Pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah mengakui seronok dan menyukainya apabila disapa sebagai ‘Puan’ oleh orang ramai.
Telah selamat bernikah kepada cinta hatinya iaitu Wan Emir Astar pada 3 September lalu, pemilik nama sebenar Nur Amirah Filzah itu telah mendedahkan di laman instagramnya bahawa dia rasa lebih dihargai apabila dipanggil dengan gelaran tersebut.
Puan Amirah. Idk, but somehow I love and appreciate when people greet me as ‘Puan’. I’m used to it, and I love it. 🥰
Ads
Memilih busana kebaya berona merah, ramai yang memuji penampilannya itu yang dikatakan semakin berseri selepas bergelar isteri.
Ads
Ads
Tak pernah tak cantik apabila melihat penampilan Mira Filzah ini. Moga dia terus bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta di samping terus maju dalam kariernya. Amin!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ekoran membintangi drama Imam Instant Ustazah Scammer yang menjadi fenomena baru-baru ini, nama pelakon jelita Qasrina Karim atau Qas Qas semakin melonjak naik meskipun baru berusia 27 tahun.
Mula melakar nama sebagai model tudung sahaja, namun ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’ itulah ungkapan yang tepat untuk menggambarkan perjalanan karier seni miliknya apabila Qas Qas kian melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan.
Pada awal tahun nama Qasrina mulai menjadi bualan hangat dan sorotan netizen apabila membintangi drama Legenda Puteri Qaseh yang berjaya menjadi igauan penonton sekaligus mengumpul peminatnya tersendiri.
Artikel berkaitan:
Lebih membuatkan warganet teruja apabila, Qas Qas bergandingan dengan Mira Filzah dalam drama berjudul Imam Instant Ustazah Scammer, selepas dia yang sering diibaratkan sebagai kembar kepada ibu Wan Khair Amir itu.
Hijabista sempat melakukan pemantauan latar belakang Qas Qas ni, bukan calang-calang orangnya. Si cantik manis ini rupanya mempunyai latar belakang pendidikan Qasrina Karim juga bukan calang-calang. Qas Qas mempunyai segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia! Jadi tak salah juga jika Qas Qas dilabel sebagai ‘Beauty With Brain’ dan mungkin boleh menjadi setaraf dan pelapis kehebatan Mira Filzah di kaca televisyen.
Sekadar info, Qasrina merupakan anak kelahiran Subang Jaya. Beliau tidak hanya mempunyai rupa paras cantik dan bijak namun dia juga memiliki bakat dalam bidang seni diceburinya.
Tahun ini merupakan antara tahun kegemilangan bagi Qasrina apabila namanya mulai meledak dan dikenali ramai hingga paling menjadi tumpuan tidak hanya dikaca televisyen malah di media sosial.
Walaupun ia mengeluarkan bau yang kurang enak, petai tetap menjadi antara ulam-ulaman yang digemari ramai. Selalunya apabila petaui sudah ada di tangan, tentunya sudah terbayang menu sambal udang petai.
Sebenarnya selain dibuat sambal bersama udang, petai juga boleh dijadikan serunding.
BAHAN-BAHAN:
Petai
Ikan bilis
Cili api
Bawang putih
Bawang merah
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMBUAT:
1.Kisar semua bahan di atas dengan minyak masak.
2.Masak di atas kuali. Kacau sehingga ringan dan kekuningan.
3.Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.
Menu serunding petai ini mungkin boleh menjadi menu terbaru dalam senarai hidangan keluarga anda. Selamat mencuba!
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Menurut isteri Allahyarham, Nor Hidayah, Abam demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak kepada Astro Gempak.
Turut terkesan dengan pemergian Allahyarham, aktres terkenal Fasha Sandha juga meluahkan rasa sedihnya dan mengimbau kembali memori dimana Abam sempat masakkan mee kari untuk dua minggu yang lalu disebabkan dia mengidam.
Allahuakbar, Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua. Kak janji, selagi Allah izinkan, selagi kak mampu, kak akan jenguk Hamzah selalu…. Allahuakbar Jom semua followers kesayanganku, Mohon sedekahkan AlFatihah buat insan baik bernama SYED UMAR MOKHTAR ATAU ABAM BOCEY. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin… 😢
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.