Setiap wanita sememangnya mengimpikan kulit yang cantik, cerah dan berseri. Demi untuk mendapatkan kulit yang cantik, tentunya anda sanggup mencuba dan melakukan apa sahaja rawatan yang disarankan oleh rakan-rakan anda.

Tetapi tahukah anda sebenarnya hanya dengan mengamalkan doa, anda pun boleh nampak cantik dan berseri. Bukan sahaja cantik, malah boleh dapat pahala.

 

 

Apa kata anda gabungkan rutin kecantikan wajah dengan amalan doa. Islam sendiri punya doa-doa yang boleh diamalkan untuk menaikkan seri wajah secara dalaman.

Berikut perkongsian Fatinaamalina Rahman

Istimewa Untuk Para Isteri (Memberi Kecantikan dan Aura Seri)

Selain kita buat rutin skincare yang betul, amalkan jugak untuk inner side kita.

IKLAN

Dikongsikan seorang ustazah ke Fatin beberapa bulan lalu.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

 

SURAH AL-FATIHAH

IKLAN

AYATUL QURSI

 

 

IKLAN

SURAH AL-WAQIAH

 

 

Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan”.

Yang bujang pun boleh amalkan untuk mudah bertemu jodoh dan mudah berurusan dengan orang.

Wallahualam.

Sumber kredit: Fatinaamalina Rahman

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI