Solekan yang tahan lama pastinya menjadi impian kaum Hawa untuk kekal cantik dan menawan sepanjang masa! Namun ramai yang mengalami situasi mengenai solekan yang tidak mampu bertahan lama. Apakah solusinya?

Sumber gambar: emmabauso_photo

Jika solekan anda tiada asas yang sempurna, pasti mudah hilang. Maksud asas sempurna bukanlah semata-mata asas yang tebal dengan berlapis-lapis foundation, tetapi ia bergantung juga pada teknik dan apa yang digunakan. Itu yang penting!

Sumber gambar: Product Nation

Gunakan Primer & Bedak Asas Cecair

Baik untuk asas wajah mahupun asas kelopak mata, penggunaan primer adalah penting untuk memastikan asas wajah dan rona pembayang mata tahan lebih lama. Malah selepas aplikasi primer, lapisinya dengan bedak asas cecair seperti bedak asas kusyen (Cushion Compact) majoriti tekstur bedak asas ini lebih tipis namun litupannya menyeluruh dan kekal lama.

Baca juga: Alamak! Rupanya 5 Pilihan Makanan Ini Menjadikan Wajah Kelihatan Kusam Dan Tidak Berseri!

Kemaskan solekan dengan bedak lut sinar

IKLAN

Penggunaan bedak tabur sememangnya penting bagi melitupi bahagian yang tertinggal kala anda menyapu bedak asas cecair tadi. Tapi cuba gantikan dengan bedak lut sinar fungsinya sama saja malah lebih ringan dan membuat kulit lebih glowing.

Sumber gambar: JOOM

Pemerah pipi cecair

Gunakan pemerah pipi jenis cecair, lebih seronok kalau pemerah pipi jenis ini dapat juga dicalit pada bibir. Malah memberi hasil yang tahan lama dan lebih menyerlah.

Bulu mata kekal lebat dan lentik

IKLAN

Sekadar memakai maskara tidak akan menjadikan bulu mata anda melentik sempurna. Gunakan pelentik bulu mata terlebih dahulu sebelum menggunakan maskara. Percayalah tidak mengambil masa lama pun

Sumber gambar: Good House Keeping

Semburan wajah

Selepas solekan semburkan semburan solekan ini agar wajah tampil lebih segar dan sempurna. Pilih semburan yang mengandungi vitamin dan tidak menyebabkan pori-pori tersumbat.

IKLAN

Oles pewarna bibir bertekstur pusam

Pemakaian pewarna bibir ini memberi kemasan sama seperti gincu cuma ia lebih menyerlah dan tahan lebih lama. Jadi tidak perlulah touch up setiap kali selepas menjamu selera!

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI