Siapa yang tidak kenal dengan pengasas Tudung Ruffle ini kan? Orangnya memang cantik, tinggi lampai dan bersopan santun. Seperti yang diketahui umum, Hanis Arif atau lebih mesra disapa sebagai Anis telah selamat melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan hatinya pada 8 September 2017 yang lalu.
Menerusi akaun Instagram miliknya, Anis telah berkongsi satu video yang menunjukkan posisi bayi di dalam kandungan. Rupa-rupanya, Anis telah pun disahkan hamil dan video tersebut dikongsi kepada para pengikut selepas menghadiri pemeriksaan di klinik. Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada Anis.
Selain itu, Anis turut berkongsi tip mengatasi masalah atau mengurangkan stretch marks pada perut. Anis pada awalnya sedikit pelik kerana perutnya asyik terasa gatal apabila mula memasuki trimester kedua. Rupa-rupanya, ia merupakan tanda bahawa kulit sudah mula menegang dan perut mahu membesar.
Jadi, ibunya menyarankan agar dia menyapu krim Palmers Tummy Butter untuk mengurangkan masalah stretch marks pada perut selepas bersalin nanti. Sebaiknya, sapu setiap kali selepas mandi. Antara tip lain yang dikongsi untuk menghindari masalah stretch marks adalah elakkan daripada menggaru perut, rajin minum air dan makan buah agar kulit lebih lembap.
Anis akui cukup seronok apabila membaca segala tip yang dikongsi oleh ibu-ibu di luar sana menerusi komen di insta story. Kami di Hijabista cukup teruja dengan berita kehamilan ini. Semoga dipermudahkan segala urusan hingga ke saat melahirkan ya Anis. Doa yang baik-baik okay!
Filem TOMBIRUO karya penulis thriller Ramlee Awang Murshid ini memang sangat ditunggu oleh pencinta novelnya. Bukan sahaja kerana watak utama Zul Ariffin yang memegang watak Ejim atau TOMBIRUO, tetapi juga setiap aksi dan lagak ngeri yang dilakonkan sepanjang 115 minit filem ini. Tapi admin nak ingatkan jangan SESEKALI buat 8 perkara ini kalau tak nak hilang TUMPUAN sepanjang menontonnya.
Tetapi admin nak ingatkan kalau sedang menonton janganlah sesekali buat beberapa perkara ini yang boleh spoil mood kita. Daripada rasa nak enjoy terus hilang mood gara-gara ada yang melakukan beberapa perkara tertentu dalam panggung.
Jadi selepas ini kalau pergi tengok wayang, TOLONG jangan lakukan 8 perkara ini yer
Ini larangan paling utama kerana boleh ganggu tumpuan menonton cerita kegemaran. Kalau boleh untuk dua jam masa tontonan itu, elakkan bercakap dengan rakan sebelah walaupun ada hal penting. Kalau urgent sangat hanya bisik sahaja sudah memadai.
Ini memang larangan paling keras. Tak salah berenggang sekejap dengan telefon anda. Bukan matikan sebaliknya buat dalam mood silent. Elakkan juga curi-ciri melihat pesanan ‘WhatsApp’ dalam telefon kerana cahaya dari telefon akan mengganggu tumpuan. Sekiranya panggilan itu sangat urgent, keluar sahaja dari panggung tanpa mengganggu orang lain.
Perlu diingatkan juga jangan kerap kali bangun kerana memang boleh mengganggu bukan sahaja tumpuan anda, tetapi juga penonton lain. Oleh itu, sebelum masuk panggung pastikan pergi toilet dahulu dan jangan minum terlalu banyak air.
Boleh kalau nak makan kudapan dalam panggung, tetapi carilah makanan yang kalau dikunyah tidak mengganggu tumpuan. Lebih elok tak payah makan apa-apa, terutama bila menonton filem yang berbentuk ‘heavy’ dan memerlukan tumpuan penuh. Satu lagi elakkan juga makan makanan yang berbau terlalu kuat hingga boleh menjejaskan tumpuan.
Jika datang dengan pasangan terutama suami isteri, simpan-simpan dulu rasa ‘mesra’ itu di rumah sahaja. Kalau boleh gurau senda juga tak boleh dipertontonkan dalam panggung wayang kerana cerita di ‘wayang’ lebih seronok untuk dihayati bersama.
Macam biasalah kalau kita duduk selama dua jam di dalam panggung, memang lenguh kalau tanpa ada pergerakan lain yang menyelesakan. Memang lebih seronok jika dapat bersila dan membuka stoking. Cuma diingatkan jangan sesekali memakai stoking yang telah seharian digunakan. Hormati privasi orang kerana bau stoking kurang menyenangkan akan mengganggu tumpuan.
Satu lagi yang perlu diingatkan adalah jangan sesekali anda tolak atau sepak kerusi di depan anda. Jaga kelakuan anda kerana perbuatan itu dianggap tidak menghormati hak orang lain. Kalau tidak sengaja cepat-cepat minta maaf pada pemilik kerusi berkenaan kerana boleh menyebabkan situasi tegang.
Sangat rugi sekiranya anda alihkan tumpuan walau sesaat untuk menonton tayangan filem Tombiruo- Penunggu Hutan. Filem adaptasi karya novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid yang dibawa ke layar perak secara eksklusif dengan kerjasama empat penerbit Astrow Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan. Filem yang menelan belanja RM6 juta ini turut mendapat sentuhan dari pengarah yang mahir dalam bidang kesan visual dan aksi Seth Larney.
Sepanjang 115 minit berada dalam panggung, terasa debaran jantung yang sangat laju menyaksikan setiap aksi hebat dilakonkan oleh pelakon terkenal. Penonton juga turut dibuai perasaan pabila disajikan pemandangan indah menyaksikan penggambaran yang dilakukan hampir 70% di Hutan Keningau Sabah. Penonton pasti terkesan dengan babak di mana seorang anak kehilangan ayahnya dan kesedihan dirasai sang suami yang hilang isteri dan ayah dalam masa sama. Serta keterujaan seorang wartawan dari Sinar TV, Wan Suraya dilakonkan Nabila Huda yang begitu berani membongkar misteri di sebalik semua yang terjadi.
Filem ini mengisahkan Ejim yang digelar Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan di antara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.
Tombiruo dibintang gandingan pelakon hebat seperti Zul Ariffin yang memegang watak Tombiruo, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dato’ M. Nasir dan beberapa pelakon lain. Menurut Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin, ini kali pertama mereka menerbitkan filem daripada adaptasi novel yang telah diterbitkan pada tahun 1998. Karya agung ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali.
Jadi bagi peminat novel ini jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri filem yang diangkat ke layar perak menemui penonton 12 Oktober ini. Rasai dan alami sendiri perjalanan karya hebat, bak kata penulis sendiri, Ramlee Awang Murshid yang tidak menyangka Tombiruo yang ditulis 19 tahun lalu itu betul-betul wujud dan berada di depan matanya itu.
KREDIT FOTO: FB GRUP BUKU KARANGKRAF & TOMBIRUOMOVIE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setelah dihina mandul oleh seorang pengguna Facebook yang tidak bertanggungjawab, pelakon terkenal, Siti Elizad menerima sebuah khabar gembira semalam apabila dihubungi sendiri oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah.
Menurut Elizad, Tuanku Azizah telah menghubunginya bagi memberikannya semangat berikutan kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.
Would love to share this special moment . Hari ni hari yg sgt menggembirakan hati saya . Menerima panggilan telefon dari KDYMM Tuanku Permaisuri Azizah . ❤️ Bertanyakan keadaan saya setelah Tuanku Permaisuri terbaca kisah yg mengatakan saya “ Mandul “ tempoh hari .
It really touch my heart with this beautiful call Tuanku . Terharu , terkejut , semua ada . Macam mimpi , dapat berckp dgn Tuanku Permaisuri yg saya sendiri jadikan idola dlm cerita perjalanan ivf saya . Sungguhnya , Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dgn kisah saya yg bukanlah siapa2 . 🙏🏻
Tuanku berikan kata-kata semangat , bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17kali tempuh perjalanan ivf . Memang menyakitkan . Hanya yg mengalami sahaja yg merasai . Tiada kata yg mampu saya gambarkan , terlalu gembira dapat berbual2 dgn Permaisuri yg disayangi semua . Sungguh2 keibuan . Sempat juga Tuanku selitkan “ Saya tgk drama awak sebelum2 ni , awak dah tak berlakon lagi ? “ . ❤️ Allahuakhbar . Terima Kasih byk Tuanku Permaisuri . 🙏🏻 Really made my day . Ampun Tuanku .
To all ttc squad , we are fighters. People can say whatever they wish . Hanya kita sesama kita yg melalui nya . For those yg kecam & ckp “ nak buat anak pun nak bising2 “ .
Utk pengetahuan semua , my intention sharing my ivf journey is only for those ttc squad to get more information . Not to be afraid or malu berjumpa dgn pakar . Nak semua #ttcsquad come forward .
Dalam masa yg sama , saya bekerjasama dgn pihak Sophea Fertility . Jadi apa yg berkaitan dgn ivf , of course saya kongsikan dgn mereka yg senasib dgn saya . Harap this one clear . ❤️
Tiada paksaan pun utk ikuti kisah saya . Terpulang pada followers . I just share my journey here . Sama juga mcm para ibu yg lain . Berkongsi tentang kecomelan anak2 mereka di media sosial . Jadi x salah kiranya saya berkongsi perjalanan ivf saya & pengalaman bersama mereka yg senasib dgn saya . Spread love semua . Not hate . Terima kasih. @sophea_fertility@dr.azlin❤️
Rabbi la tazarni fardan wa anta khairul wareseen 🤲🏻
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelantun lagu Gundah, Ernie Zakri meluahkan rasa syukurnya selepas dapat mengadakan majlis doa selamat buat dirinya yang akan bersalin tidak lama lagi.
Kongsi Ernie di laman instagramnya, dia tidak menyangka majlis ‘baby shower’ turut diadakan sekali pada waktu itu dan terharu dengan kejutan tersebut yang dibuat oleh suaminya yang tercinta, Syamel.
Menariknya, kek berwarna merah jambu juga turut menjadi perhatian ramai kerana menjadi simbolik untuk jantina anak mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.
Syukur Alhamdulillah.
Berkesempatan untuk buat Doa Selamat for anak solehah. Tak sangka ada sekali Baby Shower untuk kita 🙈
Terima kasih shurami surprise kan kita, rasa macam birthday pula. Sweet sangat la pula BangMel ni 🥺 Alhamdulillah, doakan semoga selamat segalanya. Aamin.
Cantik manis pasangan ini mengenakan busana sedondon berwarna pirus.
Di ruangan komen, ramai yang sudah tak sabar untuk menantikan kelahiran Ernie Junior. Apa-apa pun didoakan agar Ernie terus sihat dan selamat melalui proses bersalin yang sudah tidak lama lagi memandangkan kandungan sudah memasuki lapan bulan.
Moga yang baik-baik saja untuk Ernie, Syamel serta bayi dalam kandungan!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.