Pada waktu ini, isu yang sedang tular di negara kita ialah mengenai seorang lelaki yang berusia 41 tahun yang sudah beristeri dua bernikah dengan seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun. Apa yang lebih mengejutkan, perkahwinan itu berlaku tanpa sebarang paksaan dan bernikah dengan kerelaan hati pasangan itu sendiri atas dasar cinta.
Ramai yang menyuarakan bantahan mengenai perkara ini dan masyarakat menganggap lelaki tersebut mengahwininya kerana nafsu semata walaupun dia mendakwa bernikahnya dengan isteri ketiganya itu kerana ingin membantu kehidupannya yang daif itu. Pelakon popular, Sherry Ibrahim juga tidak ketinggalan turut menunjukkan rasa kesal dan marahnya terhadap perkara ini.
Ads
Menurutnya, banyak lagi cara untuk membantu budak itu dan bernikah bukanlah solusinya.
Ads
Sherry menganggap semua yang terjadi ini sangat tidak betul dan lelaki tersebut telah melampaui batas. Baginya, lelaki itu hanya menggunakan agama sebagai alasan atau ‘tiket’ untuk bernikah dengan seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun.
Ads
Sementara itu, netizen dan para pengikut akaun instagram Sherry, @sherryibrahim turut menyokong pandangan dan luahan hatinya mengenai isu hangat ini.
Sememangnya rakyat Malaysia sangat terkesan dengan isu ini. Diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik demi mengelakkan kekeliruan masyarakat dan pandangan sinis terhadap agama Islam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kehadiran cahaya mata dianggap sebagai plengkap dalam hidup berumah tangga. Walaupun bertahun-tahun namun sanggup menunggu untuk mendapatkan zuriat. Bagi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, menanti hampir 10 tahun sebelum dikurniakan zuriat sendiri termasuk sepasang kembar.
Kisahnya Baginda yang begitu cekal dan tabah dalam usaha mendapat zuriat wajar menjadi sumber insprasi dan contoh buat semua wanita di negara ini.
Menurut Saerah Ali, 85 tahun yang berkhidmat dengan Tunku Azizah sejak 1986 hingga kini, berkata walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, beliau tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.
“Keguguran pertama berlaku ketika kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping Baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan Baginda.
“Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan Baginda tidak boleh banyak bergerak, Baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada Baginda supaya boleh dilakukan di katil,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Saerah, yang merupakan satu-satunya daripada ‘the golden girls’ tiga pembantu asal Tunku Azizah yang masih tinggal, menambah perkara itu tidak asing kerana Tunku Azizah sememangnya dikenali sebagai ‘seorang yang aktif’.
Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.
Sementara itu Setiausaha Agung TAFF, Datuk Hamimah Abdul Karim, 69, berkata setakat ini, TAFF sudah ‘melahirkan’ 115 anak yang digelar baginda ‘sebagai cucu Baginda’.
”(Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.
“TAFF adalah bukti sifat empati Tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.
Datuk Hamimah berkongsi cerita lagi bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian Baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.
Menurutnya lagi Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk ‘menggandakan’ aktiviti kebajikan Baginda kepada rakyat.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada bulan Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri:-
Baru-baru ini kita digemparkan dengan musibah yang menimpa pelakon muda, Alif Muhaimin apabila diuji dengan ujian berat rumahnya telah hangus terbakar dijilat api.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana Ibunya sempat diselematkan oleh adiknya, sewaktu api marak itu sedang membakar kediaman mereka.
Perkara berkenaan dikongsikan Alif menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pada hantaran itu Alif berkongsikan momen rumahnya terbakar dijilat api semalam dalam bentuk video dan gambar.
Menurut Alif, ketika kejadian berlaku ibunya sempat menghantar kiriman Whatsapp di dalam group keluarga memaklumkan insiden ngeri itu. Alif dan adiknya bergegas pulang kerumah sejurus menerima berita itu untuk menyelamatkan ibu mereka.
“Adik nekad memanjat pagar depan rumah untuk mencari kunci demi selamatkan ibu, hingga tangannya melecur.
“Alhamdulillah, walaupun rumah terjejas dengan begitu teruk sekali, namun saya bersyukur bahawa ibu berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.
Mengulas insiden malang itu, Alif berkata apa yang lebih menakjubkan selain keselamatan ibunya, adalah frame gambar berisi tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang digantung di bawah alat pendingin hawa (air-cond) rumah itu langsung tidak terjejas.
Ayat Al-Quran di dalam frame itu kekal utuh, langsung tidak terusik samada koyak mahupun terbakar, meskipun air cond rumah mereka cair dan musnah dijilat api.
“Allahuakbar, saya jadi lagi yakin kepada Allah, bila tak ada satu ayat atau surah Al Quran terbakar.
“Tak ada satu pun potongan dan koyak, walaupun gambar kedua boleh nampak aircond cair atas tu. Tapi ayat bawah dia cantik je,” jelasnya.
Malah, Alif turut merasa kagum terhadap kebesaran Allah yang maha esa, berikutan tiada satu pun ayat atau surah Al-quran dalam rumahnya terkoyak susulan musibah yang menimpa itu.
Baru-baru ini, pelakon jelita iaitu Mia Ahmad mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik gambarnya di laman instagram mengenakan busana jubah berwarna coklat sambil bertudung labuh.
Hanya dengan solekan semula jadi, penampilan Mia itu memang membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya rasa tenang bila memandang.
Bukan itu sahaja, malah gambar sebelum ini juga turut menampilkan dirinya bertudung menutupi bahagian dada. Menyedari akan hal itu, ramai peminatnya yang memberikan pujian buat penampilannya yang terkini dan memberikan reaksi positif terhadapnya.
Biarpun sudah jarang muncul di kaca televisyen sejak berkahwin, Mia tetap aktif di laman sosial serta sering berkongsikan rutin hariannya buat pengikut instagramnya.
Sebagai rekod, Mia telah mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi pada tahun 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.