
Masalah pencemaran kekotoran atau tersalah pakai produk boleh menyebabkan terjadinya masalah kulit. Jika tidak diatasi akan menyebabkan ia menjadi lebih serius. Jadi jangan pandang ringan perkara ini. Perlu diingatkan jika ada mengalaminya jangan sesekali mencuba menggunakan produk yang tengah viral sebaliknya terus sahaja je klinik kesihatan atau rujuk pada hospital. Dan jika ada duit boleh juga terus dapatkan rawatan di dermatologist.
Perkongsian gadis ini Liyana Faiqah di twitter yang mengalami masalah breakout dan mendapatkan rawatan hanya di klinik kesihatan dengan bayar hanya RM1. Daripada teruk, akhirnya kulit wajah beliau jadi elok seperti sedia kala.
Mendapatkan rawatan hanya di klinik kesihatan dengan bayaran RM1.
Asalnya muka naik jerawat kerana resdung. Kemudian pergi rawatan biasa di Klinik Kesihatan untuk hilangkan jerawat tapi masih tiada perubahan. Terus dapat surat rujuk ke hospital.
Terus rujuk pada klinik dermatologi. Disuruh pantang bab makanan. Dan habiskan ubat yang diberi selama 6 bulan sebelum janji temu seterusnya.
Lepas 7 bulan terlepas janji temu dengan doktor. Akibatnya wajah jadi breakout semula lepas ambil ubat kampung kerana masalah resdung.
Ini yang doktor bagi untuk ubati masalah breakout.
Sebab boleh terlepas janji temu jumpa doktor kerana sibuk dengan kerja. Nasib diterima balik dan terus kena rujuk ‘klinik plastik’.
Bila jumpa ‘pakar plastik’, dia tanya penggunaan sunblock.
Buat rawatan ice box. Sakitnya sampai keluar air mata.
Juga buat rawatan laser. Mujur tak sakit sangat. Doktor bagi sunblock dan cmc ointment.
Inilah kos sebenar dalam tempoh tiga tahun sebelum wajah pulih dari masalah breakout. Total hanya RM84.
Rawatan ice box untuk kawasan parut berluang. Perubahan boleh nampak dalam masa 6 bulan.
Rawatan laser pula untuk parut jerawat yang lama, degil ataupun hitam dan merah. Perubahan boleh nampak dalam masa 3 minggu.
Semua rawatan dilakukan hanya di hospital kerajaan.
Ramadan 2023: Dua Destinasi Ini, Perlu Ada Dalam ‘Wishlist’ Untuk Pengalaman Iftar Yang Luar Biasa!

Kurang seminggu lagi, bulan Ramadan Al-Mubarak akan membuka tirainya! Bermakna hijabi semua dah boleh merancang untuk berbuka puasa di mana, sepanjang bulan puasa ni!
Tak mungkin selama sebulan hanya iftar di rumah sahaja kan? Tambahan pula, masa berbuka puasa ni lah waktu yang amat tepat untuk kita mengeratkan ukwaah sesama ahli keluarga, rakan taulan, jiran dan juga pasangan.
Jadi sementara masih ada masa lagi, apa kata Hijabi sediakan Wishlist Iftar untuk Ramadan tahun ini, tapi dua destinasi ni ‘wajib’ ada dalam senarai tau, sebab dua destinasi pilihan Hijabista ini, menawarkan juadah iftar yang amat berbaloi dengan tawaran harga berpatutan.
Confirm Tak Menyesal ‘Iftar’ Di Dua Lokasi Ini Pada Ramadan Nanti!
- Ormond Hotel – Chow Kit
Bermula pada 23 Mac sehingga 21 April nanti, Ormond Hotel yang terleak di Chow Kit bakal menjamu ‘taste buds’ Hijabi dengan juadah berbuka puasa bertemakan ‘Citarasa Malaya’, lebih menarik lagi ia menawarkan variasi hidangan serantau yang popular dan kaya dengan budaya nusantara Malaysia.
Antara hidangan yang bakal membuatkan anda kecur air liur adalah, Nasi Ulam atau Nasi Minyak yang dihidangkan dengan lauk pauk yang cukup membuka selera yang terkenal di negeri-negeri sekitar Malaysia seperti Udang Sambal Petai Berlada yang terkenal di Kedah dan Ikan Bakar panggang ala Johor yang diperap menggunakan ramuan istimewa turun temurun.
Selain itu, terdapat juga Gulai daging kentang dan kerisik yang berasal dari Terengganu, serta ayam Percik Madu bersalut kelapa dan kunyit dari Kelantan. Tidak dilupakan juga pelbagai jenis ulam-ulaman bersama sambal belacan sebagai pelengkap hidangan.
Usai menjamu hidangan utama, jika masih lapar, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan sampingan seperti satay ayam, cucur udang, Sup Gear Box Kambing, Roti Bakar ataupun Laksa Johor!
Setelah puas bersantap, boleh lah sis nikmati pemanis mulut pula yang terdiri daripada pelbagai kuih muih tradisional melayu (Seri Muka, Gula Melaka Indulgence and Corn Custard Pudding) atau nikmati dua pencuci mulut terbaik Malaysia iaitu Bubur Pulut Hitam dan Sago Gula Melaka dan basahkan tekak dengan air Milo atau Teh Tarik panas.
Banyak betul juadah yang menyelerakan, tentu harganya mahal! Jangan risau, harga yang ditawarkan untuk anda nikmati Bufet ‘Citarasa Malaya’ ini amat mampu milik dimana untuk tiga orang, hanyalah bernilai RM420++ sahaja!
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan promosi bufet pada bulan Ramadan nanti dan ingin membuat sebarang tempahan, boleh layari laman sesawang thechowkit.com/eat-drink atau hubungi +603 2778 6688 untuk sebarang pertanyaan.
- MAKAN @Tune Hotels KLIA-KLIA2
Bagi Hijabi yang gemarkan makanan kampung sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan nanti, Tune Hotel KLIA-KLIA2 adalah tempat yang WAJIB dituju, kerana MAKAN@Tune Hotel menawarkan bufet Ramadan bertemakan ‘Selera Kampung’.
Hijabista difahamkan bufet ‘Selera Kampung’ ini akan mula menjamu orang ramai bermula 27 Mac ini hingga 16 April nanti.
Antara juadah dan tarikan menarik yang bakal menjadi menu hidangan bufet ini semestinya hidangan utama iaitu Nasi Beriyani, Nasi Arab dan Nasi Putih, Sup Ayam Berempah, Ikan Bakar Daun Pisang, Gulai Kawah, Asam Pedas Tenggiri, variasi pelbagai jenis ulam-ulaman segar yang lengkap dengan sambal belacan, sambal tempoyak, budu dan bermacam lagi yang pasti membuatkan anda rambang mata memilih!
Hidangan sampingan pula terdiri daripada Sate Ayam yang dibakar panas-panas dan Roti John yang dimasak secara terus dihadapan tetamu. Manakala, sebagai pencuci mulut terdapat pelbagai jenis kuih muih tradisional, Buah-buahan segar, variasi kek dan juga puding untuk dinikmati.
Artikel berkaitan: Ramadan Bakal Tiba, Ini Antara Lokasi Iftar Sesuai ‘Citarasa’ Hijabi, Pilihan Hijabista!
Hijabis juga boleh membasahkan tekak anda dengan menikmati ais Cendol atau Air Batu Campur yang disediakan dengan pelabagai jenis ‘toppings’.
Harga bagi bufet ‘Selera Kampung’ ini adalah seperti berikut:
Dewasa – RM98++ (seorang)
Kanak-kanak (6-12 tahun) – RM48++ (seorang)
Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun – Percuma
Lebih menarik lagi sekarang sedang berjalan promosi harga ‘Early Birds’ yang menawarkan harga lebih rendah, jika anda membuat tempahan sebelum 26 Mac ini, iaitu hanya RM88++ bagi seorang individu dewasa.
Anda juga dapat menikmati dikaun tambahan sebanyak 10 peratus sekiranya menempah secara berkumpulan sekurang-kuranya 10 orang dewasa atau lebih.
Jika hijabi berminat untuk membuat tempahan dan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-87871726 atau emailkan pertanyaan anda di makanminum.klia2@tunehotels.com
Artikel berkaitan: Bersenam Secara Selamat Di Bulan Ramadan, Pakar Syorkan Lakukan Rutin Ini Terbukti Berkesan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tahniah! Sari Yanti Selamat Timang Anak Ketiga Lepas 8 Tahun & Pernah Alami Keguguran Sebelum Ini

Setelah lapan tahun menanti, akhirnya pelakon kecil molek Sari Yanti selamat melahirkan anak ketiganya semalam. Isteri kesayangan pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Jep Sepahtu ini melahirkan bayi mereka di sebuah pusat perubatan.
A post shared by SINAR (@sinar_my) on
Dalam satu kenyataan dalam instagram Sinar FM, pasangan ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan segala urusan kelahiran baby ini dipermudahkan.
Apa yang menariknya juga, kelahiran anak sulung mereka ini adalah bersamaan dengan tarikh lahir teman Jep, Rahim.
Pasangan ini berkahwin 25 Febuari lalu dan sebelum ini Sari Yanti dalam temubual bersama Nona memberitahu dia pernah mengalami keguguran lantaran mengandung luar rahim.
Ketika itu di awal perkahwinan dia asyik masuk hospital disebabkan turun darah. Selepas dibuat pemeriksaan, doktor mendapati Sari Yanti mengandung luar rahim. Kandungan luar rahimnya ketika itu kecil tetapi membesar dalam tiub fallopian sehingga menyebabkan tiub fallopian berkenaan pecah.
Sari Yanti terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopian berkenaan. Dia sebenarnya tidak menyangka akan hamil semula kerana tiub fallopian tinggal satu sahaja. Namun akhirnya dia disahkan mengandung dan Sari Yanti bersyukur dengan pemberian rezeki dari Allah SWT.
Sari Yanti sebelum ini sudah mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu. Hijabista ucapkan tahniah atas kelhiran ini dan semoga ibu dan anak berada dalam keadaan sihat hendaknya.
Artikel Berkaitan: Kisah Hijrah Sari Yanti Lepas Kahwin
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SARI YANTI & SINAR FM
Tak Perlu Hantar Kedai, Hanya Guna Satu Bahan Je! Confirm Barang Kemas ‘Bling-Bling’ Raya Nanti

Lebih kurang dua minggu lagi, Syawal bakal menjelang tiba. Pastinya ramai diantara kita yang teruja dan tak sabar mahu meraikan syawal tahun ini dan melakukan pelbagai persiapan.
Selain persiapan juadah makanan, dan pakaian. Bagi kaum hawa, perhiasan seperti barang kemas juga tidak dilupakan. Pastinya ramai dikalangan hijabi yang mahu meraikan hari Raya dengan memakai perhiasan seperti rantai, gelang dan cincin emas di Aidilfitri nanti kan?
Runsing Memikirkan Barang Kemas Kusam Dan Pudar Menjelang Aidilfitri?
Apa runsing memikirkan perhiasan emas dah mula kusam, pudar warnanya dan hilang seri? Alamak! Tak syok lah nak raya macam ni kan. Jangan risau sis, ada cara paling mudah untuk kembalikan ‘seri’ barang kemas anda tu dengan sekelip mata je! Cara melalukanya pun teramat mudah.
Di sini Hijabista kongsikan ‘Rahsia’ dari seorang pekerja yang pernah berkhidmat di kedai emas selama 13 tahun!
Apa yang anda perlukan adalah satu bahan yang berada di rumah sahaja, dan poof! Biarkan magis berlaku, kerana barang kemas anda pastinya kembali berkilau seperti baharu!
Teknik mudah mencuci barang kemas ini dikongsikan oleh Bunga Yanie menerusi hantaran Facebook miliknya. Menurutnya kaedah mencuci barang kemas secara DIY ini amat mudah.
Lebih menarik lagi, ianya dapat menjimatkan masa, tenaga serta kos kerana sudah tentu mahal jika anda perlu mencuci barang kemas di kedai, berbanding menyucinya sendiri di rumah.
“Sis bongkar pengalaman 13 tahun kerja kedai emas. Lepas ni tak perlu susah-susah pergi kedai emas cuci kena caj.
“Cara betul cuci emas 750, 916, 999. Jangan risau emas korang tak akan lebur. Emas Korea jangan sesekali tiru ya. Tak payah bazir duit hantar cuci di kedai emas sebab inilah cara mereka cuci emas,” kongsinya di Facebook.
Haa.. mesti dah tak sabar nak tahu apakah bahan ‘rahsia’ yang mampu mengembalikan seri barang kemas tu seperti sediakala, macam baru beli di kedai kan? Ini cara-caranya.
Bahan-bahan
1. Pencuci Pinggan Jenama Joy atau Glo
2. Air Paip
3. Periuk
4. Berus Gigi
Langkah-Langkahnya
1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah, sediakan cecair pencuci pinggan jenama Joy atau Glo dan tuangkan ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya untuk tenggelamkan barang-barang kemas tersebut.
2. Langkah kedua, masukkan barang kemas yang ingin dicuci ke dalam air sabun tadi dan letakkan periuk di atas dapur gas kemudian buka api.
Artikel berkaitan: Nak Barang Kemas Kekal Berkilat Seperti Baru? Ikuti Tip Yang Dikongsi Tauke Emas Ini
3. Seterusnya, kacau barang kemas dalam rendaman air sabun tadi sehingga air mendidih dan kemudian akan kelihatan kotoran-kotoran yang melekat pada barang kemas menjadi terapung. Kemudian, boleh tutup api dan tapis barang kemas tersebut.
4. Langkah keempat, masukkan barang kemas yang telah di tapis tadi ke dalam besen berisi air bersih dan mulakan proses menyental barang kemas menggunakan berus gigi agar segala kotoran dapat dikeluarkan dengan jayanya. Apabila selesai bilas barang kemas hingga bersih.
5. Langkah kelima, bileh keringkan barang kemas itu dengan menggunakan kain atau pengering rambut. Siap! Dan anda boleh lihat betapa berkilaunya barang kemas anda untuk dipakai semula pada hari Raya nanti
Mudah betul kan. Tak perlu lagi membazir masa dan wang mengupah kedai untuk membersihkan barang kemas anda. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Bunga Yanie
Artikel berkaitan: Bersinar Macam Baru Beli, Ini Cara Nak Cuci Barang Kemas Lama Jadi ‘Merelit’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.