Kulit yang sihat dan cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik bukan sahaja hanya fokus dari penjagaan luaran sahaja tetapi juga dalaman. Amalan pemakanan yang sihat sangat membantu kita untuk mendapatkan kulit yang sihat, lembut, lembap dan berseri.

Pengambilan buah-buahan dalam diet harian boleh melembapkan kulit wajah dan mencerahkan kembali kulit wajah yang kusam. Maka sebab itulah kita perlu sentiasa mengamalkan pengambilan buah-buahan dalam diet seharian.

Melalui perkongsian Suzy Honey Herbs di Facebooknya, berikut dikongsikan jus buah-buahan yang sangat sedap dan bagus untuk kesihatan kulit.

BAHAN-BAHAN:
1/2 biji kiwi (dikupas kulit)
1/2 biji epal (dikupas kulit dan dipotong)
1 biji pisang (dipotong)
4 bji strawberi frozen
1 sudu jus lemon
1 sudu chia Seed
1 cawan susu segar

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Kisar semua bahan sehingga hancur. Boleh terus dihidang atau disejukkan dahulu di dalam peti sejuk. Jus ini boleh bertahan selama 2 hari di dalam peti sejuk.

2. Lemon tinggi kandungan vitamin C yang membantu mengimbangi tahap PH kulit untuk menghalang pelbagai masalah kulit serta bertindak mencerahkan kulit.

3. Strawberi boleh mengembalikan tona kulit supaya lebih sekata.

4. Epal juga mengandungi vitamin C yang membantu menghasilkan kolagen yang boleh membantu menghaluskan dan menghidrasi kulit.

IKLAN

5. Pisang yang kaya dengan potassium juga boleh membantu menghidrasi dan melembapkan kulit kering.

6. Manakala kiwi pula mengandungi beberapa khasiat seperti vitamin C, E dan antioksidan yang penting untuk meremajakan sel kulit anda.

7. Chia seed mempunyai asid lemak yang membantu menjaga kulit anda supaya sentiasa terhidrat dan kelihatan halus.

8. Susu pula berperanan untuk menguatkan imun tubuh untuk menghalang serangan penyakit dan menjaga kesihatan usus.

5 Jenis Buah-Buahan Untuk Kulit Cantik dan Sihat

IKLAN

MAKAN 5 JENIS BUAH-BUAHAN INI UNTUK MENDAPATLAN KULIT YANG SIHAT DAN CANTIK

1. Pisang
Sebenarnya pisang kaya dengan vitamin A, Vitamin B dan Vitamin E yang bertindak sebagai agen anti-aging. Anda boleh memilih untuk melakukan facial dengan menggunakan pisang yang dilecek dan ditambah dengan madu untuk mendapatkan kulit yang glowing.Selain itu, pisang juga kaya dengan fiber, mineral, magnesium dan postatium dimana ia membantu pengaliran darah yang baik serta membina imuniti.

 

2. Lemon
Lemon kaya dengan Vitamin C dan ianya mempunyai agen peluntur semulajadi yang baik untuk mencerahkan noda, parut jerawat juga memperbaiki tona kulit. Anda boleh mengamalkan satu gelas air yang ditambah dengan lemon dan madu sebelum sarapan untuk melawan selulit dan menyihatkan kulit dari dalam.

IKLAN

3.Oren
Oren juga kaya dengan Vitamin C dimana ia membantu meningkatkan tekstur kulit dan juga membantu memperlahankan penuaan kulit. Anda boleh menggunakan masker oren 2 kali seminggu untuk mendapatkan kulit yang cerah dan glowing

4. Epal
Epal mempunyai kadar anti-oksidan yang tinggi dimana ia membantu menghalang kerosakan tisu dan bertindak sebagai agent anti-aging. Ia juga membantu mengurangkan kedutan di wajah. Epal boleh dijadikan sebagai hydrating face-mask juga. Caranya anda boleh campurkan jus epal dan madu dan sapukan di muka. Biarkan sehingga kering.

5. Betik
Betik juga merupakan salah satu sumber anti-oksidan. Ia membantu menaggalkan kulit mati Ada dua cara anda boleh gunakan betik untuk bermasker.

 

Cara 1- Sapukan bahagian dalam betik ke muka anda secara perlahan selama seminit untuk mengelupakan kulit mati, membersih dan melembutkan kulit.
Cara 2- Kisar betik bersama 2 sudu madu atau yogourt dan gunakan misture ini sebagai masker anda. Selepas 20 minit bilas muka anda dengan air suam

Sumber kredit: Suzy Honey Herbs dan Marita Skin Solution HQ

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI