Badan lesu dan tak bertenaga bukan alasan untuk hijabis menjalankan tugasan seperti biasa. Sering kali bila tiba waktu makan tengahari mula lah perut terasa sebu dan badan sudah tidak bermaya. Namun kita tidak boleh memberikan berpuasa sebagai alasan tidak boleh melakukan kerja harian seperti biasa. Jadi kami kongsikan 7 tip yang berguna di bulan puasa ini.
Gambar sekadar hiasan.
1. Elakkan Makanan Masin Ketika Bersahur
Namun, tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut. Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.
2. Kunyah Makanan Sehingga Hancur
Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang!
Ads
Kunyah makanan hingga hancur.
3. Makan Kekacang & Kurma
Kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang. Jika bosan untuk menikmati nasi ketika sahur, anda boleh makan segenggam kekacang pilihan (gajus/badam/walnut/kacang tanah). Cara ini pasti membantu.
4. Segelas Air Sebelum Makan
Tetapi mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.Jadi, sebelum menikmati sajian sahur, terlebih dahulu jangan lupa untuk meminum segelas air kosong.
Ads
Minum segelas air sebelum makan.
5. Lebihkan Buah-Buahan & Sayur
Jika ingin menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir, sila makan buah dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih banyak. Setiap jenis buah yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendri.
Ads
6. Sibukkan Diri
Di bulan Ramadhan, cuba sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. Membaca Al-Quran pun membantu! Bila lagi anda hendak kumpul pahala berlipat kali ganda kan?
7. Makan Bijian Penuh
Bijian penuh seperti oat, biji chia dan granola umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari.
Makan bijirin yang memberi khasiat untuk tubuh.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ibu kepada bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi meninggal dunia selepas pengsan ketika menjalani rawatan dialisis di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar pukul 12 tengah hari tadi.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 45, berkongsi khabar duka pemergian ibu tersayang menerusi hantaran laman Instagram miliknya. Menurut Abby, ibunya iaitu Hasnah binti Abu jatuh pengsan ketika rawatan hemodialisis di hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur.
Hantaran itu disertakan dengan kapsyen “Assalamualaikum. Baru semalam saya duduk mengadap Mak saya, masakkan makan, belikan buah kegemaran Mak, teman Mak makan, temankan solat, teman berbual.. harini Mak dah takde.
“Sedekahkan AlFatihah utk Arwah Mak saya & Mohon doa kalian ye agar Mak saya ditempatkan disyurga terbaik disisiNYA. Pada yg kenal dgn Mak saya, Puan Hasnah binti Abu & ingin dtg ziarah, inshaALLAH Arwah Mak tersayang skrg masih berada di KPJ Tawakal ( pengsan waktu dialysis & terus meninggal) akan dibawa ke Masjid Assobbirin AU5, Lembah Keramat utk dimandikan selepas Zohor ini & terus dibawa ke Tanah Perkuburan ISLAM AU4. Doakan” titipnya lagi.
Melalui temubual yang dilakukan bersama satu portal hiburan, suami Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria berkata; ini adalah kali kedua ibu mentuanya itu pengsan ketika menjalani rawatan dialisis. Tambahnya lagi, arwah pengsan sehingga jantungnya berhenti sebelum dimasukkan ke sebuah hospital dan diberi bantuan oksigen.
“Arwah sudah lama menghidap sakit buah pinggang. Selain itu, ibu mentua juga mempunyai masalah jantung.
“Minggu lepas pun arwah pengsan ketika dialisis dan jantungnya terhenti tapi keadaannya kembali baik selepas itu selepas mendapatkan rawatan,” jelasnya lagi.
Usai hantarannya di Instagram itu, rata-rata rakan selebriti dan warganet menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan semoga dipermudahkan urusan Abby sekeluarga.
“Salam takziah buat seluruh keluarga. semoga Allahyaryamah diampunkan dosanya & ditempatkan dikalangan orang beriman”
“Allahuakbar salam takziah… teringat kt mak sendiri tengah dialisis buah pinggang jugak 3kali seminggu”
“Alfatihah. Takziah untuk Puan Abby dan sekeluarga. Semoga mak ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Samalah kita pun da tak ada mak. Rindu tiada penghujung”
Al-Fatihah…Team hijabista turut menitipkan ucapan takziah buat buat Abby Abadi sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. Amin..
Menggunakan solekan apabila anda mengayakan cermin mata boleh jadi rumit. Pelapik hidung boleh meninggalkan sedikit lekukan pada asas, pandangan mata yang anda lakukan dengan usaha yang serius mungkin kelihatan pudar di sebalik kanta dan bulu mata yang bermaskara mungkin mengenai kanta lalu comot.
Tetapi dengan sedikit kemahiran ini, anda boleh menggunakan solekan supaya ia benar-benar bertahan di belakang spesifikasi anda. Dalam TikTok baru-baru ini, pencipta kandungan digital Victoria Lyn berkongsi beberapa petua terbaiknya untuk memakai solekan di bawah cermin mata. Menarik bukan, jom hijabi yang berkaca mata cuba trik ini.
Anda boleh memakai apa sahaja asas yang anda mahukan. Kunci utama untuk mengekalkannya ialah bekerja dari luar ke dalam, menyelamatkan hidung untuk yang terakhir. Gunakan apa sahaja yang tinggal pada berus anda untuk memastikan ia ringan bagi mengelakkan cermin mata anda tenggelam.
Tidak kira sama ada memakai cermin mata atau tidak, anda tidak perlu meletakkan produk kulit tebal di seluruh muka. Gunakan asas dan concealer dengan berhati-hati dan hanya liputan penuh di tempat yang anda perlukan.
Walaupun dengan sapuan ringan pada hidung, anda masih boleh mendapatkan lekukan kecil di mana penutup hidung anda. Untuk mengelakkan ini, anda disyorkan memakai bedak tabur, hanya tepuk jari anda perlahan-lahan di atasnya dan asas akan sebati semula.
Pakai pemerah pipi dengan bingkai anda. Ini benar-benar membantu anda melihat pemerah pipi anda ia seperti peletakan tersuai pada bingkai anda.
Satu masalah yang akan anda hadapi apabila memakai cermin mata, apabila mempunyai pipi yang begitu besar, iaitu apabila tersenyum kadang-kadang solekan di pipi berpindahkan ke kanta. Jadi ia pastinya tentang memahami bagaimana cermin mata seseorang itu sesuai dengan wajah mereka. Dan cuba mengehadkan jumlah produk di kawasan di mana cermin mata anda bersentuhan dengan kulit anda.
Mata anda hilang sedikit dalam bingkai besar, jadi gunakan warna neutral untuk menyerlahkan bentuk wajah, garis mata bersayap dan nude di garis air dan sudut dalam akan menjadikan mata anda kelihatan lebih besar. Jika kanta anda membesar, cuba solekan mata smokey.
Lentikkan bulu mata anda apabila memakai cermin mata. Ya, anda akan tampak lebih wow walau pun berkaca mata. Sesetengah orang bulu mata terlalu panjang sehingga menyentuh bahagian dalam kanta, jadi lentikkan adalah idea yang baik.
Selain itu, cari ‘volumizing mascara’ untuk memanjangkan bulu mata. Ia memastikan bulu mata anda lentik dan bukan cermin depan mengelap pada kanta. Anda boleh memakai bulu mata palsu, pastikan ia pendek dan lebat.
Brows bingkai bingkai anda, jangan takut untuk mengisi sedikit dan lebatkan lebih gelap lebih baik.
Jika anda mempunyai bingkai berwarna, anda boleh menyelaraskan solek anda dengan kanta. Pandangan yang padan adalah tampak neutral dan sekata.
Walaupun anda mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan, anda mungkin mendapat sedikit solekan pada kanta. Sentiasa bawa kain kanta dengan untuk menjaga sebarang kotoran pada kanta dan bingkai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rata-rata hijabi memang gemar melancong. Malahan ia menjadi satu aktiviti tahunan yang tak mudah untuk dilepaskan. Ibarat seperti penghargaan untuk diri sendiri hijabi sanggup berhabis duit dan menabung demi mencapai percutian impian yang indah.
Tempat pelancongan bagaimana menjadi pilihan hijabi? Tentunya tempat yang menarik untuk OOTD dan pastinya mempunyai pelbagai makanan halal. Tempat pelancongan yang kini menjadi tumpuan dan Hijabista bawa anda bersama untuk merasai keunikan negara Taiwan. Tidak pernah terfikir negara yang mempunyai empat musim ini banyak menghidangankan makanan halal, malahan turut dianggap sebagai Muslim Friendly.
Ikuti Pengalaman Hijabista Melancong Di Taiwan:
1. PENGANGKUTAN : Pertama haruslah memilih tiket penerbangan yang berpatutan. Hijabista berpeluang menaiki China Airlines dengan penerbangan memakan masa selama 4 jam setengah dan yang menariknya penerbangan ini dihidangkan dengan makanan Muslim Friendly. Bukan itu sahaja, penumpang juga boleh menonton movie hinggakan tidak sedar kapal terbang sudah mendarat di Lapangan Terbang Touyun International Airport.
2. INTERNET AKSES: Disarankan membeli simcard untuk talian internet terus menerus yang berharga 300 TWD hanya RN40++ ( tempoh 6 hari unlimited internet access).
3. MyEasyCard ATAU iPASS: Prepaid perjalanan untuk memudahkan anda menaiki kemudahan awam. Uniknya prepaid ini boleh digunakan di lebih 10 ribu kedai serbaneka termasuk 7-eleven, Hi-life, Family Mart dan OK. Tarikh luput setahun selepas pembelian.
4. TANDA HALAL: Menjamu selera di hotel berdekatan. Makan tanpa was-was ya kerana tertera di pinggan dan mangkuk perkataan halal.
5. SEJADAH DAN AL QURAN: Tidak perlu risau sekiranya tidak membawa sejadah. Anda hanya perlu maklumkan yang anda Muslim dan mereka akan sediakan sejadah beserta Al Quran.
Penginapan hotel yang pertama Hijabista kunjungi iaitu Amba Hotel. Review sedikit keunikan hotel ini di mana ruang hiasan dalaman di bahagian penyambut tetamu memukau pandangan dengan hiasan lampu berhiaskan bakul rotan.
Manakala hiasan dalaman bilik begitu luas dan minimalis dengan hiasan. Apa yang dimaklumkan oleh pegawai bertugas Jeanie Mak sekiranya ingin merakamkan gambar matahari terbit di hiasan pandangan Bandar Taipei, inilah pilihan hotel yang tepat.
Antara dua lagi hotel iaitu Stay Hotel yang terletak di pertengahan bandar Taichung juga antara senarai tempat penginapan disarankan. Malam terakhir pula menginap di Regent Hotel yang berminat untuk memiliki barangan berjenama, lokasi hotel ini paling tepat kerana di kelilingi butik-butik jenama mewah.
Hari pertama Hijabista diberi kesempatan mengunjungi Taipei Grand Mosque. Sejenak kami di bawa meninjau sekitar masjid, tiada apa perbezaan dengan masjid di Malaysia. Kebetulan kunjungan kami pada hari Jumaat, Hijabista berpeluang meninjau ruang khas jualan untuk Muslim menjamu selera sebelum atau selepas solat jumaat.
Sesi temubual yang ringkas bersama En Salahuding selaku wakil Muslim Association di Taipei dan beliau menekankan yang negara Taiwan ini adalah Muslim Friendly.
Antara topik yang menarik dibincangkan:
TEMPAT SOLAT: Pengunjung boleh sembahyang di mana sahaja kerana surau tetap disediakan walaupun di stesen keretapi.
STREET FOOD: En Salahuding tidak menggalakkan Muslim untuk membeli makanan di street food, bimbang dengan penggunaan minyak yang sedia ada bercampur dengan bahan masakan yang bukan halal.
RESTORAN HALAL: Kebanyakkan kedai makanan mereka walaupun pemiliknya bukan Islam tetapi mereka menjaga bahan-bahan masakan yang digunakan, malahan setiap kedai mempunyai sijil halal yang ditetapkan. Paling penting terdapat juga tempat untuk mengerjakan solat.
JARANG BERLAKU KECURIAN: Menurut beliau jarang sekali pemandu pelancong dan penduduk tempatan memberi amaran tentang penyeluk saku. Hijabista mempunyai pengalaman yang tak dapat dilupakan di mana salah seorang daripada kami tertinggal barangan berharga. Alhamdulilah pekerja kedai menyimpannya walaupun sudah seharian. Bayangkan kalau sesetengah negara, pasti barangan berkenaan sudah lesap.
Pintu gerbang yang tersergam indah adalah signature bagi Negara China. Reka bentuknya yang mengekalkan destinasi kerajaan lama. Hijabista suka dengan aktiviti yang mereka lakukan di sini di mana semua golongan usia menbuat aktiviti riadah sambil menikmati angin bayu.
Setelah berkunjung di Menara Taipei 101 ni barulah Hijabista faham kenapa ramai pelancong mengunjungi Menara KL. Mempunyai ketinggian 508 meter dengan kelajuan elevator 30 saat sekali naik, jadi jangan risau kalau kena beratur panjang. Yuran pembayaran sebanyak RM80 untuk sampai di atas dan boleh menikmati pemandangan Bandar Taipei sepuas-puasnya.
Jangan Lupa Pose ala Mira Filzah
Perjalanan selama 1 jam dari Bandar Taipei dengan menaiki bas dan singgah di kawasan pengunungan Jiufen. Ada yang berpendapat ia persis Cameron Highland. Lorong yang berbukit ini di penuhi gerai makanan dan souvenier. Bagi mereka yang tidak tahan berjalan jauh dinasihatkan berhenti sebentar sambil menikmati bubble tea yang popular dan fresh dari atas dapur. Jangan teruskan perjalanan takut akan ketar lutut.
Rupanya Taiwan ini mempunyai pelbagai street market yang paling besar ala-ala Street Market Myeondong Korea pun ada. Ini antara street market yang sempat Hijabista kunjungi:
XIMANDEN MARKET: Apabila berkunjung ke sini diharapkan jangan tersesat kerana market ini sangat luas dengan beratus kedai dan bersimpang-simpang. Bagi mereka yang mencari penjagaan kecantikan persis hijabi Korea, inilah tempatnya. Apa yang menakjubkan tentang market ini, sekiranya anda tidak mahu membeli belah tetapi nak berehat menonton wayang, boleh singgah di lorong entertainment untuk lari dari kesesakan orang ramai.
SHILIN MARKET: Beroperasi dari tahun 1909, fungsinya sama dengan market yang lain tetapi di market ini kebanyakkan menjual souvenier untuk dibawa pulang. Makanan tidak disarankan beli tetapi air buble tea harus rasa.
NINGXIA NIGHT MARKET: Pakar dalam makanan ringan Taiwan. Ia adalah pasar malam pertama di negara ini untuk memisahkan lalu lintas dan trafik kereta pejalan kaki dan dapat ditemui dalam jarak 15 minit berjalan kaki dari stesen keretapi MRT Zhongshan yang berdekatan.
DATONG DISTRICH: Market yang sekali pandang Hijabista rasa seperti berada di Jonker Street di Melaka. Terdapat juga jualan barangan antik, cenderahati dan pelbagai makanan kering. Di sini juga terdapat restoran halal yang bernama Halalan Toiban.
Terdapat juga dua lagi dalam senarai 5 street market yang terkenal di Taiwan tetapi Hijabista tidak galakkan untuk dikunjungi kerana banyak menghidangkan makanan tidak halal. Dua market itu ialah Huaxi Night Market dan Raohe Street Night Market.
Mencari sedikit ketenangan dan lari dari kesibukan kota, datanglah ke Nantou yang mengambil masa 3 jam perjalanan dari kota Taipei.
RAINBOW VILLAGE TAICHUNG: Kaki OOTD pasti sukakan tempat ini. Mural yang berwarna-warni terdiri daripada motif kucing di lukis oleh seorang lelaki tua berusia 97 tahun yang gemar melukis sebagai aktiviti harian.
SUN MOON LAKE: Tasik yang terbentuk bulan dan matahari ini mempunyai pemandangan yang sangat indah. Sekiranya mahu merasai angin petang bolehlah menaiki bot mengelilingi dengan tenang laut biru ini dan juga menikmati pemandangan hijau bukit bukau dengan menaiki cable car.
FLYING COW RANCH: Tidak pernah memerah susu lembu, jadi anda boleh cuba di sini malah anda boleh memberi makan kambing sekali. Dengan menaiki tramp, anda boleh melihat bagaimana proses pembesaran dari kepompong menjadi kupu-kupu. Pengunjung diberi tiket percuma untuk merasai susu segar. Malah restoran makanan halal turut disediakan dalam taman rekreasi ini.
Chiang Kai-shek’s Shilin Residence Park: Nikmati keindahan kebun bunga dan kehijauan pokok-pokok disarankan dating ke taman ini.
ICE MONSTER: Basahkan tekak dengan ICE MONSTER kalau di Malaysia lebih di kenali sebagai ABC. Pelbagai warna dan perisa yang paling jadi keutamaan dan popular adalah ICE Pinapple.
Selain daripada pengalaman Hijabista mengunjungi Taiwan, kami bawa bersama pengalaman Mira Filzah sebagai duta Salam Taiwan untuk menjadi rujukan anda sekiranya bercadang untuk melancong ke sini. Hijabista rasa kena ulangtayang melawat Taiwan Jom sis!
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.