatan kekal sihat dan bertenaga. Siti mengamalkan pengambilan jamu di akhir tempoh berpantang.
Penampilan Siti buat kali pertamanya itu semalam di khalayak nyata mendapat sambutan cukup menggalakkan dari peminatnya. Rata-rata ada yang hadir seawal pagi dan ada juga datang dari luar Kuala Lumpur.
Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran Siti dan ternyata biarpun sudah bergelar ibu, persembahan Siti petang itu cukup menghiburkan.
Sempena pembukaan cawangan butik ke lapan, ini, tetamu yang hadir juga turut dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen koleksi Syawal terbaru Creation by Siti Nurhaliza yang berkonsepkan blossom.
Koleksi kali ini tampil dengan 39 rekaan menarik yang termasuk 8 rekaan premium series dan salah satunya merupakan istimewa ‘Design by Siti Nurhaliza’.
Menurut Siti juga, walaupun ketika rekaan ini dihasilkan beliau dalam tempoh hamil tetapi turut mengambil tahu setiap perkembangan koleksi ini.
“Siti cukup puas hati dengan koleksi yang dihasilkan ini. Sebelum ini tidak lihat semua depan mata, tetapi bila lihat hari ini Siti memang puas hati.
“Kali ini kita memilih tema kuntuman-kutuman bunga yang dihasilkan dari fabrik broked sifon plain serta mainan warna yang cukup menarik. Malah rekaan dihasikan ini juga bertujuan mencipta nostalgia indah dan beri pengalaman istimewa penggayaan busana elegan di pagi Syawal nanti,” terang Siti lagi yang membayangkan akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kanak-kanak dan juga baju kasual penyusuan untuk kaum ibu.
Beliau juga teruja pembukaan cawangan ini adalah di lokasi cukup strategik dan sesuai menjadi tempat beli belah untuk warga bandar dan penduduk sekitarnya.
Koleksi Syawal Creacion by Siti Nurhaliza ini akan ada di butik secara berperingkat-peringkat dan boleh didapati pada harga serendah RM199 dan ke atas.
Hafiz Mahamad merupakan usahawan kosmetik dan influencer media sosial yang mencipta kejutan untuk Aidilfitri. Dia sanggup menaja 10 bas yang akan membawa orang ramai pulang ke kampung halaman mereka.
Melalui hantaran di IG storynya, perkongsian Hafiz telah mencetuskan rasa sebak dan gembira kepada netizen.
“Sebelum ini saya cakap antara tiga hingga lima buah bas sahaja, tetapi selepas tanya pasukan saya, kami perlu menyediakan sehingga 12 buah bas disebabkan permintaan ramai.
“Kali ini saya terpaksa tutup (permintaan), niat saya memang mahu bagi paling maksimum, tetapi itu sahaja yang saya mampu, insya-Allah jumpa di perhentian bas Jumaat ini,” katanya.
Hafiz berkata setiap orang boleh mendapatkan sehingga lima tiket bas untuk pulang ke destinasi masing-masing membabitkan perjalanan ke utara dan pantai timur.
Pada hari Sabtu, bas akan bertolak pada pukul 9 malam dan mereka yang menaikinya perlu berjumpa di Depoh Kiffah Travel Sdn. Bhd di Kepong.
Dalam pada itu, orang ramai terus menzahirkan ucapan terima kasih kepada tajaan tersebut selain mendoakan usahawan itu akan terus dimurahkan rezeki.
Hafiz berkata dia akan ke stesen bas lama bersebelahan stadium Shah Alam untuk melihat keadaan.
Tambahnya lagi, beliau berharap semuanya berjalan lancar dan penumpang dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat dan menyambut Raya bersama keluarga tercinta.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap wanita pasti mempunyai cabaran dan pengalaman yang tersendiri sewaktu sedang hamil. Ada yang mengidam macam-macam, alami mual serta loya dan macam-macam lagi.
Bagi pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah, pengalamannya mengandung anak kedua kali ini adalah berbeza seperti yang sebelumnya. Jika dahulu dia sering muntah, namun kali ini dia hanya merasa mual angin sahaja.
“Pregnancy kali ini beza betul. Memang betullah orang ckp, setiap anak tu lain-lain. Waktu Khadeejah dulu memang muntah sampai 4 bulan. Baby kali ini tak ada muntah, just mual angin.
“Cuma selalu tekak kering. Bangun 2-3 pagi waktu Ramadhan dulu, habis 500 ml botol air mineral. Rasa dehydrated sangat. Waktu Khadeejah dulu memang setiap masa nak air bandung, nak beli emas, nak melawa.
“Kali ini rasa nak air kosong, nak berjalan, nak pakai baju paling simple. Hmmm agak-agak girl ke boy eh?
Alhamdulillah Aisyah dah 5 bulan. So far memang baby terlebih aktif, dengan Khadeejah pun dah suka lompat, panjat sini sana. Pinggang dah start sakit, nak kena dukung Khadeejah.
“Dia pula dah start nak cium perut, pegang adik dia. Dah macam-macam ragam. Doakan semoga urusan Aisyah dimudahkan & 2nd baby ni mudah dijaga, mudah dibentuk, mudah segalanya & dijauhkan dari kezaliman & maksiat,” coretnya di instagram.
Di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi rasa yang sama seperti Aisyah dan meneka mungkin kali ini jantina bayi yang dikandungkan adalah lelaki.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di