Sememangnya ramai gadis yang suka membeli barang tapi tidak menggunakannya. Barang yang dibeli itu mungkin hanya akan dipakai sekali dua dan kemudiannya hanya dibiarkan begitu sahaja. Barang yang pernah disayangi, mungkin yang diberikan oleh orang tersayang dahulu juga masih disimpan walaupun tidak digunakan hingga semak jadinya.
Bagaimana sebenarnya mahu pastikan agar almari kita sentiasa teratur ye? Haaa ini solusinya. Ikuti langkah yang dikongsikan oleh @Tojimato di Twitter ini.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan musibah yang menimpa pelakon muda, Alif Muhaimin apabila diuji dengan ujian berat rumahnya telah hangus terbakar dijilat api.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku kerana Ibunya sempat diselematkan oleh adiknya, sewaktu api marak itu sedang membakar kediaman mereka.
Perkara berkenaan dikongsikan Alif menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, pada hantaran itu Alif berkongsikan momen rumahnya terbakar dijilat api semalam dalam bentuk video dan gambar.
Menurut Alif, ketika kejadian berlaku ibunya sempat menghantar kiriman Whatsapp di dalam group keluarga memaklumkan insiden ngeri itu. Alif dan adiknya bergegas pulang kerumah sejurus menerima berita itu untuk menyelamatkan ibu mereka.
“Adik nekad memanjat pagar depan rumah untuk mencari kunci demi selamatkan ibu, hingga tangannya melecur.
“Alhamdulillah, walaupun rumah terjejas dengan begitu teruk sekali, namun saya bersyukur bahawa ibu berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.
Mengulas insiden malang itu, Alif berkata apa yang lebih menakjubkan selain keselamatan ibunya, adalah frame gambar berisi tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang digantung di bawah alat pendingin hawa (air-cond) rumah itu langsung tidak terjejas.
Ayat Al-Quran di dalam frame itu kekal utuh, langsung tidak terusik samada koyak mahupun terbakar, meskipun air cond rumah mereka cair dan musnah dijilat api.
“Allahuakbar, saya jadi lagi yakin kepada Allah, bila tak ada satu ayat atau surah Al Quran terbakar.
“Tak ada satu pun potongan dan koyak, walaupun gambar kedua boleh nampak aircond cair atas tu. Tapi ayat bawah dia cantik je,” jelasnya.
Malah, Alif turut merasa kagum terhadap kebesaran Allah yang maha esa, berikutan tiada satu pun ayat atau surah Al-quran dalam rumahnya terkoyak susulan musibah yang menimpa itu.
Minggu lepas Siti telah selamat memperkenalkan bayi perempunnya kepada peminat yang memang selama ini tidak sabar untuk melihat wajah si comel ini dengan lebih dekat. Baby “comelpipimerah yang diberi nama Siti Aafiyah ini memang dinanti kehadirannnya sejak 11 tahun lalu. Walaupun penantian itu terlalu lama, namun Siti dan suami sabar menunggu anugerah terindah ini. Ketika ditemui di majlis aqiqah dan taknik minggu lalu, Siti turut memberi pesanan buat mereka yang belum mendapat cahaya mata lagi. Dalam pada itu, penyanyi kesayangan ramai ini juga berhasrat untuk menimang cahaya mata lagi jika diizinkan Allah.
Seperti yang kita maklum perjalan Siti juga begitu sukar sebelum mendapat zuriat tetapi dalam tempoh itu beliau tidak pernah sesekali berputus asa. Malah sentiasa berusaha dan kekal berdoa kepada Tuhan agar dikurniakan zuriat.
“Bagi mereka yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan putus asa. Orang akan kata cakap senang tetapi itulah yang saya rasa dan buat. Saya tak putus asa dan tak putus berdoa.
“Apa yang paling penting sentiasa bersangka baik pada Allah. Setengah orang bila tak diberi rezeki dia mempersoalkan kenapa dia tak dapat dan orang lain dapat. Tapi saya sentiasa cakap dalam diri saya Allah akan beri pada tarikh dan hari yang terbaik.
“Walaupun pergi umrah beberapa kali, doa saya tetap doa yang sama. Saya tahu Allah akan jawab juga satu hari nanti. Alhamdulillah akhirnya Allah jawab juga doa saya. Walaupun 11 tahun menunggu tetapi tetap ada rezeki.
“Kepada yang belum dikurniakan anak itu, saya nasihatkan jangan putus asa dan berusaha dengan pelbagai cara yang ada sama ada tradisional, moden dan sebagainya,” ujar Siti yang tidak menafikan untuk hamil sekali lagi jika diizinkan Tuhan.
Dalam laporan di Harian Metro, Siti turut berkongsi keinginan menambah seorang lagi cahaya mata lelaki bagi melengkapkan perkahwinan dibina bersama suami.
“Kalau ada rezeki, memang mahu anak lelaki. Ini adalah perancangan. Namun, saya belum dapat nasihat doktor. Insya-Allah, saya serahkan kepada Allah.
“Kalau ada, ia rezeki. Andai sebaliknya, saya tetap bersyukur sudah ada seorang zuriat,” katanya.
Untuk pengetahuan, sebelum memperoleh anak, Siti juga pernah mengalami keguguran dan membuat rawatan In Vitro Fertilization (IVF) sebanyak tiga kali sebelum janinnya lekat.
Siti Nurhaliza melahirkan bayinya dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan. Bayi comel ini diberi nama Siti Aafiyah yang dipilih bersempena doa yang diajarkan Nabi Muhammad SAW kepada bapa saudaranya, Al Abbas.
Trend fesyen sentiasa akan berputar dan berulang kembali. Kata orang, ‘What goes around comes around!’ Gaya dan trend yang pada awalnya dianggap moden dan ‘stylish’ akan menjadi lama dan kemudiannya lenyap.
Di saat trend-trend 90an diduga akan lapuk dek zaman, it comes back to life! Sudah pastinya item fesyen yang mengalami perubahan gaya ini akan dihidupkan semula dan menjadi lebih ‘stylish’ dari sebelumnya. Berikut adalah beberapa item fesyen yang dijangka akan membuat ‘comeback’ tahun ini:
Aksesori rambut memainkan peranan penting dalam trend fesyen tahun 90-an. Zaman 90-an dahulu, wanita sering mengenakan cekak rambut tapi jenis yang bergerigi. Menurut Beautynesia, trend cekak kepala akan dihidupkan semula pada tahun ini.
Terdahulu, cekak rambut menjadi sensasi seluruh dunia setelah populariti drama rantaian ‘Gossip Girl’ berada di puncak, apabila watak Blair Waldorf sering mengenakan cekak kepala.
Bezanya, cekak rambut kali ini akan tampil dengan penampilan yang lebih pelbagai, bukan sahaja dari segi warna dan corak tetapi juga materialnya. Lebih besar dan tebal, banyak perhiasan dan berkilau gitu! Gaya ini sesuai untuk wanita yang mahu kelihatan stailo tanpa mahu kelihatan terlalu mencuba atau overdo.
Kalau anda sering menonton VMA tahun 90-an terdahulu, bintang pop seperti Aaliyah, TLC dan Spice Girls sering menggayakan item ini. Kini, seluar kargo mempunyai banyak variasi, ada yang datang dalam seluar pendek, overall dan juga sweatpants. Memang mustahil lah tak ‘in love’ dengan trend pakaian ini!
Seluar kargo menjadi kesukaan ramai kerana mempunyai banyak poket. Jadi, anda tidak perlu risau untuk membawa dompet atau barang-barang lain. Biasalah perempuan, kalau boleh semua nak bawa bersama ya! Selain itu, seluar ni juga nampak bergaya dan selesa dipakai. Kalau hijabi nak cuba gayakan seluar ini, jangan lupa tengok Tiktok(di atas) ok!
Ikon fesyen seperti Whitney Houston, Julia Roberts dan Winona Ryder sudah menggayakan blazer ini pada tahun 90-an, tetapi hari ini blazer bersaiz besar sudah menjadi pakaian harian. Kalau malas nak bergaya, padankan blazer bersaiz besar dengan t-shirt sahaja!
Dalam masa yang sama, ia mudah, tidak terlihat “berlebihan” dan senang untuk dipadankan dengan slip dresses, athleisure jeans and denim klasik. Hijabi juga boleh padankan dengan dress labuh tau! Oversize blazer ini sesuai dipakai dalam acara formal dan juga kasual! Hanya perlu bijak mix and match sahaja.
Aksesori penyepit rambut ini berakar umbi pada tahun 90-an apabila watak Jennifer Aniston dalam sitkom Friends ditayangkan dan ramai mula mengikutinya. Ramai gadis yang memintal rambut dan digulung menggunakan sepit rambut. Lebih 20 tahun kemudian, sepit rambut itu nampaknya membuat kemunculan semula yang tidak dapat dinafikan!
Kendall Jenner dan Bella Hadid sering dilihat menggayakan ‘claw clip’ tersebut. Mereka juga melengkapkan gaya dengan anting-anting gelung emas dan digayakan dengan kaca mata.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.