Pada hari Ahad yang lalu, Neelofa telah menerima seorang adik ipar iaitu Aina Syahira,25, apabila dia selamat bernikah dengan adiknya, Mohamed Aqief,26.
Sedondon bersama keluarga mengenakan busana berwarna baby blue, penampilan anggun dan sopan Neelofa,31, juga mencuri tumpuan ramai apatah lagi selepas wajahnya yang memang sudah sedia jelita itu disolek pula oleh jurusolek terkenal, Khir Khalid.
Sebagai seorang kakak, Neelofa semestinya mengharapkan yang terbaik untuk adiknya itu dan mendoakan agar perkahwinan ini dilimpahi rahmat daripada Allah SWT.
Ya Allah, bless their marriage and let it be a means for them to become closer to You in love and devotion. Let it be a source of untold blessings, happiness and joy.
You did your duties by being the best brother ever. It’s time to do your duty as a good husband and the best life partner to your wife. Cherish every moment of this new journey you’re about to take and embrace each other’s imperfections. Wishing you both a lifetime of happiness .
Siapa tidak kenal dengan pelakon cilik Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra disapa Aqish. Kini, keadaan kesihatannya menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di Instagramnya menggunakan hashtag #fightcancer. Aqish sebelum ini dilaporkan menghidap masalah jantung.
“Dia telah menjalani rawatannya petang ini. Alhamdulillah Puteri semakin pulih.”
Status tersebut dipercayai dikongsi oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang mengatakan keadaan anaknya semakin baik.
Norashikin mengesahkan anaknya yang merupakan Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Asian TV itu menghidap kanser namun tidak menyatakan secara terperinci mengenai jenis barah yang menyerang anak kesayangannya itu.
Kami di Hijabista mendoakan agar Aqish cepat sembuh dan dapat terus aktif seperti biasa bagi mewarnai dunia seni tanah air. Ternyata Aqish sangat kuat menghadapi dugaannya ini. Jangan pernah mengalah wahai Aqish!
Ibu dan bapa mana sahaja yang tidak akan gembira melihat anak mereka berjaya memegang segulung ijazah di tangan. Tambahan lagi pula, ia menjadi satu kemenangan buat ibu dan bapa kerana berjaya membesarkan anak yang mereka kasihi.
Baru-baru ini, Rozita Che Wan turut memanjatkan rasa syukurnya apabila anak keduanya, Aniq Ezra, berjaya menamatkan pelajarannya. Ramai juga yang memberikan komen yang positif melalui perkongsiannya itu.
Pelakon dan juga usahawan, Rozita Che Wan, menitipkan rasa syukur apabila anak keduanya, Aniq Ezra, kini telah berjaya menamatkan pelajarannya di Taylor’s University. Lebih mesra di kenali sebagai Che Ta, dia turut menghadiri majlis konvokesyen tersebut baru-baru ini untuk meraikan kejayaan itu.
Menjadi perhatian orang ramai lagi apabila kapsyen melalui perkongsian Che Ta yang begitu manis dan juga bersifat keibuan oleh kerana penggunaan loghat Kedah. Tetapi, titpannya di ruangan kapsyen itu sedikit-sebanyak membuatkan orang ramai terkenang pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan anak yang mereka kasihi.
“Berbaloi lah mak hang berkepak caqi duit nak bayaq fees Taylor’s University…bukan sikit-sikit duit chek oiiii…
“…Tapi syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah swt double degree dalam tangan,
“I hope you will continue working hard to make yourself a completely succesful man.” katanya.
Walaupun kapsyen perkongsian di laman Instagram miliknya itu agak ringkas, tetapi ia cukup membuatkan ramai orang rasa kesyukuran yang dia rasai. Ibu dan bapa mana sahaja yang tidak akan terharu melihat anak mereka berjaya dalam kehidupan mereka.
Meski pun perkongsian Che Ta itu bertuju khas buat kejayaan anak keduanya yang berjaya memiliki double degree, tetapi ramai yang turut kagum dengan fesyen yang di gayakan oleh Che Ta ketika itu. Siapa sahaja tidak tahu Che Ta yang sememangnya sinonim dengan penggayaan fesyen yang sofistikated dan megah!
Apabila melihat gambar posting di Instagram miliknya itu, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita binti Abu Bakar, 49, memadankan tudung bawal dan juga blazer yang berwarna orange neon juga dengan perincian ostrich feather membuatkan lagi gaya fesyennya lain dari yang lain. Juga begitu, Che Ta juga memakai seluar leather berwarna hitam dan juga but bertumit.
Apabila meninjau di ruangan komen, ramai juga yang memuji kecantikan serta gaya fesyen yang di gaya oleh Che Ta ketika itu. Ramai yang berikan komen positif dan juga memberangsangkan.
Gembira melihat ramai yang kini berjaya dan memperoleh kejayaan yang mereka inginkan. Kami dari Hijabista juga turut ingin mengucapkan Aniq Ezra atas kejayaannya memiliki dua ijazah sarjana muda.
Niat untuk berhijrah sudah lama ada tetapi dek kerana tuntutan kerja menyebabkan personaliti ini belum bersedia untuk berhijab. Namun setelah berkahwin, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Apatah lagi ketika itu Intan Liana juga turut mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada rumah tangga juga atas arahan Imamnya ketika itu.
Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dikecapi hanya mampu dilalui selama 5 tahun sahaja kerana takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Walau diduga ujian maha berat, namun Intan Liana reda dan akan terus istiqomah dengan apa yang telah berlaku.
“Sebelum berkahwin saya dulu adalah seorang penari. Selama 9 tahun menjadi penari sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti setelah berumah tangga. Niat sebelum itu memang ada nak berhijab, tetapi kerjaya sebagai penari tidak begitu bersesuaian ketika itu.
“Setelah berkahwin, saya mengambil keputusan berhijab hinggalah sekarang ini. Tiada siapa mendorong berhijab sebaliknya hidayah datang tepat pada waktunya. Sepanjang lima tahun saya berhijab tidak pernah terlintas untuk membukanya. Bahkan saya rasa selesa dan selamat setelah memakainya,” ungkap Intan Liana yang gemarkan fesyen unik sejak dulu lagi. Ramai sudah maklum bahawa dia kini bekerja keras demi menyara kehidupan setelah ditinggalkan suaminya.
“Walaupun diduga saya tidak akan sesekali buka tudung. Biarpun sebelum ini saya memang ada terfikir untuk kerja balik sebagai penari kerana hanya pekerjaan itu yang saya tahu buat. Tetapi bila saya fikir-fikir balik agak susah kerana saya kini sudah berhijab.
“Jadi apabila ada tawaran daripada Datuk Seri Aliff Syukri saya anggap itu rezeki. Bukan itu sahaja, saya juga terikat menjadi model pakaian raya untuk jenama AshhAnnas. Buat masa ini memang saya fokuskan sebagai model muslimah secara sambilan. Saya juga tidak terfikir untuk cari kerja tetap kerana fokus dengan apa yang ada ada depan mata dulu,” tambahnya yang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 3 tahun dan 1 tahun 4 bulan.
Menurut Intan juga anak-anak dan keluarga jadi sumber kekuatannya dalam menghadapi kesukaran yang tidak diduga ini.
“Saya perlu kuat untuk anak-anak. Walaupun kadang-kadang hati saya jadi rapuh dan apabila teringat perkara lalu buat saya menangis. Oleh kerana sebelum ini saya adalah suri rumah tangga, jadi urusan menjaga anak memang terletak pada bahu saya.
“Jadi apabila ada sebarang shooting atau kerja, saya akan bawak anak-anak. Susah untuk tinggalkan mereka, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil kerana masih menyusu badan. Baru saya cuba-cuba untuk beri susu botol. Cuma kadang-kadang ayah dia akan ambil seorang terutama anak yang sulung. Dalam hal ini saya tidak hadkan hubungan antara ayah dan anak,” jelasnya yang tekad untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh demi kelangsungan hidup.
Ditanya persediaan menyambut ramadan tahun ini, Intan memberitahu semuanya sama kecuali kelainan tiada suami di sisi. Kalau dulu menurutnya akan fikirkan untuk sediakan juadah buat suami, tetapi kali ini hanya akan menyambutnya bersama keluarga.
Intan ditemui ketika majlis pelancaran Innersejuk X Lily Petuna di Subang minggu lalu. Kehadirannya walaupun lambat tetapi dia tetap memberikan sepenuh kerjasama dengan pihak penganjur. Innersejuk adalah produk anak tudung keluaran pertama di Malaysia yang menggunakan teknoogi Drichill.
Ditubuhkan sejak tahun 2014 dan keistimewaannya adalah mampu membuang haba berlebihan, menyerap peluh dan cepat kering, tidak mencekik, tidak ketat dan selesa serta tahan lama walaupun dibasuh dan dijemut berulang kali.
Hadir bekerjasama dengan label Lily Petuna dalam satu pertunjukan fesyen dan innersejuk kali ini didatangkan dengan pelbagai warna terang yang menarik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.