Photo by Lisa from Pexels Photo by Shiny Diamond from Pexels

Pengambilan vitamin C amat penting untuk kecantikan kulit. Mungkin ramai yang terlepas pandang bahawa asas penjagaan kulit bermula daripada pemakanan. Makanan yang dimakan juga menjadi faktor kecantikan kulit seseorang individu.

Selain itu penjagaan luaran juga penting namun kita harus pastikan produk yang digunakan bebas bahan terlarang untuk mengelakkan mudarat. Pendek kata untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, bukan sahaja memerlukan kita menjaga dari segi luaran semata-mata tetapi juga dalaman.

Melalui entri Zita Ismail, dia berkongsi kesan pengambilan Vitamin C dalam kehidupan harian.

Vitamin C sangat diperlukan untuk tubuh badan kita. Bahkan ia mampu membuatkan kulit anda cantik dan awet muda. Ia boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Kedua-duanya adalah sumber terbaik vitamin C.

IKLAN

Antara kebaikan pengambilan vitamin C:

MEMBANTU MENGHINDARI JANGKITAN KUMAN
Vitamin C amat penting untuk membina sistem imunisasi yang kuat lagi kebal. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan anda tidak mudah diserang jangkitan kuman.

MENGHASILKAN KULIT YANG BERSERI
Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ia menjadi idaman buat ramai wanita pada masa kini.

IKLAN

PENGHASILAN KOLAGEN
Vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Justeru itu, anda dinasihatkan untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat dinikmati secara berterusan.

MEMBANTU MENGATASI KEKURANGAN VITAMIN C DALAM BADAN
Ramai mengalami kekurangan vitamin C dalam badan lantaran kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi menangani masalah ini, anda disarankan mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen untuk menikmati kesan dengan lebih cepat.

IKLAN

Jika anda belum lagi mengamalkan pengambilan vitamin C dalam diet harian, bolehlah memulakannya. Paling penting mesti konsisten dan disiplin maka barulah kita mendapat hasil seperti yang diharapkan.

Sumber kredit: Zita Ismail

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee