‘Babybump’ Ke Tu? Nad Zainal Beri Bayangan Sedang Berbadan Dua!

Share

Isteri dan juga pelakon jelita Nad Zainal, seolah memberi bayangan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua hasil perkongsian hidup bersama suami, pengarah dan juga aktor Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Nad Zainal sendiri menerusi muat naik beberapa keping foto berbusana ceria bertujuan mempromosikan sebuah jenama produk makanan.

“Haa.. Nak Zoom Perut Lah Tu!” – Nad Zainal

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah di dalam gambar yang dimuatnaik berkenaan memaparkan Nad yang seakan-akan hamil apabila bahagian perutnya kelihatan seakan mempunyai ‘baby bump’.

Selain itu, kapsyen foto ringkas yang ditulis Nad juga mengundang pelbagai spekulasi dan rata-rata peminat mendoakan agar aktres jelita itu benar-benar hamil.

Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Netizen telah menghujani hantaran itu dengan mezahirkan ucapan tahniah buat pasangan itu dan mendoakan agar urusan Nad Zainal dipermudahkan Allah S.W.T.

Artikel berkaitan: Ramai Puji Solekan Nad Zainal ‘Naik Seri’ Pengantin – “Sentuhan Alha Alfa Jarang Mengecewakan!”

Untuk rekod, Nad Zainal mengumumkan berita tergempar apabila dia telah bernikah dengan pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari lalu.

Terdahulu Nad Zainal pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, Nad dan Faliq dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim,6, dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

Sumber: Instagram Nad Zainal

Artikel berkaitan: Nad Zainal Kembali Bergelar Isteri, Hampir Seminggu ‘Nikahi’ Ungku Ismail Rakan Selebriti Ucap Tahniah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista Klik di sini.

 

IKLAN