Mendirikan rumahtangga pada April 2024, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal kini bahagia bersama suami dan seorang cahaya mata lelakinya.

Anjur Majlis Akikah & Kesyukuran Anak Sulung, SYASYA RIZAL Luah Rasa Syukur, Sebak
Kredit Foto: syasya.rzl

Terserlah seri di wajah Syasya sejak bergelar isteri dan ibu kepada Muhammad Yassir Hayyan Nasrullah.

Penampilan Manis & Segar

Baru-baru ini, Syasya ada berkongsi berita gembira di mana dia dan suami mengadakan majlis akikah dan kesyukuran buat anakanda pertamanya itu.

Anjur Majlis Akikah & Kesyukuran Anak Sulung, SYASYA RIZAL Luah Rasa Syukur, Sebak

Syasya membuat satu hantaran di Instagram peribadinya bagi mengkhabarkan berita gembira itu kepada para pengikut dan peminatnya.

Memilih tema warna putih-biru, majlis akikah dan kesyukuran itu berjalan lancar dan penuih ketenangan.

Syasya tampil segar dengan abaya putih polos yang dipadankan dengan selendang rona senada.

Anjur Majlis Akikah & Kesyukuran Anak Sulung, SYASYA RIZAL Luah Rasa Syukur, Sebak

Anjur Majlis Akikah & Kesyukuran Anak Sulung, SYASYA RIZAL Luah Rasa Syukur, Sebak

Ads

Masha-Allah manis sungguh penampilan Syasya, persis anak dara!

Begitu juga suami dan anak tersayangnya yang mengenakan warna senada pada majlis tersebut.

Syasya atau nama penuhnya Norsyasya Afiqah Shahrizal memilih dekorasi ringkas bertemakan kartun Doraemon mencetuskan aura yang sangat cute!

Anjur Majlis Akikah & Kesyukuran Anak Sulung, SYASYA RIZAL Luah Rasa Syukur, Sebak

BACA JUGA: Istiqamah Bertudung & Menutup Aurat SYASYA RIZAL Semakin Cantik, Bahagia Sejak Bergelar Isteri

Luah Rasa Syukur & Sebak

Dalam hantarannya itu, Syasya menzahirkan rasa syukur dan sebak tatkala melihat anak sulungnya kian membesar seiring dengan masa yang berlalu terlalu pantas.

“Majlis Akikah & Kesyukuran anakda pertama kami, Muhammad Yassir Hayyan bin Nasrullah.

Ads

“Alhamdulillah, everything felt so magical and full of love.

“Mama & Bapak masih tak percaya our little boy’s first milestone dah pun berlalu… hati ni penuh dengan rasa syukur dan sebak yang indah.”

Anjur Majlis Akikah & Kesyukuran Anak Sulung, SYASYA RIZAL Luah Rasa Syukur, Sebak

Artis berusia 24 tahun ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir termasuk pihak yang terlibat menjayakan majlis tersebut.

“Thank you from the bottom of our hearts to everyone yang hadir memeriahkan, mendoakan, and to all yang bekerja keras menjayakan majlis ni behind the scenes.

“You made it so special for our Bobot and for us too.”

Ads

Anjur Majlis Akikah & Kesyukuran Anak Sulung, SYASYA RIZAL Luah Rasa Syukur, Sebak

Anjur Majlis Akikah & Kesyukuran Anak Sulung, SYASYA RIZAL Luah Rasa Syukur, Sebak

BACA JUGA: Kongsi Bulan Kelahiran Sama 5 Selebriti Bertudung Popular Ini Punya Sikap Penyayang, Setia & Bercita-Cita Tinggi

Pohon Doa

Syasya turut memohon agar semua mendoakan agar anaknya Yassir membesar menjadi anak yang soleh, penyabar, penyayang serta taat kepada ibu bapa.

Rata-rata para pengikut dan peminatnya meluahkan rasa teruja dengan tema Doraemon pada majlis tersebut.

Mereka turut mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga kecil ini sampai syurga.

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI