Masalah kulit kusam dan hilang seri menyebabkan hilang keyakinan diri. Malah, ia juga menjadikan wajah tidak bermaya. Walaupun pelbagai produk yang kononnya mampu mengembalikan keserian wajah dijual di pasaran, namun faktor penting ialah kesihatan dalaman iaitu pemakanan.

Sumber gambar: Andres

Realiti hari ini, ramai yang mengambil ringan akan soal pemakanan sedangkan ia bukan sahaja menjamin kesihatan tubuh badan, malah juga dari segi keserian wajah. Team Hijabista kongsikan lima jenis makanan yang anda patut elak supaya kulit wajah berseri semula jadi.

Keju Susu Lembu

Sumber gambar: nastya_sens_

Tahukah anda, produk tenusu sebenarnya menjadi punca masalah kulit seperti jerawat? Ini adalah kerana ia mengandungi banyak hormon dari lembu yang mana boleh bertukar menjadi hormon jerawat pada manusia. Jadi, lebih baik jika anda mengelakkan dari mengambil makanan seperti keju susu lembu.

Biskut kering dan sumber karbohidrat

Sumber gambar: Karol D

Pasti ramai yang menyukai makanan ini! Biskut kering dimakan bersama air kopi panas pastinya memberi kesedapan di saat hari hujan! Namun, harus diingat, makan jenis ini ialah makanan yang tidak baik untuk kulit wajah anda! 

IKLAN

Sumber makanan karbohidrat proses kebanyakannya meningkatkan kadar insulin. Ini termasuklah roti, bijirin, pasta, nasi dan makanan serta minuman manis. Makanan karbohidrat proses ini berpecah dengan cepat dan bertukar menjadi gula dan ini sekaligus meningkatkan kandungan insulin dalam tubuh. Pakar mendapati lebih banyak insulin, lebih banyak jerawat akan tumbuh.

Jus

Sumber gambar: Pexelsru

Jus sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan kerana khasiat buah ataupun sayuran diakui dapat mengembalikan kesegaran pada kulit. Namun, jika ia berasa manis, berkemungkinan ia mengandungi terlalu banyak gula. Kebanyakan minuman jus mengandungi lebih dari 50 gram gula. Dan ramai yang terlupa akan kandungan fiber semula jadi yang ada pada buah-buahan yang mana membantu dalam pembuangan insulin. Jadi jika anda boleh kurangkan pengambilan gula, kulit anda akan pasti akan lebih berseri.

IKLAN

Baca juga: Busuknya Bau Kaki! Atasi Masalah Kaki Berbau Dengan 5 Bahan Semula Jadi Ini! Jimat Duit!

Soda

Sumber gambar: Any Lane

Soda mengandungi banyak gula dan bahan kimia lain yang mana kesemuanya menghasilkan masalah radang pada tubuh. Soda tidak hanya meningkatkan tahap insulin, tetapi juga mengganggu bakteria sihat yang ada dalam tubuh kita. Masalah kulit seperti eczema, jerawat dan banyak lagi adalah bukti di mana ketidakseimbangan bakteria gut.

IKLAN

Tuna Tin

Sumber gambar: Cottonbro

Tuna tin selalunya dihasilkan dari sumber ikan ternak dan kekurangan nutrien. Bahkan, tuna juga tinggi kandungan merkuri yang mana boleh menjadi punca kepada keracunan merkuri.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI