Memang manis sekali anak gadis Norman Hakim dan dan Abby Abadi. Marissa Dania Hakim yang akan menjengah usia 13 tahun menjelang bulan 7 nanti. Melihat perkongsian gambar yang selalu dimuat turun ibunya Abby Abadi memperlihatkan sisi kematangan Marissa walaupu usianya baru 12 tahun. Dia adalah pelajar di sebuah sekolah tahfiz di Negeri Sembilan dan baru-baru ini mengikut Abby ke Turki untuk menghantar abang sulungnya, Mohamed Danish Hakim bagi menyambung pengajian di sana.
Ramai netizen memuji kecantikan anak gadis Abby ini yang tetap cantik walaupun mengenakan hijab labuh dan ada kalanya berjubah longgar. Senyuman yang terpancar pada wajahnya menyerlahkan sifat kelembutan sebagai seorang Muslimah sejati.
Walaupun usianya masih muda, tetapi Marrisa dilihat begitu bersemangat dalam setiap perkara dilakukan. Malah dalam setiap posting di laman instagram juga turut diberi caption yang begitu memotivasikan diri.
marissadania_never give up because great things take time
marissadania sometimes something hard make you learn how to live
Untungnya hijabi muda ini yang begitu bersemangat dan bercita-cita mencapai apa yang diimpikan tanpa mengenepikan soal akhirat. Malah ajaran diberikan kedua ibu bapanya yang telah mendidik untuk melahirkan dirinya sebagai generasi berilmu dan berwawasan.
Dalam hal ini Abby juga tidak membezakan kasih sayang antara ketiga-tiga anaknya yang dipanggil ‘kesayangan dunia akhirat’. Malah dia turut membawa sekali anak-anaknya bercuti ke Istanbul sambil mengambil kesempatan bermain salji.
Pelakon, pengacara, model dan duta produk, asal kelahiran Ampang, Kuala Lumpur Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi atau lebih dikenali sebagai Eyka Farhana bukanlah nama asing dalam industri hibuan tanah air.
Sering tampil cantik menawan dengan solekan on point. Eyka Farhana rajin berkongsi tip bersolek dan bagaimana untuk sentiasa tampil ‘on point’ di depan kamera untuk para peminatnya.
Malah, dek kerana kekerapan beliau mempamerkan tatarias, solekan dan gaya yang penuh versatil serta ‘up-to-date’ di laman sosial miliknya, membuatkan Eyka sering menjadi sorotan jenama-jenama kosmetik terkemuka dalam dan luar negara yang mahukanya sebagai duta, model mahupun jurucakap bagi jenama dan produk mereka.
Terbaharu, Eyka telah diangkat sebagai sebagai salah seorang model yang mewakili jenama kosmetik tersohor L’oreal Paris untuk berjalan diatas pentas peragaan pada sebuah majlis gala fesyen terkemuka saban tahun iaitu Kuala Lumpur Fashion Week 2024 (KLFW 2024).
Buat julung kalinya, Eyka Farhana telah tampil buat kali pertama berkongsi pentas runaway bersama para wanita dari Malaysia dan Singapura yang penuh inspirasi sebagai wajah bagi ‘Women Of Worth’ tahun ini.
Lebih menarik lagi, wanita yang mengagumkan ini hadir dari pelbagai latar belakang, mencerminkan kekuatan, kecantikan, dan pengalaman-pengalaman unik yang mendefinisikan jati diri mereka termasuk Eyka Farhana.
Malah, Eyka Farhana merupakan antara pelakon muda yang sering tampil cantik dan mempesona tanpa sebarang solekan. Biarpun dilihat sentiasa sibuk dengan rutin harian melakukan pelbagai aktiviti, namun pelakon ini sangat menjaga kecantikan wajah.
Apatah lagi dalam usia masih muda, Eyka Farhana begitu prihatin dan sentiasa memastikan kulit wajah dijaga sempurna. Dia juga tidak lokek berkongsi rutin harian penjagaan wajah di laman TikToknya.
Dalam perkongsian itu, dia menyapukan beberapa produk pada wajah yang dimulakan dengan pelembap muka, krim mata serta krim pelindung matahari.
Ternyata pemakaian pelembap muka, krim mata dan pelindung matahari yang berterusan menyebabkan kulit kita dijaga dengan sebaiknya.
Kita sedia maklum fadhilat membaca Surah al-Mulk pada setiap malam dan Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. Persoalannya, bolehkah sesiapa yang hanya mendengar bacaan surah-surah ini mendapat fadhilat daripada surah-surah ini.
Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam dan Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.
Antara hadis-hadis berkenaan adalah seperti berikut:
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur. (Hadis riwayat al-Tirmidzi : 2890)
Dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq. (Sunan Ad-Darimi: 3273)
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadith riwayat Muslim: 1342)
Sesungguhnya al-Quran memberi manfaat kepada orang yang membaca dan mendengarnya. Justeru itu, Allah SWT memerintahkan orang yang beriman untuk mendengar al-Quran dengan baik apabila ia dibacakan.
Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)
Rasulullah SAW sendiri meminta para Sahabat RA supaya memperdengarkan al-Quran al-Karim kepada Baginda SAW. Dalam satu hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW meminta Abdullah Ibn Mas’ud RA membacakan al-Quran:
Maksudnya: (Rasulullah SAW bersabda): “Bacakanlah kepadaku al-Quran”. Aku (Abdullah Ibn Mas’ud RA) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, aku membacakan al-Quran kepada kamu padahal al-Quran diturunkan kepada kamu?” Jawab Nabi SAW, “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya dari bacaan orang lain.” Kemudian aku membaca Surah al-Nisa sehingga ayat 41 dan Baginda SAW bersabda: “Cukuplah untuk sekarang.” Lalu aku berpaling kepada Baginda SAW dan aku mendapati kedua-dua mata Baginda SAW bercucuran air mata . (Hadis riwayat al-Bukhari: 4583)
Orang yang mendengar al-Quran juga mendapat pahala jika disertai dengan adab-adabnya dan menghayati bacaan al-Quran tersebut. Walaubagaimanapun, pahala orang yang mendengar al-Quran tidak sama dengan orang yang membacanya. Ini kerana orang yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang lebih besar dan fadhilat daripada bacaannya tersebut. Daripada Abdullah Ibn Mas`ud RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka untuknya satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf. (Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Justeru, mencemburui dan iri hati terhadap orang yang dapat membaca al-Quran adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh Allah SWT dalam hal al-Quran, lalu ia membacanya pada waktu malam dan waktu siang. Juga seorang yang dikurniakan Allah SWT akan harta lalu ia menginfaqkannya pada waktu malam dan siang. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
KESIMPULANNYA:
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, dapat disimpulkan bahawa fadhilat membaca sesuatu ayat atau surah dalam al-Quran tidak didapati dengan hanya mendengarnya sahaja.
Oleh itu, adalah lebih baik orang yang mendengar turut mengikuti bacaan dengan menyebut ayat-ayat yang didengarnya walaupun tidak menghafal dan tidak melihat kepada mushaf al-Quran. Dalam situasi ini, maka orang yang mendengarnya pun turut mendapat pahala yang sama dan fadhilatnya. Semoga Allah SWT sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk terus melaksanakan amal soleh dan ketaatan kepada-Nya.
Personaliti media sosial, Maryam Younarae yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial ‘Durian Kimchi’, Ryzal Ibrahim berniat untuk terus mempraktikkan pemakaian khimar di Malaysia seperti mana yang menjadi persalinan kebiasaan kebanyakan wanita di negara Timur Tengah.
Menurut Maryam, pemakaian khimar ini boleh memberikan keselesaan buat para wanita melakukan aktiviti harian dan pada masa sama memudahkan urusan ketika solat.
Katanya lagi, penggunaan kualiti kain daripada Korea Selatan juga nyata memberikan keselesaan buat si pemakai.
“Saya buat khimar ini untuk kegunaan seharian atau ketika berjalan-jalan. Boleh juga digunakan sewaktu solat.
“Memakai telekung untuk aktiviti harian mungkin agak tak sesuai kerana ia labuh dan kainnya tebal, tapi khimar ini sangat selesa.
“Bagi orang yang tak tahu mengenai khimar terutamanya ahli keluarga dan rakan-rakan saya, mereka tertanya-tanya saya tak panas ke? Selesa ke?
“Jadi, saya mahu mereka cuba sendiri. Oleh itu, saya sudah merancang untuk mewakafkan khimar ini di masjid-masjid di Malaysia dan Korea Selatan,” katanya.
Maryam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran Khimar MaryamNarae by Maryam You Narae bertempat di Lola by SeraiGroup KLGCC.
Bagaimanapun, pelakon filem Mat Tudung Begins ini akui agak terkilan apabila pemakaian khimar masih belum boleh diterima ramai lebih-lebih lagi di negara kelahirannya, Korea Selatan.
“Pada Oktober lalu, saya balik ke Korea. Saya ada berkongsi video memakai khimar ketika ke pasar. Video tersebut telah viral dan menerima 12 juta tontonan.
“Orang-orang di Korea melihat saya dalam keadan pelik. Sebagai manusia, saya juga ada perasaan takut dan tertanya-tanya apa yang mereka fikirkan.
“Buat pertama kalinya, saya mengeluh kepada Allah. Kalau nak saya memeluk Islam, kenapa lahirkan saya sebagai orang Korea dan bukannya orang Malaysia? Kenapa beri saya situasi susah?,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, hal tersebut tidak sesekali melunturkan semangatya untuk berkongsi tentang keindahan Islam.
“Kemudian saya dapat jawapan. Kerana saya orang Korea Selatan dan seorang muslim, jadi, lebih mudah untuk saya mendekati mereka dan berkongsi tentang Islam.
“Saya akan terus tunjukkan perkara yang baik-baik. Sama seperti suami saya, Ryzal. Ketika dia membawa saya memeluk Islam, dia tak pernah paksa saya buat itu ini tapi dia menunjukkan contoh.
“Bila sudah terbiasa, saya pula ada keinginan untuk belajar sendiri. Setiap perkara yang berlaku ada prosesnya. Kita tak boleh terus berubah 360 darjah,” ulasnya lagi.
Pada masa sama, Maryam turut memaklumkan dia memulakan bisnes pakaian muslimah ini sebagai tanda untuk menghargai nikmat rezeki yang telah dikurniakan Allah.
“Ramai tahu saya peroleh rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT. Ada orang bila dapat rezeki, mereka hanya berterima kasih tapi tak buat apa-apa.
“Bila dapat rezeki, kita kena memanfaatkan pemberian itu. Allah nak kita memanjangkannya untuk perkara yang baik. Ini cara saya saya memanfaatkan rezeki,” akhirinya.
Untuk rekod, Maryam You Narae merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan sebelum berkahwin dengan pempengaruh media sosial asal Malaysia, Nik Muhammad Rizal dan popular dengan Youtube ‘Durian Kimchi’, Maryam hanyalah seorang wanita biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.