Hampir setahun lalu menyaksikan majlis perkahwinan pasangan diraja Tengku Puteri Iman Afzan dan pasangannya Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah yang dilangsungkan penuh beradat dan gilang gemilang. Dan kini Tengku Puteri Iman Afzan sedang menghitung hari menanti detik kelahiran anakanda sulung.
Dalam laporan Harian Metro, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan untuk anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat itu juga turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Ads
Tengku Puteri Iman Afzan yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke Istiadat Melenggang Perut mengikut tradisi Melayu yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Tengku Puteri Iman Afzan tampil cukup anggun dan jelita dengan menyarung persalinan kurung moden serta selendang dari rona senada. Begitu terserlah seri ibu mengandung yang terpancar dari wajah dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
Malah penampilannya yang anggun ini juga turut mendapat pujian ramai netizen dan juga termasuk pelakon dan pengacara popular, Neelofa.
Katanya yang ditemui pemberita, beliau dan suami Tengku Abu Bakar Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
“Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya.
Selepas 11 tahun melayari rumah tangga bahagia bersama, pasangan selebriti iaitu Mizz Nina dan Noh Hujan mengumumkan khabar gembira bersama semua apabila kini mereka sudah ada Musa,3 bulan, yang menjadi sebahagian daripada hidup mereka.
Di laman instagram Nina, dia telah berkongsikan rahsia bahagianya dengan kehadiran Malik dalam kehidupan mereka serta perjalanannya untuk membuat keputusan bagi mengambil anak angkat.
2+1 = 3
Noh, Nina & Musa الحمد لله
Alhamdulilah sudah 3 bulan sejak kehadiran bayi Musa, kami bersyukur kepada Allah atas kurniaan dan pengabulan doa yang indah ini – Saya dengan ini boleh mengatakan bahawa dia adalah mahram saya sekarang الحمد لله ❤️
Perjalanan yang panjang untuk sampai ke tempat kita hari ini, melalui operasi iui, ivf, selama bertahun-tahun, Allah menganugerahkan kita bayi yang manis ini melalui cara lain, dan itu semua sudah pasti. Jika Allah menghendakinya untuk anda, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada sampai kepada anda dan Hanya Dia yang mengetahui masa yang sesuai untuk segala-galanya jatuh ke tempatnya. Segala ujian dan perjuangan adalah bersebab.
Saya masih ingat sewaktu saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka diri dan bersedia untuk usaha ini. Noh memulakan idea untuk kami (sudah tentu dalam Islam nama keluarga bayi itu mestilah bin Abdullah atau nama-nama lain Allah & bukan nama bapa angkat) dan kerana dia menginginkannya, ia membuatkan saya ingin tahu.
Perjalanan kemanusiaan kami juga sangat membantu saya dalam membuat keputusan ini, terdapat banyak bayi dan kanak-kanak di luar sana tanpa seorang atau kedua-dua ibu bapa, tanpa cara atau tempat yang boleh mereka hubungi ke rumah dengan keluarga yang menyayangi mereka.
Membuka hati saya untuk sesuatu perkata yang mengubah hidup ini bukanlah mudah dan saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk melapangkan hati saya dan memberi ruang di dalamnya, untuk saya menghilangkan rasa tidak yakin saya dan percaya kepada-Nya, rancangan-Nya, jalan-Nya , Alhamdulilah, dengan baby Musa, hati, jiwa, minda dan badan saya sedia menerimanya.
Dia adalah anugerah dan ciptaan Allah yang indah, dan merupakan satu keistimewaan bagi kita untuk memilikinya setakat ini. Menjadi ibu bapa baru adalah satu perjalanan roller coaster yang mengagumkan 😍😅 dan kami menyayangi setiap saat Alhamdulilah ❤️
Semoga menjadi cahaya bagi ummat, Semoga Allah melindungi keluarga kecil kita di dunia dan akhirat serta mengizinkan kita termasuk orang-orang yang diredhai-Nya Aamiin 🤲
Ribuan komen positif menghujani selepas Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik hantaran tersebut. Turut menyelitkan ucapan tahniah buat pasangan ini adalah Dato Sri Siti Nurhaliza, Alif Satar dan juga Ummi Nazeera.
Sememangnya ramai yang mengidolakan pasangan suami isteri ini yang sememangnya suka bersederhana dan memberikan aura positif buat semua. Didoakan moga Noh, Nina dan Musa terus bahagia melayari hidup bersama. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menggunakan kanta lengkap sekarang ini bagaikan sudah menjadi trend agar hijabi nampak lebih bergaya tanpa mengenakan kaca mata. Apatah lagi kalau dimomok dengan tawaran hebat dari kedai kaca mata menjadikan kanta lengkap yang murah senang sekali untuk didapati di pasaran. Dari pelbagai warna dan fesyen terkini penggunaan kanta lengkap menjanjikan penampilan yang berbeza.
Tetapi harus diingat kuantiti dan tawaran harga yang hebat tidak menjanjikan keselamatan untuk mata pengguna. Salah pilih boleh merosakkan mata. Ikuti perkongsian dua gadis ini yang begitu menakutkan kerana hampir memudharatkan diri mereka sendiri.
Gadis terbabit yang menggunakan nama Instagram @adlinahanim, menceritakan apa yang berlaku kepadanya setelah menggunakan contact lens sejak berumur 17 tahun. Dia hampir kehilangan nikmat penglihatan yang Tuhan berikan gara-gara memakai kanta lengkap tiruan.
“Saya dah lama nak tulis post ni; jadi gadis-gadis yang pakai contact lens, dengar sini“.
“Saya sudah mula memakai contact lens sejak umur 17 sebab masa tu rabun dah naik dan pakai spek tudung ‘tak jadi’. Bila start pakai
(contact lens) saya rasa seperti ‘yass, saya dapat mata saya balik’. Ia sangat menyelesakan dan eyetastic (fantastik). Jadi saya jarang guna spek mata saya
Menceritakan lebih lanjut, @adlinahanim berkata pada satu hari dia pergi ke pantai dan mendapati penglihatannya kabur. Pada awalnya @adlinahanim hanya menyangka contact lensnya sudah kering tetapi apabila dia membuang contact lens terbabit dan memakai semula spek mata, penglihatannya semakin kabur.
“Power naik ni“, sangka @adlinahanim.
Keesokan harinya, @adlinahanim pergi ke kedai kaca mata dan dia diberitahu power matanya sudah naik dari 300 ke 450. Tetapi dia masih merasa tidak sedap hati kerana matanya terasa seperti dicucuk-cucuk.
Tidak berpuas hati, @adlinahanim pergi ke klinik dan doktor di klinik berkata matanya terkena jangkitan bakteria. Menggunakan ubat titik yang diberikan oleh klinik terbabit, @adlinahanim berkata rasanya seolah-olah matanya terbakar apabila ubat itu dititikkan ke matanya.
Keesokan harinya, @adlinahanim dibawa ke KPJ Ipoh oleh bapanya untuk pemeriksaan mata. Setelah pemeriksaan selesai, doktor berkata kornea matanya terkoyak.
“Doktor cakap kornea mata saya terkoyak & syukur kerana kami pergi berjumpa doktor awal dan tak jadi ulser lagi. Kalau dah jadi ulser, saya mungkin buta.
“Saya merasa takut pada ketika itu. Saya beritahu doktor tersebut saya, SELALU cuci contact lens, tukar setiap bulan dan selalu beli contact lens yang mahal”.
Doktor tersebut kemudian menjawab : “Contact lens lambat laun akan membahayakan mata kamu, cuma tunggu masa sahaja“.
Gadis ini kemudiannya mengakhiri post tersebut dengan menasihati wanita-wanita di luar sana yang memakai contact lens dengan niat untuk kelihatan cantik supaya berhenti.
“Tak berbaloi kehilangan mata untuk tampil cantik kalau esok kamu tak boleh melihat kecantikan itu sendiri“.
Mohon maaf sekiranya status ini menyebabkan ade rase tidak puas ati pada mana2 pihak… Sy xsalahkn lens…sy xsalahkn seller2 yg jual lens.. Sy hnya ckp.. Behati2 pada spe2 yg nk gunakan lens.. Dan sy xckp pun xbole pakai lens… Sy pakai lens da betahun2 dari zaman skola lgi… Mmg sy da jaga lens dan kebersihan sebaik mungkin… tpi kite manusia xpenah lari dri buat silap… Mungkin ade pekara yg sy terlepas pdg masa menggunakn lens.. Mungkin Allah da takdir kn mata sy nk sakit… Spe yg bole elak ketentuan tuhan.. Betul x.. Sy xde niat nk menjatuhkan mana2 pihak optical, seller2 lens yg lain… Sy hanya share ape yg sy alami dn sy share utk kwn2 terdekat sahaje..sy xsangka ramai yg share status ni.. Terima kasih byk2 atas doa2 komen2 positif dri sume yg mendoakan sy.. Semoga Allah dpt membalas jasa kalian semua.. Sy mohon maaf sekali lgi jika ade yg terasa dgn status sy… ????
Beware spe yg pakai lens…. Ni yg aku kne corneal ulcer… Byk luke dlm mataa.. Smpai xbole nk bukak mata… Bile kene cahaya lgi sakit… Smpai tangkap kepala.. Mmg xbole bukak mata langsung.. Sakit die Allah je yg thu…aku mule2 kene die rase mata pedih.. Pastu berair… Then terus jdi teruk.. P jumpe doktor terus… Yg warna hijau tu doktor buh ubat.. Die tukar jdi warna hijau.. Sbb da teruk sgt… Dekat mata hitam pun ade luke.. Tu pling bahaya.. Nasib cpt pegi jumpa doktor.. Kalo x bole buta mata… Sekdar ingatan utk sume.. Hati2 pakai lens.. Aku pkai yg rabun .. Beli kt kedai cermin mata pun bole jdi cmni.. Lgi pulak pakai yg xori tu… Berwaspada… Skrg hampir pulih.. Masih lgi di wad…
Pada mereka yang menggunakan kanta lengkap tegar, harus bijak memilih kualiti kanta lengkap jangan sampai beli barang tiruan. Hijabi harus berhati-hati jangan membeli kanta lengkap yang terlalu murah, berkemungkinan besar ia adalah dari negara China.
Kanta lengkap tiruan, warnanya boleh tertanggal dalam mata. Sebelum memakainya, cuba coletkan kanta lengkap dengan menggunakan cotton butt yang telah dibasahkan dengan air pencuci kanta lengkap untuk menguji sama ada ia selamat dipakai atau tidak. Sekiranya warna tanggal dari kanta lengkap seperti dalam gambar ini, bermakna ia tidak selamat untuk digunakan.
Perkongsian gadis ini bukan sekadar berkongsi pengalaman mereka tetapi memberi amaran kepada hijabi di luar sana agar berhati-hati dengan penggunaan kanta lengkap.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selepas Haqiem Rusli, ramai lagi selebriti lain yang turut mendedahkan berdepan masalah kemurungan. Salah seorang adalah pelakon jelita Hanez Suraya yang pernah mengalami kebimbangan melampau (anxiety) selepas melahirkan anak pertama tiga tahun lalu. Sebaik melahirkan, perlahan-lahan tahap kebimbangan terhadap sesuatu perkara makin kronik. Namun tidak terus duduk diam, Hanez segera merawatnya dan salah satu dengan menyertai kelas agama anjuran Mental Illness Awareness & Support Association (Miasa) Malaysia.
“Saya mula dapat tahu adanya masalah ini (anxiety) apabila berkongsi keresahan di laman instagram di instastory.
“Tak sangka pulak lepas kongsi ramai yang mesej dan mengatakan saya mengalami turut atau pernah alami anxiety. Saya tidak keseorangan dan ada yang berikan tip serta kongsi pengalaman.
“Kemudian saya mula banyakkan pembacaan mengenai permasalahan tersebut termasuklah berhubung dengan organisasi berwajib iaitu Miasa.
“Saya kemudiannya menyertai kelas anjuran Miasa dan saya dapati segalanya semakin beransur pulih. Kelas berkenaan saya didedahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti mengaji serta tazkirah bersama-sama golongan berfikiran positif,” ujarnya ketika ditemuinya di majlis pelancaran ubat Gigi Aurawhite semalam.
Bercerita pengalamannya berdepan masalah ini, Hanez berkata sampai satu tahap dia berasa paranoid untuk lakukan macam-macam perkara.
“Misalnya saya takut nak makan ayam. Lebih Teruk sebelum makan saya sempat ‘google’ kandungan dalam majaban kerana was-was dan bimbang andai ia boleh berikan mudarat kepada badan. Ketika itulah berat badan saya turun mendadak.
“Malah kalau ada rakan media yang bertemu saya pada fasa tersebut, saya kurus sebab itulah. Malah isu berat badan yang mulai timbul saya juga sudah rasa tidak senang untuk keluar rumah. Nak memandu pun takut,” katanya kepada Media Hiburan.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.