Prihatin dengan mereka yang memerlukan, pelakon dan usahawan berjaya, Syifa Melvin telah membantu salah seorang stokisnya yang kelainan upaya (OKU) untuk mendengar buat pertama kalinya selepas 20 tahun.
Gadis tersebut yang dikenali sebagai Nabila merupakan salah seorang daripada stokis produk kecantikan yang diusahakan Syifa bersama adik beradiknya yang lain iaitu jenama Kekasih.
Luah Syifa di laman Instagramnya, dia turut merasa sebak apabila Nabila sudah dapat mendengar dan memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.
Kalau sifat Maani kita ada 7, dia ada 5 ja.. Tapi dia cemburu dengan kita yang boleh dengar dan bercakap tapi sebenarnya kita yg patut cemburu dengan dia sebab xperlu dengar benda yg tak elok dan cakap benda yg sia-sia..
Harini kami berjaya bawak Nabila pergi buat alat pendengaran yg in sha allah boleh membantu dia utk dapat hidup yg berkualiti..
Ads
Selain itu, Syifa turut memuji usaha Nabila yang selama ini tidak pernah mengalah dalam dunia perniagaan biarpun sifatnya kurang berbanding orang lain.
Sebak teriak tadi bila dia pakai hearing aid tadi,panggil nama dia terus dia respond Allahuuu.. Nabila anak istimewa betul..
Ads
Walaupun kurang pendengaran dan tak boleh bercakap, tapi dia setia bersama kekasih dari January dan Total restock terkumpul RM35K.. Apa alasan kita yg sempurna ni? Tak pernah meminta minta tapi guna segala yg diberi Allah swt utk bantu keluarga,MashaAllah Sayang @kekasih_nabila ❤️❤️❤️❤️
Di samping itu, Syifa juga turut memaklumkan bahawa sudah menjadi niat mereka empat beradik iaitu Syafiqah, Syatilla, Syifa dan Syida untuk membantu mereka yang memerlukan dengan wujudnya ‘Kekasih’ ini. Alhamdulillah, moga terus dimurahkan rezeki mereka adik beradik!
Ads
Memang kami ber4 berazam wujudnya Kekasih ni niat kami adalah utk bantu mereka yg memerlukan.. Bukan ini dari kami,tapi hadiah ni daripada Allah swt kami hanya perantaraan sahaja.. Terima Kasih yang selalu support business kami,Terima Kasih pelanggan setia hampa juga menyumbang kepada pemberian hadiah istimewa ini..
Jadilah manusia yg selalu memberi manfaat walaupun diherdik dihina tetapi takde yang lebih manis bila kita mengetahui bahawa itu juga hadiah dari Allah swt, hadiah xsemestinya dibalut rapi dan cantik ,ia juga di selitkan hikmah yg sgt besar..
Semoga hampa semua diberi peluang utk membantu,percayalah takkan miskin harta bila memberi😘 credit video @khairul_ikhwan96
Hidayah Allah itu datang tanpa diduga dan tidak mengenal sesiapa. Jika Dia telah perkenan untuk memberi hidayahNya, tidak mustahil sesiapa sahaja berhak menerima. Bagi selebriti Eyra Hazali, 23 tahun, keputusannya untuk berhijab memang cukup drastik. Sebaik usai solat Subuh, pelakon drama Puteri Yang Terbuang ini terus sahaja ambil keputusan untuk berhijab.
Namun sebenarnya niat untuk berhijab itu sebenarnya sudah lama, cuma dipendamkan sahaja keinginan. Ini kerana dia tidak begitu yakin dengan diri sendiri apabila berhijab nanti. Walaupun tahu memang wajib bagi setiap wanita itu menutup aurat, tetapi isteri kepada penjaga gol JDT iaitu Haziq Nadzli ini telah membuat persiapan selama setahun sebelum benar-benar ikhlas untuk berhijab.
“Niatnya memang dah lama untuk berhijab tetapi iman kita ini turun naik. Masa itu banyak fikir pasal duniawi. Saya ambil masa setahun buat persiapan sebelum ambil keputusan berhijab. Dalam masa setahun itu saya perbaiki solat, belajar mengaji dan pastikan diri betul-betul bersedia barulah terus berhijab.
“Hidayah itu betul-betul datang pada Eyra pada tahun 2018 bila Eyra tengah shooting drama Mr Grey. Sebelum itu bertangguh dan lama-lama dibiarkan rasa bersalah pula menguasai diri. Waktu itu baru Eyra rasa itu adalah petanda untuk Eyra ‘move’ kepada satu fasa yang lebih baik,” ungkap Eyra memulakan perbualan tengah hari itu.
Menurut Eyra sebaik mengambil keputusan untuk berhijab itu, dia amat beruntung kerana keluarga turut memberi sokongan penuh.
“Pada mulanya mereka memang macam susah nak terima, tetapi lama kelamaan bila lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka yakin dengan keputusan yang diambil. Dalam hal ini abang Eyra paling gembira. Keluarga bukan tak suka tetapi mereka tahu Eyra macam mana.
“Ditambah dengan trend kini di mana ada artis yang buka hijab dan pakai hijab semula. Mereka takut Eyra jadi macam tu. Tapi lama kelamaan bila mereka lihat Eyra serius berhijab, barulah mereka rasa yakin dengan keputusan yang Eyra ambil,” tambahnya yang tidak kisah apa orang kata mengenai dirinya.
“Eyra tahu kalau ada selebriti berhijab pasti kita akan dengar caka-cakap netizen yang akan kata nanti akan kelua produk tudung baru, telekung atau apa-apa sahaja produk yang berkaitan soal membabitkan agama. Tapi bagi Eyra kalau orang lain cerita buruk pasal Eyra memang Eyra tak akan ambil tahu. Mereka tak tahu apa Eyra lalui dan Eyra juga tak tahu apa yang mereka lalui. Apa yang penting keputusan berhijab itu memang dari hati sendiri,” ceritanya yang tidak pernah terfikir untuk malas berhijab.
“Alhamdulillah rasa malas itu tidak ada, tapi kalau malas bersyampu rambut itu memang ada. Ini kerana hari-hari Eyra berhijab sampai ada satu hari Eyra cakap dah lama tak tengok diri sendiri tak pakai tudung. Biasanya lepas balik ke rumah, terus cuci muka kemudian masuk tidur.
“Bagi Eyra untuk yang pertama kali berhijab memang rasa susah sedikit. Seperti yang Eyra cakap, Eyra ambil masa setahun untuk persiapkan diri berhijab. Eyra pastikan diri Eyra ada persediaan secukupnya (bab jaga solat dan mengaji) sebelum ambil keputusan untuk berhijab.
“Cuma keputusan itu agak drastik. Kalau orang lain tunggu minggu depan, tetapi Eyra lepas solat Subuh terus sahaja nak pakai tudung,” jelas Eyra yang memberitahu caranya untuk kekal istiqamah adalah percaya pada diri sendiri, percaya pada Allah dan insya-Allah hidayah itu akan terus kekal dalam diri.
Sebagai insan yang baru berhijab, Eura juga turut menjadikan Mizz Nina, Heliza Helmi dan Aisyah Hijanah sebagai ikon. Menurutnya kerana pendekatan cara dakwah mereka apa berbeza. Sangat cool, tidak memaksa dan sentiasa memberi motivasi yang baik dan berguna kepada follower mereka di laman sosial.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon popular Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal berkata, dirinya tidak risau jika rezekinya ‘sempit’ setelah memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat dahulu.
Jelas Nad lagi, dia mahu mencontohi Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai ‘role model’ terdekat. Malah dirinya yakin bahawa dengan penghijrahan ini, dia mampu berjaya dalam karier lakonan dengan melakonkan pelbagai watak termasuk watak antagonis.
Nad Zainal, 34 menjadikan pelakon, Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai contoh terbaik untuk selebriti bertudung yang terus berjaya dalam karier lakonan dengan pelbagai watak termasuk antagonis atau jahat.
“Pada awal penghijrahan dahulu, saya sebenarnya memang dah lama berhasrat untuk bertudung, cuma saya tidak tahu bila. Ketika itu, saya perlukan masa, berharap di berikan ruang,” katanya.
Mengulas berkenaan mengapa dia memilih Noorkhiriah sebagai contoh, Nad menyatakan bahawa dia amat mengagumi keperibadian dan perwatakkan yang ditunjukkan oleh aktres itu. Tegasnya lagi keperibadian Norkhiriah wajar dicontohi oleh selebriti wanita bertudung lain.
“Lagipun saya yakin walaupun sudah tampil bertudung, namun masih boleh membawakan apa saja watak dalam lakonan.
“Saya juga melihat kak Noorkhiriah sebagai contoh kerana dia tetap berjaya membawakan watak jahat dengan imej bertudung,” katanya.
Sehubungan itu, bertepatan dengan keputusan ini, Nad memohon agar para peminat mendoakan agar dirinya kekal istiqomah dengan penampilan berhijab. Tambahan pula, masih banyak perkara yng perlu dipelajarinya.
“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penghijrahan. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya.
Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismai selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab pada 23 Januari 2023. Hasil perkongsian hidup selama setahun lebih itu diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki.
Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 dan Budi Kalsom, 3 tahun.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.