Bahang semakin terasa. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Ratu Hijabista 2020. Semuanya bakal terjawab apabila empat orang Ratu bakal berentap di pentas akhir Ratu Hijabista 2020.
Empat orang peserta yang berentap di pentas akhir malam ini adalah Mellya Azizi, Tina Aziz, Qila Shahirah dan Fiffy Afrina.
Untuk rekod, pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ ini adalah kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.
Program pencarian ‘Ratu Hijabista’ ini bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam bermula 12 Ogos 2020.
Saksikan pentas akhir Ratu Hijabista 2020 di Astro Prima saluran 105/125 dan Astro Go jam 9.00 malam ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Seramai 12 orang peserta telah diumumkan sebagai TOP 12 Ratu Hijabista 2020. Hijabista sebagai satu-satunya jenama majalah dan digital di Malaysia yang menjadi rujukan lengkap fesyen, gaya hidup dan kecantikan untuk fashionista bertudung membawakan rancangan realiti Ratu Hijabista.
Dalam sidang media pengenalan Ratu Hijabista 2020 sebentar tadi juga telah menyaksikan pengumuman hos dan juri tetap untuk musim ini.
Puan Sri Normala Samsudin telah diumumkan sebagai juri tetap Ratu Hijabista 2020. Manakala pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim pula diberi mandat untuk mengendalikan pencarian kali ini sebagai hos program.
Pencarian Ratu Hijabista yang diadakan buat julung kali ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status. Ujibakat secara dalam talian telah pun berlangsung selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2020.
Para peserta bukan sahaja mempertaruhkan rupa tetapi juga bakat serta personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara di penghujung pencarian.
Program realiti Ratu Hijabista akan bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
Pemenang Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mohon diteguhkan hati, penyanyi, Ernie Zakri, 28, mengumumkan penampilan terbaharunya iaitu bertudung menerusi laman Instagramnya semalam.
Menurut Ernie, dia nekad memakai tudung secara rasmi semalam.
“Jujurnya, saya masih dalam proses membiasakan diri.
“Moga saya terus istiqamah dan melakukannya kerana Allah SWT.
“Ikutkan, saya sudah lama menyimpan niat mahu berhijab. Cuma, kekuatan melakukan perubahan makin mencengkam diri selepas kita diuji dengan musibah penularan wabak COVID-19,” ujarnya kepada BH Online.
Jelasnya, dia menghantar mesej pada ibunya kira-kira jam 2 pagi, kelmarin untuk memberitahu keinginannya mahu berubah imej.
“Saya mesej Mama, biarpun kami tinggal sebumbung. Saya berada di tingkat atas, Mama pula di bawah. Saya nyatakan keputusan mahu bertudung.
“Nyata, ia menggembirakan hati Mama. Saya akui ada di kalangan ahli keluarga terkejut dengan keputusan ini, apatah lagi pada saat kerjaya sedang meluncur laju.
“Saya percaya seseorang harus tekad membuat keputusan besar dalam hidup, terutama soal penghijrahan diri tanpa tekanan sesiapa,” katanya.
“Saya rasa gembira dan lengkap setiap kali bertudung. Penghijrahan ini tidak akan mengubah diri saya dan apa yang dilakukan. Saya akan terus menyanyi,” katanya akan muncul dengan muzik video single terbaharu berjudul Gundah pada 27 Mac ini.
Perkongsian pelantun lagu Ku Bersuara dengan penampilan berhijab disambut dengan pujian. Ramai teman artis juga mengucapkan tahniah atas keputusannya untuk menutup aurat.
Sejak akhir-akhir ini, aktres cantik dari Indonesia, Tya Ariffin yang juga menantu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza sering memuat naik fotonya mengenakan hijab di laman instagramnya.
Beberapa hari lalu, Tya memuat naik gambarnya bertudung apabila menghadiri majlis perkahwinan bersama suami tercinta iaitu Asyraf Khalid.
Tya yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini turut memakai tudung sewaktu melawat adik iparnya, Aazief Khalid yang dimasukkan ke wad hospital.
Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Tya, para peminatnya tidak henti-henti memberi pujian dan sokongan di ruang komen kerana begitu gembira melihatnya berhijab dan berharap agar dirinya dapat terus kekal istiqomah.