Seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi, Fawziya Mohamed tidak menyangka terpilih bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas bilangan jemaah dihadkan berikutan penularan wabak Covid-19.

Kalau sudah tertulis rezeki kita, pasti tidak akan ke mana. Beruntungnya seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi iaitu Fawziya Mohamed apabila terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini selepas jumlah Jemaah terpaksa dihadkan ekoran penularan wabak Covid-19.

Rasa macam tak percaya, itulah yang dirasai olehnya. Menurut Alhijrah Online, wanita berusia 38 tahun itu sukar mempercayai rezeki ‘tiket emas’ yang diterima selepas dihubungi Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

IKLAN

“Ini adalah kali pertama saya akan menunaikan haji. Alhamdillah, saya sangat bersyukur kerana tidak menyangka saya mendapat peluang sekali seumur hidup ini,” katanya  kepada Hajj Media.

Selain itu, beliau turut menganggap peluang menjadi tetamu Allah SWT ini sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 28 Julai ini.

IKLAN

Fawziya sekurang-kurangnya menjadi antara lapan rakyat Malaysia yang terpilih terdiri daripada pelajar serta pekerja di negara berkenaan.

IKLAN

Terdahulu, jumlah jemaah haji pada tahun ini dikurangkan kepada 1,000 jemaah sahaja oleh kerajaan Arab Saudi yang akan bermula pada 29 Julai ini berbanding jutaan jemaah sebelum ini.

Walau bagaimanapun, sumber melaporkan hampir 10,000 individu yang menetap di negara itu akan menyertai ibadah tersebut pada tahun ini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI